Bufet Ramadan 2024 : Mercure Living Putrajaya Tampil Dengan Konsep Bazaar Madani

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan bulan Ramadan untuk tahun 2024 semakin dekat jadi seperti biasa Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan lokasi pilihan berbuka puasa yang anda boleh cuba pada bulan Ramadan tahun ini. Antara tempat yang Hans syorkan untuk anda semua cuba ialah Mercure Living Putrajaya yang menampilkan tema Bufet Ramadhan “Bazaar Madani”.

MERCURE LIVING PUTRAJAYA

Alamat:

Tower A,

Menara Shaftsbury Putrajaya,

Jalan Alamanda, Presint 1, 

62000 Putrajaya,

Malaysia.


Tarikh:
12 Mac 2024 - 8 April 2024

Harga:
RM118 (Dewasa) 
RM98 (Kanak-Kanak 6 Tahun - 12 Tahun)

Tempahan:
+60320225991

Untuk makluman para pembaca, barisan chef yang bertanggungjawab menyiapkan dan menyediakan juadah-juadah berbuka puasa di Mercure Living Putrajaya ini diketuai oleh Pemenang Anugerah Chaîne des Rôtisseurs Chef Zaidi serta dibantu oleh Chef Zafar, Pemenang Pingat Emas Masakan Asli Melayu yang pakar dalam makanan laut dimana mereka berusaha untuk memastikan Warisan Masakan Malaysia  yang disediakan menepati citarasa para pelanggan yang berkunjung disini nanti. 



Hans sebenarnya agak kagum kerana walaupun harga bufet disini berada pada tahap sederhana tetapi mereka mampu menawarkan pelbagai makanan mewah yang semestinya sedap dan unik. Paling menarik kerana bufet ini berlangsung di Volcano Shabu Shabu & Grill Restaurant yang secara tidak langsung berjaya menawarkan aneka makanan yang dimasak dengan 5 teknik berbeza iaitu PANGGANG, KUKUS, BAKAR, REBUS dan RENEH.


Mercure Living Putrajaya juga berjaya mencuri hati Hans dengan pelbagai sajian menarik kegemaran Hans seperti:

1) Daging Salai Masak Lemak

2) Lidah Sapi Bakar Air Asam

3) Sup Lutut Merah Singapore

Sebenarnya ada lebih daripada 800 menu yang menarik menanti anda. Jadi, anda wajib cuba apabila berkunjung ke sini nanti. Antara yang Hans syorkan juga untuk anda cuba ialah Gulai Nangka Udang Diraja dan Isi Tulang Rusuk BBQ yang direbus perlahan dan diselitkan dengan rempah campuran kampung mengikut resipi rahsia chef. Padu tau! Selain itu, jika anda  penggemar durian seperti Hans maka ada berita baik untuk anda dimana Mercure Living Putrajaya menampilkan gerai DURIAN "Raja Buah" yang pasti membuatkan anda dapat menjamah durian sepuas hati nanti.


Lebih menarik untuk tahun ini kerana kehadiran anda akan disambut dengan alunan merdu daripada bintang selebriti yang terkenal seperti Azzam Sham, Afad Raihan dan kumpulan Hijjaz. Selain itu, Afad Raihan juga akan mengetuai bacaan al-Quran yang indah diikuti dengan laungan azan. Jangan risau untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak mahu pun Tarawih kerana ruang solat yang selesa disediakan untuk anda.


Sepanjang Ramadan kali ini, Mercure Living Putrajaya turut menawarkan “Madani Staycation” dengan harga RM450+ termasuk apartment dengan bilik tidur, sarapan pagi dan bufet untuk dua orang. Menarik kan? Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa atau menginap di Mercure Living Putrajaya pada bulan Ramadan 2024 ini, silalah membuat tempahan dengan segera. Apa yang pasti, anda bakal menikmati pelbagai hidangan bersama orang yang tersayang dengan harga yang sangat berpatutan. Selamat mencuba dan menjamu selera disini!


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama