Ulang Tahun Ketiga Choco Albab Menampilkan Produk Terbaru Choco Albab Hazelnut Spread

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, Choco Albab yang merupakan jenama coklat tempatan kini bukan sahaja semakin dikenali bahkan dengan bangganya telah meraikan Sambutan Ulang Tahun mereka yang Ketiga dengan cukup meriah sekali bertemakan Beyond the Star di Bangi Avenue Convention Center pada 7 Disember 2024.


Acara istimewa ini sekali gus menandakan tiga tahun usaha gigih mereka dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan, tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan.

Pengasas Choco Albab - Said Saiful Fazli Said Aluwi

Menurut Pengasas Choco Albab iaitu Said Saiful Fazli Said Aluwi, misi dan matlamat beliau sangat jelas sejak awal iaitu ingin mencipta perniagaan yang mampu membahagiakan semua orang. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd turut berkongsi bahawa Choco Albab telah mencapai kejayaan yang membanggakan hanya dalam masa 3 tahun dengan berkongsi rezeki dan meningkatkan taraf hidup sekitar 100 ribu agen dan turut melahirkan puluhan Crown Leader yang berjaya. 


Berbekalkan pengalaman dan kepakaran selama 14 tahun dalam dunia perniagaan, beliau telah mengaplikasikan semua itu di dalam keseluruhan pengurusan Choco Albab. Kini, Said Saiful berniat untuk membantu lebih ramai rakyat untuk menjana pendapatan. Justeru itu, melalui konsep agen Choco Albab, Said Saiful memberikan komisyen jualan yang tinggi sebanyak 42 peratus dimana ianya merupakan yang tertinggi berbanding sistem agen produk lain di Malaysia.


Menurut Said Saiful, ia adalah salah satu cara menjana pendapatan selain daripada ekonomi gig dimana platform yang disediakan ini terbukti berjaya membantu semua orang membuat pendapatan seperti golongan suri rumah, ibu tunggal dan belia. Lebih menarik kerana setiap agen tidak perlu membeli dan menyimpan produk Choco Albab. Untuk Tahun 2025, pihak Choco Albab menyasarkan 200,000 usahawan bersama dengan Choco Albab, menjadi agen dan meningkatkan Choco Albab sebagai jenama produk berasaskan coklat tempatan nombor 1.


Bersempena dengan sambutan ulang tahun ini, Choco Albab turut melancarkan produk baharu, iaitu Choco Albab Hazelnut Spread yang dijangka menjadi pilihan kegemaran ramai. Dengan kualiti premium dan rasa yang memikat, Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan.

Salah Seorang Agen Berjaya Dari Singapura

Dengan unjuran untuk melahirkan lebih ramai Crown Leader pada tahun 2025, Choco Albab bertekad untuk terus menyemarakkan semangat keusahawanan di Malaysia.

Pemenang Cabutan Bertuah 

Dengan kejayaan yang dicapai dan perancangan yang menjanjikan masa depan yang cerah, Choco Albab kini berdiri sebagai jenama yang bukan sahaja memberikan kebahagiaan melalui produk berkualiti, tetapi juga melalui peluang keusahawanan yang mengubah kehidupan.


Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan, boleh layari https://chocoalbab.asia/.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama