Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di I'Dahlia Corner yang berkonsepkan dalam taman yang terletak di Persiaran Stonor yang berada dalam kawasan kejiranan KLCC.
BUFET RAMADAN
I'DAHLIA CORNER
Alamat:
No 5,
Persiaran Stonor,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tarikh:
12 Mac 2024 - 6 April 2024
Waktu:
6.30 P.M - 10.00 P.M
Harga:
RM59 (Dewasa & and Warga Emas)
RM39 (Kanak-Kanak)
Untuk Tempahan:
0123526397 / 0179913907
Untuk makluman para pembaca, Restoran I'Dahlia Corner ini dimiliki oleh Puan Dahliati Binti Aliruddin dan suaminya Muhammad Idham Bin Ismail dimana restoran ini mula bertapak di kawasan Persiaran Stonor sejak 9 tahun dahulu secara kecil-kecilan dan amat dikenali oleh ramai orang dengan keenakan Sup Tulang Meletop mereka. Hans pernah datang mencuba menu disini pada tahun 2022 dan untuk tahun 2024 ini, Hans boleh katakan rasa setiap menu yang dihidangkan masih sama lazat dan tak berubah seperti sebelumnya. Susah sebenarnya untuk mana-mana restoran kekalkan rasa lazat makanan mereka tetapi I'Dahlia Corner berjaya Membuktikan yang mereka mampu lakukan. Tahniah!
SAMBAL UDANG PETAI DEKAT SINI MEMANG SEDAP SANGAT!
Menariknya untuk tahun 2024 ini, terdapat lebih 30 juadah ala kampung yang disediakan setiap hari di I'Dahlia Corner seperti Nasi Lemak Stonor, Sup Daging Dahlia Meletop, Masak Lemak Cili Api Siput Sedut, Adam Pedas Ikan Pari, Sambal Udang Petai, Kari Ayam dan banyak lagi. Memang meriah betul makanan yang ditawarkan dekat sini!
Dengan harga yang sangat murah, Hans rasa sangat berbaloi sebab lauk pauk yang disediakan dekat sini sedap-sedap belaka. Tetapi, seperti biasa kalau anda datang sini maka pastikan anda cuba Menu Paling Berhantu di sini iaitu Sup Daging Dahlia Meletop. Ini memang menu wajib makan tau dekat I'Dahlia Corner ini. Daging lembut empuk! Rasa rempah sup tu sekata! Nak makan kosong boleh! Nak makan dengan bihun pun boleh! Serius sedap sangat!
Aneka Lauk Pauk Yang Lazat
Selain itu, kuih muih dekat sini pun sedap sangat. Mana tak sedapnya kalau kuih pun mereka buat sendiri. Hans sangat syorkan untuk anda cuba kuih seri muka atau orang Kedah panggil pulut sekaya. Memang sedap! Tak pakai pewarna tetapi pakai daun pandan yer! Lembut sangat sampai berulang kali Hans makan. Hehehe!
Jadi, jangan lupa untuk menempah bufet ramadan di I'Dahlia Corner sekarang. Pasti puas hati! Selamat berbuka dan menjamu selera di sini pada bulan Ramadan nanti.
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com