Cegah Kayap Dengan Vaksin Kayap GSK

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan pelancaran vaksin Herpes Zoster, Shingrix yang juga dikenali sebagai Vaksin Zoster Rekombinan, Adjuvanted (RZV) di Malaysia untuk pencegahan kayap Herpes Zoster (HZ) dan neuralgia pasca-herpetik (PHN) bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas.


Hans memang gembira hadir pada majlis ini kerana banyak info yang Hans peroleh berkaitan dengan penyakit kayap ini. Bayangkan kesakitan kayap yang dialami pesakit adalah lebih teruk daripasa sakit bersalin. Menakutkan bukan? 


Untuk makluman semua, masalah kayap disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster (VZV) iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air. Berikutan peningkatan usia, sel-sel sistem imun akan hilang keupayaan untuk memberi tindak balas yang kuat dan berkesan terhadap jangkitan sekali gus meningkatkan risiko untuk menghidap kayap herpetik (PHN) iaitu sakit saraf yang berpanjangan selepas kayap.


Jadi, RZV ialah vaksin adjuvanted subunit rekombinan bukan hidup yang direka khusus untuk mencegah kayap bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas dan 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi di negara-negara di mana penunjuk untuk populasi ini telah diluluskan. RZV juga diluluskan untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi terhadap individu yang mengalami imunokompromi lebih berisiko untuk menghidap kayap dan komplikasi yang berkaitan. RZV juga ialah vaksin kayap yang diluluskan untuk populasi pesakit yang berisiko ini.


Vaksin ini diberikan secara intramuskular dalam dua dos. RZV pada peringkat awal akan tersedia di Malaysia kepada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi terhadap HZ. Dalam analisis tinjauan berhubung dengan kajian keberkesanan penting, ZOE-50, RZV menunjukkan keberkesanan vaksin sehingga 97% dalam kalangan orang dewasa berumur 50 tahun dan ke atas, sepanjang tempoh susulan kira-kira tiga tahun. Data interim terkini menunjukkan keberkesanan vaksin keseluruhan RZV lebih 80% sepanjang tempoh susulan utama kira-kira enam hingga 10 tahun selepas vaksinasi awal bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas.


Dr Alap Gandhi, Pengarah Perubatan Negara GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia berkata: “Kayap ialah penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan yang melampau dan penyakit ini disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster. RZV telah direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap virus bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas atau bagi mereka yang mengalami keadaan imunokompromi."

RZV ialah vaksin kayap diluluskan yang menggabungkan antigen bukan hidup dengan adjuvan GSK dan mungkin membantu mengatasi penurunan imuniti semula jadi yang berkaitan dengan usia yang menyumbang kepada cabaran untuk melindungi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas daripada penyakit ini.


RZV telah menghasilkan cadangan vaksinasi yang positif. Di Malaysia, RZV disyorkan oleh Garis Panduan Imunisasi Dewasa oleh Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia untuk individu berumur 50 tahun ke atas dan untuk pesakit yang mengalami imunokompromi berumur 18 tahun ke atas. Dengan pelancaran RZV di Malaysia, GSK berharap dapat terus memainkan peranan dalam usaha mempertingkatan kesihatan awam di Malaysia.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama