Rakan Saya Siri 2


Hah!!Minah nih pun berasal dari Sarawak juga. Asal lah ramai sangat member aku dari Borneo nih(budget ada ribu – ribu lah kan?). Nama dia Nurhayati ataupun nama panggilan Daydek(nih bahasa Sarawak nih) ataupun nama ‘femes’ dia Dato CT(gila tak malu mengaku CT…hahaha). Apa – apapun aku lebih senang memanggil dia Mulong(saja jer kecoh – kecoh nama baru ko).

Aku mula kenal dia masa mencari group(4 orang) untuk subject sociology. Masa tu aku terpinga – pinga sebab tak tahu dengan siapa aku nak join sebab aku tak kenal sangat budak – budak kelas aku. Masa tu aku hanya kenal Fizi(budak kelas juga) saja dan beliau dah ada kumpulan. Bertuahnya aku sebab kumpulan dia tak cukup seorang lagi dan aku pun join jer lah. Dari situ aku mula kenal Cik Yatie nih.

Pandangan pertama aku : Seorang yang pemalu(*muntah*) dan bersopan santun(perempuan melayu terakhir nih). Gaya dia macam makcik – makcik sikit.haha!

Pandangan sekarang : Hah! Pantang nampak camera! Pandai bergaya dah. Siap boleh make – up kan member – member dia dah sejak belajar dari Spa Q. Hahaha!! Seorang yang tabah dan cekal(sila masukkan RM3500 dalam akaun Bank Islam saya esok)

Dia dan aku datang dari jauh so masing – masing sangat excited bila diajak rakan – rakan lain untuk mengembara melawat seluruh pelosok negeri Melaka. Ingat lagi masa mula – mula pergi melawat Kota A Famosa dengan Kapal Besar dekat Melaka tu. Masa dulu sangat suka bergambar dengan camera yang aku beli tetapi dia taklah terlalu obsess. Tetapi sekarang…Masyaallah(menyesal aku ajar kau mencapap depan camera).

Dari group sociology sampailah habis semester, aku dengan dia sentiasa dalam satu group. Cuma adalah beberapa subjek yang terpisah kejap sebab undi lecturer ataupun sebab – musabab yang bernas(contoh subject Graphic..haha). Pengalaman – pengalaman yang dikutip bersama agak lucu dan memenatkan :-

  1. Assignment sociology yang kitaorang buat pasal seks bebas di kalangan remaja. Teringat lagi semangat pergi skodeng manusia – manusia dekat tepi pantai. Yang tak tahan tu kau berlakon dengan fizi konon – kononnya kantoi couple dekat situ dengan kitaorang. Hahaha! Dan buat pertama kalinya aku belajar overnite sewaktu skodeng tu dan masa kita berempat pergi rumah Gina. Bila nak skodeng jer hujan. Assignment kita memang tak berkat weih. Hahaha! Kalau ko ingat masa kita tengah berhenti dekat bazaar Melaka yang 24jam buka tu ada seorang manusia terkentut weih. Sangat memalukan. Hahaha!! Dan rasa – rasa aku kita antara kumpulan yang sangat bersemangat dan gigih menyiapkan assignment nih!! Buat Questionnaire yang sangat best. Kejar – kejar orang!!Tahniah kita berjaya!!
  2. Group kita juga kaki interview polis. Hahaha. 1st time interview polis sangat – sangat mendebarkan tetapi lepas tu rasa sangat best kan? Teringat lagi masa buat assignment human com yang kita interview rakyat asing tu. Kalau ko ingat masa aku pergi kedai CD tanya pasal CD korea tetapi rupa – rupanya polis tengah serbu masa tu. Slumber jer ko lari kan? Cess!!
  3. Waktu part 3 pun sangat seronok sebab 1st time dapat pergi TV3. Masa dalam perjalanan tu aku rasa kita sama – sama mengucap kut sebab Khaider bawa kereta macam orang mabuk. Aku yang tak cukup tidur nih terus jadi segar. Ko nak jumpa Ally Iskandar tapi tak dapat(padan muka ko). Nasib aku dapat jumpa Karam Sign Walia. Lepas tu, masa interview tu kan ada insiden panas dalam kereta yang ada sorang budak tu nangis – nangis tu dan sorang lagi wat tak tahu jer. Yang jadi mangsa kita jugakan(tak pasal – pasal rasa bersalah). Terpaksalah menghabiskan kredit dengan hantar sms. Padahal masing – masing dalam kereta jer.
  4. Waktu part 3 jugalah kita ada masalah dengan group kan. Masing – masing buat hal sendiri. Kerja masing – masing semua cincai belaka. Tinggallah kita dua yang letih gila nak siap assignment journalism yang setiap masa nak kena betulkan dengan assignment psychology(siap nangis – nangis lagi ko). Kalau ko ingat assignment psychology tu kan aku edit muka azwan ali dengan adlin jadi muka kita dua(tak boleh blah kan?haha). Waktu tu aku rasa kalau ko tak ada dalam group memang aku leh jadi gila weih. Part 3 kan zaman yang sangat memenatkan. Tapi, aku subjek CTU. Ustazah tu cool kan? Tak sia – sia kita debat dengan dia masa presentation.
  5. Waktu part 4 pergi Nasi Lemak Kopi O. Pertama kali dapat tengok live rancangan nih dalam studio. Siap masuk TV lagi tu. Haha. Masa tu kita berdua jer yang masih satu group. Ingat lagi bersusah payah nak present subject broadcasting nih. Dahlah waktu bulan puasa. Siap mengangkut nasi lemak dari blog ko sampai dekat bangunan lama tu. Penat – penat! Masa assignment Publishing pun kita rushing giler nak pergi print lah mandi lah. Group lain senang – senang jer datang lewat. Tapi, paling best masa subject advertising yang kita kena kritik group lain tu. Hahaha. Masa tu balas dendam memang best kan!!!!!
  6. Waktu part 5 pun best juga. Walaupun banyak subject tapi taklah rasa tension macam part 3 kan? Paling best masa buat assignment audio video. Owh, ko gelakkan aku yer kena berlakon tapi alih – alih ko pun terpaksa berlakon sekali. Wakakaka(padan muka ko). Masa nih memang dah best gila dah kalau dapat bergossip dengan ko(tambah – tambah persitiwa pertengkaran beramai – ramai dekat tangga masa ETR). Hahaha. Dan yang paling aku tak lupa kesusahan kita buat group assignment untuk flash. Susahkan weih? Bertungkus lumus kita buat sampai tak tidur – tidur. Hahaha!!(aku tahu ko gelak baca benda nih sebab ko tahu maksud aku)
  7. Last semester kita sangat bersemangat untuk buat pasal Buletin Utama. Dan selepas penat kita habiskan duit naik turun KL, bersusah payah naik tangga naik lif dekat umah member kak mun, bersusah payah teman ko dekat PPUM ker apa klinik tu yang nurse dia menjerit - jerit panggil nama orang tu?, dan tak sia – sia booth kita sukses. Ramai orang datang. Siap masuk paper Metro tu. Haha. Dan paling best masa ko shooting video untuk gimik presentation tu. Haha. Siap aku kena sembunyi balik pintu masa dekat umah sewa ko. Thanks sangat – sangat weih setia jadi ahli group aku selama 3 tahun.

Banyak benda sebenarnya aku nak tulis tapi sebab aku tahu ko seorang yang sangat malas membaca. Lagipun aku rasa aku dah tulis banyak dah nih. Cuma, apa yang aku nak kata sekarang aku rasa kau memang member baik aku dan kadang – kadang rasa dah macam adik beradik sendiri dah. Thanks sudi jadi member aku, bersusah payah selama 3 tahun, berkongsi rahsia – rahsia panas(hahaha) dan kek lapis ko memang sedap.

Apa – apapun harap bakal berjumpa di Shah Alam dalam course dan kelas yang sama dan hopefully bleh menjadi geng sekali lagi. Thanks banyak – banyak weih!! Kalau cuti – cuti nih tiba – tiba ko kahwin dengan Mr.A.D. tu jangan lupa jemput. Hahaha!!

P/S : Selepas Ini Siri Kawan 3

8 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Wah....Sedihnya aku baca.thanx u jugak kat ko coz sudi jd kawan aku slama nih..hope kekal sampai hjg nyawa.. Sedih nye ble tringt balik kisah lama..rasa mcm nk ulang balik masa2 mcm tu...Huhu.. nk bgtau ko rahsia *aku nangis baca apa yg ko tulis...*

    ردحذف
  2. banyak btol siri kawan ko ni.. tp xpe. org tua2 kate. bkawan bia beribu. bkahwin bia satu.. hahaha..

    ردحذف
  3. boleh menangis member ko baca ni
    hahaha

    ردحذف
  4. ala comelnyer.. daydek dh siap nangis2 bace yg u tulis ni... sure kngn lalu menghiris kalbu.. hehehe :p

    ردحذف
  5. alahai...
    memang seorang yang tahu menghargai persahabatan...
    sweeettt.....

    ردحذف
  6. again!!!
    bagus lew ko!!
    memg mengenang sahabt!!
    huhuh..

    ردحذف
  7. tetiba terikut sedey bila baca komen Daydek_yatie..
    :(

    emo tak bertempat

    ردحذف
  8. yatie : haha...banyaklah ko nangis..

    chah : bekawan biar sejuta lah...

    fatt chin choy : dia nangis sebab mengantuk tu...

    arieza : ntah

    vee violet : kawan baik susah nak dapat maaa...

    ghostone : adess

    pearls : wah,memang emo tak bertempat nih..haha

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم