Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan Pameran Pelancongan Saudi atau Saudi Travel Fair yang sedang berlangsung di IOI Mall Putrajaya bermula daripada 28 Ogos sehingga 1 September 2024 ini.
Pameran Pelancongan Saudi ini pertama kali diadakan disini telah diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA) sendiri.
Apa yang menariknya tentang Pameran Pelancongan Saudi ini adalah ianya menawarkan peluang buat para pengunjung untuk mengetahui lebih me dalam tentang sejarah, budaya, landskap, adat dan sebagainya melalui program atau aktiviti yang disediakan disini seperti aktiviti pertunjukan kebudayaan serta pertunjukan secara maya dan interaktif melalui VR 360 Darjah.
Teraju utama agensi pelancongan Air Asia iaitu Ikhlas turut melancarkan platfom terbaharu mereka yang direka untuk Free Independent Travelers (FITs) yang mengaturkan perjalanan sendiri bermula dari tiket penerbangan, penginapan hotel dan sebagainya dimana ia bukannya sekadar mengerjakan Umrah seperti kebiasaan.
Selain itu, pameran ini turut menawarkan pelbagai pakej serta diskaun menarik seperti:
I) 15 pakej eksklusif baharu daripada lebih 13 agensi pelancongan terkemuka di Malaysia.
II) Tawaran diskaun istimewa daripada Ikhlas.com, SAUDIA, Saff Travel, Rayhar Travel dan banyak lagi.
III) Tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDIA dan potongan 50% untuk tiket kedua.
IV) Hadiah harian yang menarik.
Para pengunjung juga berpeluang menikmati dan melakukan pelbagai aktiviti disini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan seperti:
1) Persembahan kebudayaan
2) Menikmati minuman QAHWA (Kopi Saudi) dan kurma gred premium secara percuma.
3) Mendapatkan hadiah percuma di booth iaitu kiswah dan tasbih
4) Menikmati pengalaman visual hebat negara Saudi melalui VR 360 Darjah.
5) Aktiviti mewarna
6) Bergambar dengan pakaian masyarakat Saudi.
Jadi, jika anda merancang untuk bercuti sambil mengenali semi budaya asing, menerokai pelbagai aktiviti yang penuh dengan cabaran atau percutian yang mengisi kerohanian anda, silalah berkunjung ke Pameran Pelancongan Saudi pada hujung minggu ini dan rebut tawaran menarik yang disediakan disini.
Lalu jugak pameran Saudi Arabia ni. Singgah minum air zamzam.
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com