RAIKAN TAHUN BARU CINA 2025 DENGAN EGG-STRA ONG MARRYBROWN

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah mencuba semula menu bermusim Egg-stra Ong! yang kembali dikeluarkan oleh Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal terkemuka kegemaran Malaysia iaitu Marrybrown® bagi meraikan sambutan Tahun Baru Lunar


Dilimpahi dengan sos telur masin yang enak dengan gabungan rempah ratus, Egg-stra Ong kali ini direka untuk kembali menambat selera dan mencipta pengalaman pemakanan yang sempurna buat para penggemar menu ini termasuk Hans.


Kali ini lebih menarik kerana Marrybrown menampilkan beberapa pilihan baru serta tidak melupakan menu lama di dalam menu Egg-stra Ong! untuk tahun ini. 

1) Egg-stra Ong Mashed Bowl:
  • Kentang lenyek berkrim yang dilimpahi sos telur masin dan ketulan ayam. 
  • Harga bermula dari RM6.88

2) Egg-stra Ong Spicy Burger Combo:
  • Dihidangkan dengan kentang goreng dan jus oren Minute Maid®
  • Harga bermula dari RM18.38

3) Egg-stra Ong Chicken Combo:
  • Pilihan 2 atau 3 ketul ayam, dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad sayur. 
  • Harga bermula dari RM20.38

4) Egg-stra Ong Box Meal:
  • 1 ketul Ayam Egg-stra Ong, Egg-stra Ong Spicy Burger, kentang goreng bersaiz regular, dan jus oren Minute Maid®
  • Harga bermula dari RM24.88

5) 5-pc Ong Bucket:
  • Sesuai untuk majlis keluarga, menampilkan 5 ketul Ayam Goreng MB® dengan sos telur masin, 4 keping Chicken Fillet, 6 ketul Nuggets, dan tiga cawan jus oren Minute Maid®
  • Harga bermula dari RM55.88


Bagi Hans, memang menu Egg-stra Ong! adalah menu Marrybrown yang sangat di nanti-nantikan kerana rasa menunya yang cukup memikat


Sebagai sebuah jenama Halal buatan Malaysia, Hans melihat matlamat Marrybrown yang sentiasa cuba untuk menjelmakan 'Rasa Malaysia, Pilihan Kita' dengan perisa yang diketahui dan disukai rakyat Malaysia sememangnya wajar diberikan ujian dan sokongan. Ditambah pula dengan harga jualan menu yang sangat berpatutan maka tiada untuk kita menikmati bersama seisi keluarga atau kumpulan besar rakan demi mencipta detik-detik indah yang tidak dapat dilupakan sepanjang Tahun Baru Cina kali ini. 


Jadi, anda semua kena segera berkunjung ke cawangan Marrybrown seluruh Malaysia kerana menu bermusim Egg-stra Ong! ini hanya akan dijual sepanjang 7 Januari hingga 23 Februari 2025 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari laman sesawang dan dan media sosial Marrybrownmy. 

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama