Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah menghadiri majlis pra pelancaran festival raya wajib dan ikonik iaitu Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) yang kembali lagi pada tahun 2025 dan membawakan lebih kemeriahan dalam tahun keempatnya.
Acara yang telah menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records sebagai Expo Festival Raya Terbesar di Malaysia ini merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management dan akan berlangsung pada 21 Mac (12.00 pm) hingga 24 Mac (6.00 am) 2025 selama 66 jam tanpa henti di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Untuk julung kalinya di tahun 2024, ABxFGR telah diadakan di luar kawasan Lembah Klang iaitu di Persada Johor, Johor Bahru bagi menarik minat pengunjung di sebelah selatan negara serta negara jiran kita, Singapura dan telah menjadikan tahun 2024 sebagai tahun terbaik dalam sejarah ABxFGR sepanjang tiga tahun diadakan.
Acara ini telah mencatatkan pelbagai kejayaan luar biasa setiap tahun dan berikut merupakan pencapaian ABxFGR sepanjang tiga tahun lalu:
- RM42.1 juta hasil jualan
- 1,731 tapak reruai
- 5.1 juta jumlah pengunjung
- 300 vendor F&B
- Lebih 400 selebriti
- 100 rakan penaja
- Lebih daripada 3000 usahawan dan 600 jenama tempatan
Pencapaian-pencapaian yang dikecapi selama tiga tahun ini telah mengukuhkan lagi status ABxFGR sebagai Festival Raya yang paling berprestij di Malaysia di samping memberikan impak positif pada ekonomi negara dan membuka peluang perniagaan yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan tempatan, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs). Seiring dengan harapan pihak penganjur, ABxFGR dijadikan sebagai platform bagi usahawan-usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk dan khidmat mereka kepada masyarakat dan membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas di Malaysia.
Sama seperti 3 tahun lepas, pihak penganjur berharap ABxFGR dapat memberikan pengalaman membeli-belah bagi persediaan Aidilfitri yang lengkap untuk semua pengunjung daripada pakaian, produk kecantikan dan juadah Aidilfitri. Untuk dua tahun berturut-turut, ABxFGR telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records dan pihak penganjur berhasrat meneruskan kejayaan ini dengan mencipta rekod baru bagi tahun 2025.
Turut diperkenalkan, Usanita Sdn Bhd sebagai penaja utama bagi ABxFGR 2025 di samping Hermo dan Wardah sebagai Rakan Penaja dan Aik Cheong Coffee sebagai Rakan Minuman Rasmi serta penaja-penaja lain yang turut menyumbang kepada kejayaan ABxFGR pada tahun ini.
My Events International selalu penganjur yang telah berada di dalam industri pengurusan acara selama 18 tahun sememangnya dikenali di dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan acara di dalam dan luar negara dengan pengkhususan dalam acara konsert, persidangan, pameran dan majlis makan malam gala. Begitu juga dengan penganjur bersama Absolut Events & Management yang sebelum ini juga menjadi penganjur pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest di Shah Alam. Kredibiliti Kedua-dua penganjur sememangnya mengagumkan.
Selain itu, skala festival raya diperbesarkan dengan menambah sebuah lagi dewan pameran pada tahun ini untuk menempatkan lebih banyak tapak reruai. Untuk tahun 2025, 700 tapak reruai telah habis dijual dan pihak penganjur menyasarkan RM25 juta hasil keuntungan daripada pempamer di samping menarik seramai 2 juta pengunjung bagi menjadikan ABxFGR 2025 lebih meriah.
Terdapat pelbagai aktiviti sampingan seperti Money Chamber dan jualan Happy Hour untuk disertai oleh para pengunjung. Seterusnya, festival raya yang gah ini juga bakal menampilkan barisan selebriti ternama tanah air serta hiburan tanpa henti selama 66 jam berlangsung. ABxFGR bakal membawakan bakat-bakat terkemuka bagi mewarnai lagi festival raya ini.
Di samping itu, antara tarikan utama lain bagi acara ABxFGR ialah Mini Absolut FoodFest, sebuah pesta makanan di bahagian luar dan dalam dewan pameran di mana pengunjung dapat menikmati pelbagai makanan dan minuman daripada lebih 50 vendor makanan untuk berbuka puasa dan sahur sepanjang acara berlangsung, menjadikan acara ini sebagai pusat tumpuan untuk membeli kelengkapan hari Raya, berbuka puasa dan bersahur.
Sebagai salah satu langkah untuk membantu masyarakat, ABxFGR 2025 telah mengambil inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana sebahagian daripada hasil keuntungan acara ini akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir, ibu tunggal dan anakanak yatim di seluruh Malaysia bagi membantu mereka membuat persediaan untuk Aidilfitri yang akan datang.
Seterusnya, pihak penganjur juga menyatakan hasrat mereka untuk memperluaskan penganjuran ABxFGR ke sebelah utara Malaysia dan Borneo pada tahun hadapan bagi memenuhi permintaan orang ramai yang ingin merasai pengalaman festival raya yang meriah ini di kawasan mereka.
Akhir sekali, pihak penganjur menyeru agar para pengunjung mengikuti akaun media sosial rasmi ABxFGR untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai acara tersebut. Pihak penganjur juga menyatakan terdapat lebih banyak kejutan menarik menanti semua pengunjung menjelang ABxFGR 2025.
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com