Anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneur 2024 (100MYE)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, penganjuran The 100 Most Influential Young Entrepreneur 2024 (100MYE) telah memasuki tahun kesembilan.

Menurut pengerusi Datuk KK Chua, beliau mahu meletakkan kejayaan usahawan muda pada tahap lebih tinggi untuk berhadapan dengan situasi ekonomi yang mencabar.


Walaupun laporan ekonomi negara menunjukkan aliran pertumbuhan ekonomi yang semakin positif tetapi mereka mesti terus berusaha dan bekerja keras bagi memaju kejayaan perniagaan dan mengambil setiap rintangan sebagai pemangkin semangat.


Untuk tahun ini, 100MYE berkonsepkan ‘Evolve’ dengan harapan setiap usahawan terus melakukan perubahan. Datuk KK Chua menyatakan jika setiap usahawan ini boleh melakukan penambahbaikan dalam kepimpinan, pengurusan dan strategi perniagaan sebanyak satu persen setiap hari dalam masa setahun, keputusannya mereka akan mendapat 37 kali lebih baik daripada titik awal mereka bermula.


Beliau percaya para usahawan hari ini boleh memanfaatkan kecanggihan teknologi pemasaran seperti Tik Tok dan sebagainya kerana masing-masing sangat kreatif dan mampu merangka strategi jualan di ‘luar kotak’. Beliau juga turut berbangga dengan penganjuran 100MYE kerana ia menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh usahawan sehinggakan ada yang betul-betul bekerja keras sepanjang tahun bertujuan untuk melayakkan perniagaan mereka dicalonkan dalam anugerah berprestij ini dan seterusnya terpilih dalam kelompok 100 terbaik.


Penyertaan pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang membanggakan apabila pihak penganjur menerima lebih dari 950 pencalonan. Kriteria kelayakan pencalonan 100 MIYE adalah calon terbuka lelaki atau perempuan yang berumur di bawah 45 tahun, berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan, berada dalam pengurusan syarikat minimum selama dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat. Selain itu, perolehan tahunan syarikat pula adalah sebanyak RM3 juta dan ke atas selama tiga tahun berturut-turut.


Datuk KK Chua juga menjelaskan, pencalonan dibahagikan kepada 15 kategori dan antaranya terdiri daripada perkilangan, perkhidmatan serta pembuatan. 100 MYE adalah anjuran Entrepreneur Insight terbitan Armani Media Group Berhad. 


Antara Barisan Penerima Anugerah:

1. DATUK DR HASBI BIN HARUN
2. DATO' DR. ROYFAIZAL
3. DATO' DR TAN SOON HONG
4. DATO' M.SATISHKUMAR
5. DATIN PEARL HEADLEY
6. (DR.) HAYDEN KUEH
7. Ir. BAVANANTHAN SELVAMANY
8. AARON M
9. AIMAN MANAN
10. ALEX CHAN 
11. ALLAN YEO SUAN FU
12. ALVIN LIM 
13. ANDREW KENG 
14. ANDREW KHONG 
15. ANDREW LIM
16. ANGELINE NG SOO THIN
17. ANITA SIA HIE SHENG
18. BONNIE TEY KA YAW
19. BRANDON CHAU
20. CANDY FOONG 
21. CARLSON LAI CHAN CHEAN
22. CHOO MING JIN
23. CHRIS CHAU YE HAU
24. DERICK TEH YEONG HONG 
25. DREAMS HOOH
26. EDDIE WONG KOK LEONG
27. EDISON YAP GAY YOONG
28. ERIC CHIA
29. EYKA FARHANA
30. IVE WOON
31. IZAAQ RUSLY
32. JASON WEE ZHENG KHAI
33. JEFF PANG
34. JENSON LIEW CHIEN SHENG
35. JEREMY CHIA 
36. JOHNNY TING 
37. KELVIN HAN WEI JIAM
38. KINN JEE
39. LEE WEE SIONG
40. LEONG WEI KANG
41. LIEW SHAN YI
42. LION YANG
43. LOO PENG KIA
44. LOUIS LENG JI FENG
45. MUHAMMAD FIKRI BIN MOHD ALI
46. NARESH BABU
47. NASHRUL NASIR
48. NUR HASEENA JAAN 
49. ONG LI YET
50. PATRICK CHUNG WEI QUAN
51. PRADEEP BALARAM
52. RON ONG
53. SHAWN LIEW SAN SHEN
54. Stanley Ho Carl Choon
55. STEVEN TAY 
56. TASNIM SHAH
57. TERENCE CHANG KAI REN
58. TERRY TU WEN FEI
59. WAYNE CHAN KOK TEONG
60. WOO HAN SIAN
61. YC LIOW
62. YVONNE LING
63. ZIV GOH YIK HON
64. DATO' TRACY TAY 
WOMAN ENTREPRENEUROF THE YEAR
65. MARCUS MAK 
ENTREPRENEUR OF THE YEAR
66. FARHASH WAFA SALVADOR 
ICONIC ENTREPRENEUR OF THE YEAR
67. AFFIN BANK 
BEST SME BANK

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama