21 Kenangan Terindah Di Kala Sekolah Rendah

Seronok kan masa sekolah rendah dulu...nih antara kenangan yang aku ingat masa aku darjah 6 dekat sekolah kebangsaan jalan pegawai....

  1. Makanan dekat kantin yang memang sedap dan menyelerakan kecuali nasi lemak sebab nasi lemak depan sekolah lagi sedap. Haha. Antaranya yang aku sangat suka ialah donat, keropok lekor dan roti sardine. Hotdog pun okay juga. Semua panas – panas dan segar – segar belaka dengan harga yang berpatutan.
  2. Main bola tin(tin yang dikemek dan kemudian disepak) dekat padang simen tepi kantin, tudung magnet, tuju lemak, polis sentry dan teng teng.
  3. Jadi pembaca doa dekat sekolah bersama Ridhwan(bulat), Akmal(kering), Muzaimi dan Bukhari. Baikkan aku? Haha…
  4. Bermusuh dengan guru kelas 6 Afdal yang kerek. Sampai sekarang aku masih ingat yang dia cabar kelas aku dengan mengatakan budak kelas dia akan dapat 5A tapi akhirnya dia diboo oleh kami semua pada hari keputusan UPSR diumumkan sebab tak ada sorang pun budak kelas dia dapat walaupun 1A. (ini kalau wat entry pun best nih)
  5. Berlari – lari menyerbu pagar sekolah sewaktu loceng dibunyikan tanda dah boleh balik rumah sebab kalau lambat kena beratur dekat belakang dan lambatlah balik.
  6. Menegur seorang ‘makcik’ yang aku ingatkan tukang sapu sekolah dengan perkataan “Assalammualaikum, makcik ,”. Lepas tu ‘makcik’ nih pandang aku macam tak puas hati. Aku tak kisah sebab aku tengah berkejar nak balik. (aku akan kupaskan sebab apa ‘makcik’ nih tak puas hati dekat entry baru)
  7. Aku dan Nurul Izzah tidak menang anugerah Nilam sebab guru kelas kami ingat kami berdua menipu. Walaupun dia tak cakap kami menipu tetapi sebab dia tak hantar buku Nilam kami menandakan dia ingat kami menipu. Budak lain hantar satu jer buku dah boleh dapat hadiah. Penatlah aku baca macam nak mati sebab nak dapat hadiah. Aku ingat lagi aku baca novel pasal masalah ozon setebal 700 lebih muka surat. Bazir waktu hidup aku jer baca buku tu. Dahlah bosan. Duit pun rugi. Satu buku Nilam yang warna biru tu boleh diisi dengan 40 buku kalau tak silap aku dan aku dah habiskan 9 buah buku Nilam. Sampai sekarang aku tak boleh terima perkara nih. Tapi yang seronoknya dapat tukar – tukar buku dengan budak – budak kelas dan yang tak leh blah tu ada budak bengang kalau buku yang diorang dapat tu buku-buku yang tak best macam ‘JAGALAH KEBERSIHAN GIGI ANDA’. Bengang jer diorang nih dengan librarian. Kesian Nik Nina. Haha!
  8. Qiyamulail pertama kali dalam sejarah dekat sekolah. Tidur hanya 10 minit sebab menyembang jer kejanya. Kesudahannya, sampai dekat umah pukul 8.30 pagi terus tidur dan bangun pukul 4.30 petang. Best sangat tidoq!!
  9. Jatuh basikal depan sekolah waktu nak balik umah. Ini semua adalah kesalahan seorang mamat cina gemuk (kata orang aku pun gemuk juga). Tak silap aku masa tu aku dengan dia barisan depan sekali. Bila pakcik tu suruh jalan jer teruslah serbu. Tapi cina gemuk nih tetiba plak himpit aku. Aku tak sempat mengelak dan akhirnya dua – dua tergolek. Malunya tak boleh nak cakap. Dah orang ramai. Sial tul cina tu. Sempatlah mencarut dekat dia. Ialah. Dah dia pun mencarut dekat aku. Haha! Dahlah jatuh sepasal. Lepas tu basikal aku ada masalah plak. Brek basikal tu tertekan dekat tayar. Maksudnya, bila aku bawa basikal tu ibarat aku tengah tekan brek tahap maksima punya padahal tak. Azab la sepasal nak sampai umah. Berpeluh – peluh aku masa tu. Faham – fahamlah orang gemuk yang malas bersukan nih. Haha!
  10. Budak lelaki kelas aku berlakon drama pasal Hang Tuah dengan Hang Jebat yang dilakonkan Humam dan Bukhari dan aku sebagai narrator drama nih. Semua orang suka sebab lawak. Best – best!
  11. Lepak dekat kedai alat tulis dengan Azwan, Syafik dan kadang – kadang Sabree pun join juga. Tauke bos nih aku panggil dia ‘mamak bosan’. Aku tak tau macam mana leh panggil dia macam tu. Haha. Aku lepak dengan kakak – kakak yang keja dekat situ. Diorang sporting. Kadang – kadang dapat makan free. Dekat sini bakat menjual aku terserlah. Bantu diorang keja sambilan tak bergaji dekat situ. Haha!!
  12. Hari Kantin Sekolah dimana persatuan seni yang dipengerusikan Ridhwan(bulat) dan ajk nya adalah aku dan tak silap Faiz Zakaria meniaga waktu tu. Keuntungannya sangat mengujakan dan ini telah mengesahkan lagi bakat berniaga dalam diri aku. (ayat macam celaka plak aku nih). Haha.
  13. Sanggup datang ke sekolah awal bukan sebab rajin tetapi semata – mata nak bersaing dengan Zakwan untuk menjual gambar pemain badminton Taufiq Hidayat kepada budak kelas kami, si Nabilah yang fanatik gila mega dekat taufiq hidayat. Harga gambar bergantung pada saiz. Kalau besar dapat dalam RM1. Kalau kecil adalah dalam lima kupang(50sen). Pernah jugalah hasil jualan mencecah RM2 sehari. Kayo den waktu tu jang.
  14. Melihat pokok besar dekat padang simen(lihat para 2) tercabut dengan akar – akarnya akibat ribut dan tumbang ke pagar belakang sekolah. Kononnya macam keajaiban dunia lah waktu tu.
  15. Kelas malam sebelum UPSR. Aku tak tahu asal tapi seronok lah kelas malam nih. Sampai sekarang aku tercari – cari apa sebab dia.
  16. Eksperimen sains seperti membuat kertas, melihat bagaimana roti ditumbuhi kulat dan pokok taugey siapa yang paling panjang. Waktu tu semua excited jer. Haha. Aku lupa roti budak mana ntah yang paling meloyakan aku tengok. Gila punya hitam dengan bau macam babi. Uwekkk!!
  17. Kontroversi keputusan pertandingan nyanyian antara semua kelas darjah 6 (salah satu sebab untuk para 3)
  18. Mengejar pergerakkan anak – anak ikan yang dikatakan anak kepada ikan haruan di dalam parit. Berwarna oren dan bergerak secara berkelompok, mereka selalu kelihatan selepas waktu hujan. Ini juga di anggap salah satu dari ‘7 keajaiban dunia’ pada masa tu. Haha.
  19. Menyaksikan buat pertama kali baju dalam budak perempuan kelas aku(singlet saja lorr) digantung dekat kipas oleh geng – geng lelaki yang brutal dalam kelas aku macam Paan Ramli dengan Dzulfitree. Menangis budak tu. Haha.
  20. Bermain terbih getah atau pun melastik menggunakan getah dengan bahan untuk melastik ialah kertas yang dilipat hingga keras. Sasaran adalah orang yang aku tidak berpuas hati. Paling kesian geng budak nakal kelas aku menjadikan geng pengawas perempuan sebagai sasaran lastik diorang. Dan tempat yang dilastik adalah dada. Gila lucah kan?
  21. Permainan – permainan unik dan pelik yang dicipta dalam kelas.
    1)‘roda kasih’ adaptasi dari rancangan roda impian atau wheel fortune yang femes dikala itu. Permainan ini dimainkan dengan cara mengunting kertas menjadi bulatan dan digaris – garis menyerupai roda impian itu dan ditulis nama perempuan dan nama lelaki. Dengan menggunakan pensil, putarkan roda itu. Sambil memejam mata, gunakan pensil dan tikam pensil ke roda itu. Dan hasilnya, nama yang kena pada hujung pensil itu adalah kekasihnya. Aku cukup anti dengan permainan yang dimainkan oleh budak perempuan berjawatan pengawas dalam kelas aku nih. haha.
    2)Permainan tisu dimana satu helai tisu dikoyak tujuh dan diikat hingga kadang – kadang menjadi gelang atau rantai dan ia melambangkan tahap percintaan anda di tahap mana.
    3)Permainan nama negeri,haiwan,orang,benda dan buah dengan menggunakan abjad yang dipilih. Selalu aku juara. Berkat baca buku Ozon kut. Haha.
    4)Rumah Hantu dengan menjadikan stor kelas sebagai tempat yang menyeramkan.

    Inilah antara kenangan semasa darjah 6 dekat sekolah aku. Seronok betul bila kenangkan balik benda – benda nih. Masa tu rasa macam sekolahku syurgaku pula.

P/S : Masa Lampau Hanya Boleh Dikenang Tetapi Tidak Mampu Diputar Balik.

26 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. seronok gila entry bila dibace. hehe. :)

    ردحذف
  2. i miss those moment damn much!

    ردحذف
  3. weh pait zakaria mcm kawan aku.
    classmate aku
    skrg dia UIA kan???

    dzulfitree ruh pon rasa mcm classmate aku

    btoi ka x weh

    aku excited
    agaga

    ردحذف
  4. semat wey.
    rindu kat cikgu mariam.
    hahah.
    tp mcm ada byk ja lg story yg hg tak post.
    curahkan lagi hasil usaha anda hanis.
    huhu.
    :)

    ردحذف
  5. asybedazzle : haha...bagus kerana enjoy ketika membaca...

    awa : awa...miss kamu gila2...rumah dekat tapi tak pernah berjumpa...haha..tingat zaman sekolah kita dulu kan...rindu korang semua

    Taqie : mana nak tau..lost contact..ntah dia ingat aku ker tak..aku tak tahu..banyak jer budak aku kenal skolah ko...pijoq,taufiq..saper lagi...ramai sangat...excited ang noh...

    ردحذف
  6. donat : danial...rindu weih dkt ang...aku pelik la..member aku duk jumpa ang dkt masjid aman...aku xpenah plak jumpa ang(aku smbhyang masjid lain)...haha...rindu la sangat ang dkt cikgu mariam..ceit...aku rindu dkt cikgu KH yg cina tu jer...Bee Shrau Sher ker apa...nanti aku post apa2...benda dah lama..otak kena refresh...huhu

    ردحذف
  7. waa..seronok2.
    msa standard 6 srnk gila.
    tp ada la sorg myclssmate ni msa drjh 6.
    meja ckgu ssn ikut group.
    pastu opposite msti laki.
    one day hari yg sgt pns n xde letrik tau. sorg my clssmate yg pmpuan angkat kain smpai atas.
    bernasib mlg ada kwn laki nama syukran tgh ambik pnsel bwh meja n nmpk spender pmpuan tu.
    sian dia. nangis gila2 punya mcm kn rogol. siyes tau.
    dh la syukran tu jns mcm hdp dlm dunia lain. selmba je dia g crta dkt boys yg lain.

    kls mlm mmg syok. siap bw mknan pastu mkn rmai2.

    n umah hantu sy dlm mkmal sains. selamba je tndg hantu tu sbb dorg raba kaki.

    waa,pjgnya komen sy. should i blog bout dis or sholdnt? hahaha.

    btw,nama sy irma ain not irma ainI. silambam kang sj je. :<

    ردحذف
  8. 1.haha ak ingat g time ak mkn kt kantin ms time rehat dpt mkn nasi lmak dia..peh sdap tu..xleh lpa..
    tp slalunya ak bwk bkal skli skala ja dpt mkn nasi kt kantin ni..
    lagi satu pnah ja rembat makanan ntuk dak2 rmt..da depa xmkn ak amik ja la...hahaha..jhat tul ak..besa la dak kcik g time tu(wlaupn ak barsaiz agak basar..huhu)
    2.mmg dak2 laki ni ska tul men bnda ni..dlm klas siap men lawan rubber la..men tudung menet la..ish2..
    3.ya..ya..ak ingat lagi depa2 ni slalu baca doa..muzaimi,ridhwan(bulat) kt na skng eh da hilang trus da ak ra..
    4.da klas pn hujung skali mcm na nk dpt A1..huhu..(jahatnya ak ngutuk org..)
    5.ak ingat g time buku nilam ni..ak just amik tajuk dpan buku n baca sket kt dpan n blakng cita dia psl pa pastu wat smmary..haha
    kdg2 cpy dr buku nilam org len..
    haha..last2 xmng pn jgk..
    6.serius best gla ak tgk prsmbahan korng wei..lawak tul..xsngka dak2 laki 6 arif da bakat brlakon gak..
    7.mmg si nabilah afiqah tu fanatik gla ngan taufik..ak xpnh g la tgk org yg fanatik cmtu..even msa jmpa dia kt mtrik dulu pn dia still pmnat setia taufik..huhu..ish2..
    ....da xlrat nk tulis ni..t ak smbng lak..huhu..

    ردحذف
  9. who doesnt miss school kan?

    tapi ade je certain bnda yg buat lagi kat hostel mcm ni.lol

    ردحذف
  10. "Aku cukup anti dengan permainan yang dimainkan oleh budak perempuan berjawatan pengawas dalam kelas aku nih."

    Ckp jela ko anti ngn game mrk ni sbb nama ko xder dlm roda tu.. Haha.. Xpun, sbb nama ko asyik2 terkena ngn dak pompuan yg ko pandang pun xmoh.. Tul x? Tul x?

    ردحذف
  11. whoaaa dia jadik pembaca doa tu. calon suami soleh nih. ape lagik adik2 di luar sana. cpat2 ngorat hans nih. gegegge :p

    ردحذف
  12. ah, kau buat aku trigt perkara2 lama.

    skolah rendah memang best, takde sape nak marah kalau kite jadi gila sebab kita budak2. kan? :)

    aku plg igt 2 prkara bile skolah rendah -> skolah menengah.

    1 - main wrestling bile cikgu takde
    2 - digossip dgn 5 prempuan spnjang aku brsekolah.

    oh ya budak skolah ko lucah! haha*

    ردحذف
  13. jahat ank noh dolu2!
    aku pown x pna wt menatang2 cm2.
    huhu~
    ank skul mana dlu weh?
    cian cg ank dpt anak murid cm ank.
    isk3.

    ردحذف
  14. Irma Ibrahim : haha..patut dia nangis macam kena rogol..malu tuh...haha...lawak plak syukran tu...okay juga kalau nak post pasal entry nih

    Batrish :
    1.sebut pasal curi2 makan aku tingat weih...rehat kan pukul 10 ka 10.30 lagu tu...lapaq punya pasai..aku curi2 makan dalam kelas..alih2 waktu rehat bekal yg aku bawak dah habis pasal rembat time cikgu mariam mengajaq...hahah..
    2.haha..lawan rubber..betui2..sonok..menang 10-7 la apa jadah la..haha
    3.ridhwan bulat dkt u.darul iman dkt tragganu skrg..muzaimi yg aku tau dulu sains pokok sena..la tak tau la mana..
    4.ang tau xpa..dah tau kelas dia last sapa suruh dok cari pasai dgn kita..orang kata apa ukuq baju dkt badan sndiri la kan..huhu..
    5.Aku jujur kut..tu aku cakap buang masa jer aku wat buku nilam tu.
    6.tahu tak perrrr(riak plak aku)..haha
    7.Laa..dia matrik dgn ang ka?la dia dkt mana?dok minat lagi taufiq tu?gila betui nabilah nih....

    Rikhman : yups..certain tapi walaupun kadang2 kita buat tapi xsama macam dulu..zaman budak2 berbeza dengan otak yang dah matang..

    Nur Fadhilah : banyaklah ko..memang nama aku xder pun tapi bukan pasal tu la aku anti tapi geli haih mainan macam tu...

    Gikgu Wiween : haha..thanks promote hans wahai cikgu gangster tapi tu masa dlu..baik..skrg jahat dah..haha

    e-zul iswhat : best2..kena marah pun xamik hati sangat..huhu...budak skolah aku lucah sikit2 jer lah..ceit

    Pikato Ezora : bila plak aku jahat...baik jer la..untung la cikgu aku dapat murid macam aku..senang jaga..masa tu jer la..haha

    ردحذف
  15. gile ko..buat aku gelak sorang-sorang..sebab pengalaman time darjah 6 memang paling bes skali.(akak aku pon cakap mcmtu).. kelas malam time UPSR bes sbb dapat pki baju biasa. dan ia malam. cikgu masuk lmbt. boleh kacau-kacau gadis. haha. dan permainan yang korang cipta tuh gile tak boleh blah..wahahaha..bes bes!

    ردحذف
  16. AkuKopiKau Siapa : ar ar...sebab tu kelas malam best..leh pakai baju biasa...yeah..thanks..akhirnya aku jumpa sebab apa kelas malam best..haha..

    ردحذف
  17. hahaha~
    tringat msa skolah dlu.
    mmg gila jahat dak claz kita kn?
    tp sume jd insan b'guma skrg..
    windunya sume org~

    wat la gathering weh~

    ردحذف
  18. cikdina : oit,wardina...rindu sama kamu.....haha..buat gathering?mana nak cari alamat dgn no phone nya?
    tunggu hang pa kahwin la kut leh jadi gathering time tu...huhu

    ردحذف
  19. hahaa...memang best kalau diimbas kembali apa yang telah berlaku..semasa sekolah rendha apa yang terlintas di fikiran hanyala keseronokan..lantaklah apa jua yang dilakukan yang penting puas hati..hahaa

    ردحذف
  20. hahahaha!!best nya masa kita wat rumah hantu dlm bi;ik stor..xleh lupa o0wh..haha

    ردحذف
  21. Ajeem : waktu tu masing2 ditekan kena dapat 5A tapi kami semua still enjoy tahap gila punya...huhu...best2

    Misssunshine : sah nih adlin...hang kah?lah lain bebenaq mukanya..haha..rumah hantu tu la rumah hantu paling lawak dalam dunia aku rasa...tu pun ada juga orang takut..lemah semangat tul..waakakka

    ردحذف
  22. haha, dri sek rendah ku studs pling lamb dtg sek.almaklumlah 7.30bru nak tggu bas.nanti tgl bkakan pagar tok g.besor coz pagar dah tutop, pas 2 pengawas xleh saman coz ku baik dgn g.besor, dpat anugerah nilam (emas je...) n akulah presiden n ketuo pustakaan!temp dating paling best, pustakaan le..

    ردحذف
  23. sengkool : gila ada skandal dengan guru besar..xsangka aku ko diam2 rupanya berisi...wawawawa

    ردحذف
  24. mane do lah...

    ردحذف
  25. MMG BEST KT SEKOLAH ADE KWN AQ KNE SAKA......

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم