ULTRAMAN ARC TARIKAN UTAMA TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan pembaca blog ini yang meminati Ultraman? Untuk makluman semua, Ultraman Arc kini telah mendarat di Malaysia dan berada di MyTOWN Shopping Centre sempena TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 yang berlangsung dari 18 Oktober hingga 27 Oktober 2024.


Hans yakin pasti ramai peminat dan pengumpul koleksi Ultraman di Malaysia berasa gembira dan teruja kerana masing-masing bakal bertemu dengan Ultra Heroes terbaharu iaitu ULTRAMAN ARC.


Lokasi:
Central Town, Aras Bawah,
Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur.

Tarikh:
18 – 27 Oktober 2024

Masa:
10.00 Pagi – 10.00 Malam


Hans sendiri berasa sangat teruja kerana dapat bergambar bukan sahaja dengan patung ULTRAMAN ARC tetapi juga patung ULTRAMAN BLAZAR yang diukir berdasarkan S.H.Figuarts. Kedua-dua patung ini bersaiz manusia setinggi 2 meter.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, antara aktiviti yang dinantikan Hans ialah persembahan secara langsung yang menampilkan pertempuran dan aksi menarik antara Ultraman dan musuh raksasanya. Cuma untuk tahun ini begitu istimewa kerana persembahan untuk Ultraman Arc telah dipanjangkan sehingga 20 minit. Lebih menarik kerana persembahan ini turut menampilkan Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed.


Persembahan pertama Ultraman Arc dan rakan-rakannya akan berlangsung pada 19 Oktober, jam 1 petang. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu pada 19, 20, 26 dan 27 Oktober, jam 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang untuk setiap tarikh.


Selain figura Ultraman, terdapat pelbagai figura anime lain yang turut dipamerkan dan boleh dibeli disini seperti ONE PIECE, DRAGON BALL, MASKED RIDER, NARUTO, HELL’s PARADISE dan banyak lagi dengan tawaran harga yang sangat murah.


Berita baik untuk anda yang telah berbelanja RM200 atau membeli figura Ultraman Arc, anda akan berpeluang bergambar bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero. Menarik bukan?


Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 dan pasti anda akan gembira melihat aksi Ultraman di hadapan mata!

#Tamashiispotpopup2024
#Ultraheroes2024
#UltramanArc
#TamashiiNations
#Ultraman

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama