Malu Saya Dibuatnya

Malu!Malu!Malu Saya Dibuatnya(nada suara seperti suara Mirnawan Nawawi dalam iklan Poliden). Kisah ini berlaku di Hentian Duta sewaktu aku sangat ghairah menunggu bas(nama bas dirahsiakan atas sebab – sebab tertentu) untuk pulang ke kampung halaman pada Isnin lepas.

Aku bangun tersangat awal pagi iaitu dalam lingkungan 5.50 pagi untuk bersiap – siap pergi ke stesen Hentian Duta walaupun tiket bas aku ialah 10 pagi berikutan rakanku si Mun Shorma terpaksa pergi ke Pudu lebih awal memandangkan tiket beliau adalah pada pukul 8 pagi. Tetapi, aku tidak kisahlah sebab aku sangat teruja untuk pulang ke rumah.

Wah, ramai sungguh manusia dekat Hentian Duta nih. Kadang – kadang terasa mahu memakai topeng untuk mengelakkan H1N1 tetapi oleh kerana merasa tidak selesa maka dibuang perasaan ingin memakai itu jauh – jauh. Akhirnya, bas yang dinanti – nanti tiba jua selepas sekian lama aku menunggu.

Dengan sepantas kilatnya aku menyerbu bas itu dan memasukkan beg baju ku kedalam bas itu dan kemudian dengan muka yang sangat gembira memasuki bas. Tiba – tiba tempat duduk aku diduduki oleh seorang perempuan bertudung.

Ini membuatkan aku marah nih. Asal duduk tak ikut kedudukan. Lalu aku menyuarakan hak aku sebagai seorang pembeli tiket kepada beliau tetapi dengan suara yang sangat baik tanpa ada langsung bunyi yang menunjukkan aku bengang atau yang seumpama dengannya. Tetapi, beliau juga menunjukkan tiket yang tertera tempat duduk yang sama. Eh, pelik betul rasanya. Apa sudah jadi sebenarnya nih? Apakah?

Kemudian, si wanita ini pergilah berjumpa dengan pemandu bas berkenaan untuk bertanyakan hal ini. Kejadian memalukan mula berlaku pada ketika ini :-

Wanita : Kenapa tiket kitaorang sama abang?

Pemandu : Mari saya tengok......patutlah!! Adik! Tengok tiket kamu! Tarikhnya bila?(suara yang lembut tetapi bunyinya kuat..malulah aku abang woiii....)

Aku : ......(terkedu sementara)!!Macam mana boleh jadi bulan 9 pula nih. Owh, nih macam mana nak tukar nih abang?(muka sangat cool tapi aku dah malu tahap 1000% dah)

Pemandu : Cuba adik pergi tanya kaunter.

Aku : Okay!!(segera turun dengan perasaan malu yang amat sangat tanpa menoleh kebelakang lagi)

Owh, kenapakah aku terpaksa menerima semua ini? Aku dah memberitahu penjual tiket di kaunter bas berkenaan di Pudu yang aku mahukan tiket yang bertarikh 17/08/09 tetapi yang aku dapat rupa – rupanya bertarikh 17/09/09. Adakah muka aku menunjukkan ciri – ciri manusia yang sangat teruja untuk pulang beraya sewaktu membeli tiket? Malu! Malu Saya Dibuatnya!!

Kesudahannya, aku terpaksa membazirkan duit membeli tiket yang baru pada pukul 12.15 tengahari dan terpaksa menunggu lagi 2 jam. Didalam bas pula tiba – tiba diri aku jadi serba tak kena. Nak buang air kecil....nak buang air besar....lapar gila....Semua tu membuatkan aku sentiasa berdoa agar bas berhenti di mana – mana RnR yang terdekat dan selepas 3 jam menanggung derita akhirnya bas ini berhenti juga di RnR yang aku lupa namanya.

Alhamdulillah, akhirnya aku tiba juga di negeri tercinta pada pukul 6 petang tanpa makan atau minum dan jika aku tahu semua ini bakal terjadi...semestinya aku tidak teragak – agak untuk berniat puasa pada hari itu. Hari yang sangat malang tetapi mungkin ini adalah satu harga untuk mendapatkan kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Selamat bercuti pada rakan – rakan yang pulang kerumah.

P/S : Jumpa di Pudu Hari Isnin Nih Yer Rakan – Rakan.

P/S Lagi : Jangan Lupa Menonton Filem Alien In The Attic Sebab Filem Nih Memang Lucu Gila.

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahaha..
    excited sgt smpi tiket sndiri pn dah x pasan kul brapa..
    len kali jegey mata luas2..jgn gelojoh sgt ok..
    =P

    ردحذف
  2. excited noh?
    stg aku bakaq aloq stuck.

    ردحذف
  3. tu la ko..nex time..tgok dulu tiket tu..pas bayar..hhehehe..jumpa ko isnin ni..

    ردحذف
  4. hoho.. aku yg baca pun ley terasa betapa malunye bile salah tiket..
    besnye balik umah..

    ردحذف
  5. hahahah lucu laa kamu nih! hahahahahahhahahaha

    ردحذف
  6. alien at the attic mmg lawak!!!
    hahahahahahah
    hahhaha

    ردحذف
  7. zack : haha..selalu xpernah salah...

    pikato ezora: aku xmain lah bakaq2 nih...bom jer kulim ang tu...

    daydek : insyaallah

    nurfadhilah : haha..tahu xpo...

    aizul : cess....

    gadis kampung bandar : hang out?malas maaa...

    ردحذف
  8. haha.
    eksaited gler ko nk blik umah.
    len kali check dulu lerr.
    btw. 17/9 besday aku.
    jgn luper wish, bersama dgn kek skali.
    hakkk

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم