Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah dijemput oleh Al-Ikhsan Sports yang merupakan pengedar barangan sukan terbesar di Malaysia untuk menghadiri majlis pelancaran inisiatif jenama terbaharu 'For Everyday Athletes' yang merupakan satu kempen berskala nasional yang meraikan rakyat Malaysia yang terus melangkah, berusaha, dan mengharungi cabaran harian dengan semangat.
Sebagai jenama sukan tempatan yang paling lama bertapak dan memiliki jaringan terbesar di negara ini dengan 187 cawangan fizikal dan 3 platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia, Al-Ikhsan Sports telah lebih tiga dekad memperjuangkan sukan dan bukan sekadar menjual produk. Kempen ini memperkukuh semula identiti jenama kami bukan sekadar entiti perniagaan tetapi sebuah jenama yang berperanan untuk memberi inspirasi, membina semangat, dan memacu kemajuan untuk setiap For Everyday Athletes'.
Kempen Untuk Kita Semua
'For Everyday Athletes' bukan sekadar slogan tetapi ia adalah seruan untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif, sihat dan seimbang. Kempen ini mengiktiraf mereka yang tetap memilih untuk bergerak di tengah kesibukan kerja, rutin harian di rumah, dan rentak kehidupan yang padat dan mencabar. Kempen ini memberi tumpuan kepada individu-individu harian dengan rutin sebenar kehidupan sambil memperkukuh komitmen Al-Ikhsan Sports sebagai jenama yang sentiasa dekat di hati rakyat.
Pelancaran ini turut bertepatan dengan satu pencapaian penting, pengenalan konsep kedai baharu Al-Ikhsan Sports di Elmina Lakeside Mall, yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik. Cawangan Elmina ini adalah yang pertama dalam siri kedai generasi baharu Al-Ikhsan Sports diikuti oleh kedai-kedai Al-Ikhsan di AEON Shah Alam, Ipoh Parade, dan Mayang Mall.
30 Tahun Kukuh dan Masih Bersama Anda
Dari sebuah kedai kecil berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru pada tahun 1993, Al-Ikhsan Sports kini berkembang kepada 187 cawangan fizikal dan 3 platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia.
Kempen 'For Everyday Athletes' meneruskan misi ini dengan lebih jelas, memberi fokus kepada pergerakan harian dan individu-individu di sebalik setiap langkah itu. Antara sorotan utama kempen ini termasuk:
- Pelancaran Program Keahlian Eksklusif Al-Ikhsan Sports (Jun 2025).
- Ganjaran aktiviti kecergasan untuk menggalakkan gaya hidup aktif.
- Program komuniti untuk menghubungkan rakyat melalui gaya hidup aktif.
Sertai 'For Everyday Athletes'
Ikuti kempen ini di media sosial dengan #4EverydayAthletes dan #alikhsanSPORTS
Untuk maklumat lanjut, layari www.al-ikhsan.com atau ikuti @alikhsansports di media sosial.
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com