PROGRAM ENSANY GLOBAL PEACE DAN MAKAN MALAM AMAL UNTUK MEMBANTU RAKYAT PALESTIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” yang akan berlangsung pada 30 November 2024 jam 8.00 malam bertempat di IDCC Shah Alam, Selangor.


Program ini bakal menampilkan selebriti popular seperti Kumpulan Rabbani, Lah Ahmad, Mawi dan Oja. Selain itu, Sheikh Abdul Karim Al Makki yang merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah juga turut hadir untuk membacakan doa dan alunan ayat suci Al Quran. Majlis akan diserikan lagi dengan DJ Pyan IKIM Fm yang bertindak sebagai pengacara program tersebut.


Untuk makluman semua, Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia yang merupakan sebuah organisasi kemanusiaan sememangnya sangat komited dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan program berterusan yang dianjurkan oleh mereka. Melalui kerjasama dengan rakan strategik mereka iaitu Rabbani Empire Resources yang terdiri daripada ahli kumpulan Rabbani sendiri, mereka mengharapkan agar mesej-mesej kerohanian, kemanusiaan dan nasihat kepada peminat dan umum dapat disampaikan dengan sebaik mungkin. 


Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia juga turut berharap agar program ini yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang memerlukan dapat menarik perhatian para peminat, orang ramai, rakan korporat, rakan NGO, GLC dan lain-lain untuk menyumbang dengan pembelian pakej jualan meja seperti dibawah:
I) Platinum = RM10,000
II) Emas = RM7,000
III) Perak = RM5,000
IV) Gangsa = RM3,000
*Setiap meja adalah untuk 10 Orang


Diharapkan dengan penganjuran program “Ensany Global Peace” ini dapat memberi impak kepada semua lapisan masyarakat agar cakna terhadap isu-isu kemanusiaan dan mengambil sebanyak mungkin peluang untuk kita sama-sama menyumbang kepada aktiviti yang dilakukan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia.

Kepada yang ingin menyumbang, anda boleh terus melalui nombor akaun seperti di bawah:
Nama: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: Bank Islam
Nombor Akaun: 1416 201100 2557

Bagi anda yang ingin membuat tempahan meja atau seat program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” boleh terus berhubung dengan wakil mereka melalui:
Email: ensanyglobalpeace@ensany.com
Whatsapps: 011 2059 9834
Facebook: EnsanyMalaysia
Instagram: EnsanyMalaysia

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama