Tapi aku dengan classmate aku si Kodik nih memang dah merancang nak pergi kelas lewat jadi tak kisahlah sangatkan. Sempatlah menggelamun 3-4 jam sebelum mandi. Mengambil tema Tahun Baru Cina sebagai alasan untuk aku memakai baju ala – ala cheong sam menggantikan baju melayu, kiranya aku redah jer lah ke kelas. Menjadi tumpuanlah sekejap baju tu dalam kelas. Hahaha(gelak riak lagi angkuh).
Tak ramai yang datang kelas sebab dah ramai yang balik ke kampung halaman masing – masing. Aku rasa macam nak balik plak tapi itulah pasal. Keinginan nak balik tu wujud sewaktu tiket – tiket semua sudah sold out. Adess!! Jadinya, kelas hari tu habis tersangat awal(sebenarnya tak belajar apapun tadi..haha) dan yang paling best tu adalah pensyarah aku tu belanja kami semua satu kelas makan dekat café blok Y(macam tahu – tahu jer semua budak – budak tengah save budget).
Ooooo Mai God……hari ini dalam sejarah. Sejarah dalam ini hari. Pertama kali nih situasi macam nih berlaku dari aku part 1 sampai part 5. Dari mata sesepet Rain(mengantuk lah tu) menjadi sebulat mata Shah Rukh Khan(aku la tu..hahaha)..tunggu lagi..segeralah menyerbu dengan pantas tahap wali – wali
Aku telah menjadi rambang mata apabila tiba di café terbabit dan perasaan malu aku telah hilang sama sekali apabila aku terpandang aneka makanan yang terdampar di setiap meja dan rak – rak roti dekat café tu. Aku pun mengambil nasi lemak sebungkus dengan roti hot dog tu sebiji di campur dengan teh ais. Wah, ikut hati macam nak tapau jer tapi sebab perasaan malu tu sedih sangat nak tinggalkan aku maka aku pun bersyukur sajalah dengan apa yang ada. Gagagagaga!!
Kami satu kelas menyambung semua meja dalam café tu dan makan sekali dengan pensyarah yang bermurah hati tu. Panjanglah kami semua berborak dengan beliau. Tengah pensyarah nih rancak berkata – kata dengan suaranya yang merdu tu tetiba aku terlihat sesuatu jatuh dari mulutnya. Owhhh!! Kami semua terdiam seribu bahasa.
Gigi palsunya tertanggal sewaktu beliau tengah berborak. Owh, aku memahami perasaan beliau. MALU!!! Haih, haruslah kekantoian beliau ini tidak dapat diselindung lagi mahupun dihapuskan dari memori kami semua. Dari rancak berborak beliau terus berkata,”Class Dismiss”. Yeahhh!! I like it!!
Apa-apapun trimas yang tak terhingga pada beliau atas kesanggupan membuat amal jariah kepada kami semua dan diharap pada minggu – minggu akan datang pun beliau akan melakukan rutin yang sama macam hari nih. HAHAHAHA(gelak Oggy & Cockroach)
P/S : Wajiblah Setiap Jumaat Aku Pergi Kelas Beliau Dengan Penuh Bersemangat Waja.
teringat zaman belajar..
ردحذفhaih..
isy, da tua2 pun malas bgn pg lg.. hoho, lecturer aku penah wat cmtu gak oh.. die cancel class, suh sume kumpul kt dinings, nk mkn sesama.. tp malangnyer, aku ngn kengkawan aku ber5 pose Ramadan.. sengal tul..
ردحذفwakaka..dasyat tol lect hg tu..
ردحذفcian mesti dia conrtol macho+malu
aiyooo..malu nyeee..
ردحذفklu i bhenti mngajar dah.lol
lect mana lh yg pkai gg palsu 2??
ردحذفjangan lah cakap yang lect tue adalah mr fazlul haque!
ردحذفhahahaha...
chuuuumel tol lcturer tuh!!!
ردحذفhahaha
buleh pulak org tua tu terjatuh gigi palsu tengah syok berburak. gagag
ردحذفaih..
ردحذفtumpang senyum jer tapi cian plak dier..
oleh kerana dier baek hati, so..
tahan ke ar senyum..
hehe..
**dier dok diam2 baca entri neh..
hlang slere mkan..
ردحذفrazor : ko dah tua..xpayah nak ingat2 dah..haha
ردحذفnur fadhilah : haha..best kan kalau semua lecturer macam tu
gadis kampung separa bandar : mestilah..haha
rikhman : haha..itu U rick..
pikato ezora : mana leh bagitahu..nih media ethics..kena censored dia punya nama..huhu
helmi razali : haha
danny ocean : bukan daaa..kalau orang tua tu mesti aku dah mention nama dia besar2 dkt tajuk entry nih..kahkahkah
violetbiru : mana tahu dia comel?
cikgu wiween : haha..tu la pasal..kan dah kantoi dgn student
lotsoflove-pearls : itula..nasib dia belanja...huhu
sengkool : time tu aku dah settle dah melahap..nasib..haha
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com