Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah menghadiri majlis pelancaran dua produk utama jenama baharu yang membawa semangat keyakinan daripada CONBOO iaitu BEAU3 MILK dan CONBOO SCENTS. Kedua-dua produk ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin tampil yakin dan menawan. Berpegang kepada tagline “INSPIRASI KEYAKINANMU”, CONBOO menjanjikan kualiti terbaik dengan harga mampu milik.
Produk BEAU3 MILK – Rahsia Kulit Cerah Berseri ialah susu kecantikan pertama keluaran CONBOO yang dirumus khas untuk membantu memutihkan dan mencerahkan kulit secara semula jadi. Mengandungi kombinasi bahan-bahan premium seperti Susu Kambing, Vitamin C, Glutathione, dan Sarang Burung, produk ini memberikan nutrisi yang diperlukan untuk kulit sihat dan berseri.
Produk ini didatangkan dengan empat perisa lazat iaitu Strawberry, Melon, Banana, dan Chocolate dimana ianya sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Selain mencerahkan kulit, ia juga membantu mengurangkan jerawat, jeragat serta membantu menganjalkan kulit.
Produk CONBOO SCENTS – Haruman Elegan pula adalah haruman untuk Lelaki dan Wanita dimana CONBOO mempersembahkan CONBOO SCENTS iaitu koleksi minyak wangi premium dengan kepekatan Eau De Parfum. Dengan isipadu 30ml, koleksi ini menawarkan dua pilihan eksklusif untuk lelaki iaitu CELESTE D’OR dan AMBRE ROYALE serta dua haruman mewah untuk wanita iaitu BELLE OPULENCE dan GOLDEN ECLAT.
Setiap botol dijual pada harga istimewa RM49.90 dan secara tidak langsung menjadikan produk ini sebagai pilihan terbaik untuk anda yang menginginkan haruman tahan lama dengan sentuhan elegan.
Menambah daya tarikan jenama ini, CONBOO telah memilih selebriti terkenal iaitu Hannah Delisha sebagai duta rasmi. Dengan keperibadian beliau yang ceria, suara merdu dan bakat lakonan yang menyerlah, Hannah melambangkan keyakinan yang menjadi inspirasi utama jenama ini.
Untuk makluman semua, produk CONBOO boleh didapati melalui media sosial rasmi di Instagram dan TikTok @conbooofficial. Dengan kehadiran digital yang aktif, CONBOO memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman pembelian yang mudah dan pantas.
CONBOO bukan sekadar jenama kecantikan, ia merupakan simbol keyakinan diri. Sertai ribuan pengguna lain dan rasai sendiri kehebatan produk-produk ini. Tampil yakin, berseri, dan harum dengan CONBOO – INSPIRASI KEYAKINANMU!
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com