Tajuk Drama : Persengketaan Antara Pak Yob Catering & Arf Curry Catering
Klasifikasi : PG13
Bahasa : Melayu Rojak
Watak - Watak :-
Pak Yob
Arf
Rodrigo Alfonso
Laura Zo Ho Liau
Chef Cik Do
Chef Fazura Martinez
Kucing
Tuan Rumah
Akhirnya, keputusan telah dibuat oleh oleh Laura dan Rodrigo selepas berbincang dengan ayah Laura. Mereka telah memilih kedua - duanya sekalinya untuk menyediakan menu kepada tetamu - tetamu majlis perkahwinan mereka. Jadi, setengah daripada senarai menu di berikan kepada Catering Pak Yob dan setengah lagi senarai menu di berikan kepada Catering Arf Curry.
Jadi, Pak Yob dan Arf sekali lagi bersaing untuk menunjukkan makanan yang di masak oleh siapa lagi yang sedap. Pak Yob telah berjanji kepada Chef Cikdo bahawa jika masakan mereka dipuji oleh tetamu maka Pak Yob akan memberi bonus 6 bulan gaji kepada beliau manakala Arf pula telah menawarkan pakej percutian ke seluruh Eropah kepada Chef Fazura Martinez jika makanan yang dimasak beliau akan dipuji lebih sedap oleh para tetamu berbanding makanan daripada Catering Pak Yob.
Tibanya hari perkahwinan Rodrigo Alfonso serta Laura Zo Ho Liau yang penuh meriah dengan lebih 3,000 tetamu. Ini juga hari yang bakal membuktikan makanan siapakah yang paling sedap sekali. Di dalam bangunan kedai yang menempatkan kedua - kedua catering itu, Pak Yob dan Arf telah berpesan kepada chef mereka masing - masing sewaktu pagi yang sangat hening itu.
Di dalam kedai Pak Yob :-
Pak Yob : Aku nak kau masuk dalam kedai diorang senyap - senyap dan masukkan benda nih di dalam periuk makanan diorang. Jangan sampai kantoi!
Chef Cikdo : Pak Yob biar betul....serius kah?
Pak Yob : Aku seriuslah! Kau nak bonus 6 bulan gaji ker tak nak nih?
Chef Cikdo : Baik - baiklah.
Pak Yob : Ingat! Masukkan benda nih dalam satu periuk diorang jer tau!
Che Cikdo : Okay!
Di dalam kedai Arf :-
Arf : Fazura! Aku nak kau masuk senyap - senyap dalam bahagian dapur diorang. Lepas tu kau buang benda nih dalam salah satu periuk diorang.
Fazura Martinez : Besar sangat nih bos. Kalau kantoi macam mana?
Arf : Itu pandai - pandai kau lah. Kau nak pergi melancong ke Eropah ker tak nak?
Fazura Martinez : Yer lah. Saya buat. Tapi kalau kantoi saya tak bertanggungjawab.
Arf : Okay!
Pak Yob dan Arf pun cuba berlakon baik dan konon - konon masing - masing keluar pergi minum teh tarik dahulu bagi memudahkan chef mereka menjalankan tugas yang diamanahkan. Lalu, chef masing - masing mengambil peluang untuk menjalankan misi mereka sewaktu bahagian dapur masing - masing menjadi sunyi selepas makanan sudah siap sedia dimasukkan di dalam periuk besar sebelum di angkat ke dalam van masing - masing. Mereka cepat - cepat memasukkan barang - barang yang di suruh oleh bos masing - masing ke dalam periuk makanan itu dan cepat - cepat menutup serta memastikan misi mereka berjaya.
Setibanya makanan - makanan itu di majlis perkahwinan Rodrigo dan Laura, pada pukul 10.30 pagi maka ayah si Laura iaitu tuan rumah mahulah juga melihat rupa menu mereka pada hari itu. Dia menuju ke periuk - periuk besar milik Catering Arf Curry dulu dan tiba - tiba tuan rumah menjerit besar apabila melihat beberapa ekor lipas yang sudah mati terapung - apung di dalam sebuah periuk yang berisi gulai daging itu. Arf serta Chef Fazura sangat terkejut besar dan mereka melihat Pak Yob tersenyum sinis tanda puas. Arf mula panas hati.
Tuan Rumah : Nih pasai apa ada lipas nih? Hang pa semua buat keja macam mana? Nih majlis dah nak mula dah nih? Takkan aku nak bagi depa semua makan lipas kut?
Arf : Maaf encik. Saya rasa ada orang cuba buat khianat nih.
Tuan Rumah : Sapa yang nak buat khianat dekat hang?Aku marah nih. Hangpa punya katering pengotoq.
Pak Yob : Betul tu encik. Katering diorang memang kotor. Sampai berbelas lipas dalam tu. Tapi, saya punya menu Encik jangan bimbang. Pasti bersih punya.
Tuan Rumah : Nasiblah aku ada buat back up suruh Si Laura tu ambik dua katering. Kalau tak musnah majlis hari nih.
Tuan rumah pun melihat - lihat pula periuk - periuk besar milik Pak Yob dan tiba - tiba :-
Tuan Rumah : Ya Allah! Hang masak apa nih?
Pak Yob : Ayam lah encik. Kan tu ayam masak merah tu.
Tuan Rumah : Nih ayam apa ada bulu, ada ekoq dengan ada 4 kaki nih?
Pak Yob : Eh? Macam mana leh ada binatang nih?
Tuan Rumah : Hang nak bunuh tetamu aku kah masak benda nih? Hang ingat keturunan aku makan kucing ka?
Pak Yob : Eh, nih salah faham nih encik! Pasti ada orang yang aniaya saya.
Chef Cikdo : Eh, ini si Tedi kucing Pak Yob lah kan?
Tuan Rumah : Ya Allah! Sampai kucing sendiri pun jadi ayam masak merah? Asal lah anak aku ambik katering - katering pengotoq nih?????????Tidakkkkkkkkkkkkkkkk...........(pengsan serta merta).
Pak Yob memandang Arf yang ketawa puas hati. Di dalam hati masing - masing :-
Pak Yob : Celaka! Aku letak lipas jer kut. Dia letak kucing. Dah lah kucing tu Si Tedi aku. Kucing Parsi tu. Jahanam!!
Arf : Hahaha. Padan muka kau. Letak lagi dekat aku lipas. Bukan setakat makanan kau jer aku musnahkan. Kucing kau pun aku musnahkan.
Akibat peristiwa itu, kedua - dua syarikat katering ini di saman malu oleh Tuan Rumah dan di dakwa di mahkamah akibat kecuaian dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Selepas itu, kedua - dua syarikat di tutup kerana hal berkenaan lipas dan kucing yang ditemui di dalam periuk makanan mereka sudah heboh di semua daerah - daerah kawasan itu dan mereka langsung tidak menerima sebarang tempahan dari sesiapapun.
Kini, Pak Yob dan Arf hidup merempat!!
Tamat!!
P/S : Itulah! Lain Kali Jangan Dengki Pada Orang!
P/S Lagi : Nantikan Drama Blog Yang Baru Pula Nanti!
hahaa. melepas 6 bulan bonus!!
ردحذفhahaha kisah nie aku memang suke...
ردحذفkalau boleh aku pancung kepala dia org
nk berlakon dalam drama baru!
ردحذفtudia...
ردحذفkucing skali dia masak..
eeewww...
hahaha..pengajaran; jangan mendengki sesama manusia.:-)
ردحذفhahaha...siyes lawak,tapi besar pengajarannya...
ردحذفhancurrrrrrrrrrrrrrr.........
ردحذفbetul tu.. jgn dok dengki kat orang.. kan dah kene pembalasan.. hahahahahaha.. padan muka...
ردحذفsemoga insaf selepas ini..
ada lagi drama in coming?
ردحذفhehe
Ko memang layak jadi pengarah drama bersiri Hans..
ردحذفlainkali... aku nk masuk skrip.. ehehe
ردحذفsedih gak en3 ni...sian kn dorang berdua tu..tp tulah..PHD...hehe
ردحذفkesian Si Tedi..dalam periuk rupanya..aku ingat dia watak heroin..hahaha
ردحذفaku pun nak berlakon
ردحذفwatak comel2 mcm tedi je
tamau jd heroin
haha
kesian tuan umh tu..makan apa la dorang utk kenduri..haha..
ردحذفrosak majlis kawen.. hahaha
ردحذفAiyooo.. Kesian kucing tedi.. Huhu.. Nasib bek tak letak frog.. Ahaks..
ردحذفahha,nice one
ردحذفada mesej citer ko,baguih2
mmg 18sg la drama ni bile sampai tang kucing tu...
ردحذفhans, apa kata masuk pertandingan drama radio..
ردحذفAfiq : hahaha...tu la pasal...
ردحذفGenerasi Clan : gila ganas ko..nanti kalau ada watak2 pembunuh ke apa dalam drama seterusnya aku kasi dkt ko...
Enyheartsdiamond : hahaha...watak anda sedang dipertimbangkan jika ada kesesuaian
Anis : hahaha...biasalah tu..hehe
Faizal : yups..elakkan sikap PHD...
Iqbalsyarie : hahaha...yups...
El : Hahahaha...itula..semua hancur
Kawie : macam betul jer kan crita ni..ekeke
Koyuki : ada tapi kisah lain plak..xtau nak create story apa..nanti datanglah idea tu
Relevan : My dream...hopefully tercapai...pray 4 me always..
Jard : hahaha..sabo2..watak dipertimbangkan
Hisham : sedih ker sham?wah,ekau senang emo rupanya..ahaa
Imam : hahaha...kalau nama dkt bawah2 tu watak pembantu jer
Laila : wah,ramai request nak berlakon nih..nanti tgok kalau ada kesesuaian watak
Iylienaz : haha..ko fikir jer sendiri..huhu
Chah : hahahaha...itula pasal..
Farhana : pasnih ko pegang watak frog..mau?haha
Pena Berkala : hahaha...banyak mesej kalau ko tgok betul2 selain tu...
Ries Lee : hahaha...agak lah kan 18SG...aku dah klasifikasi PG13...semua leh baca..jgn risau..haha
Zuewairy : nak masuk tapi xtau format...tu la pasal
aa..ada bakat buat skrip drama nih..
ردحذفsukaa baca..
;)
xsusah pun hans..
ردحذفdulu pernah gak buat.. sbb praktikal kat RTM.. juz macam skrip yang hans buat kat blog tu.. tapi kena details skit la..
mana watak aku??!!
ردحذف(tetiba)
haha. petah berdrama ye.
ردحذفapa lagi? hantar la RTM...keh keh..
ردحذفwey!! watak kucing tak mencabar lah!!
ردحذفdah lah tu!! dalam periuk lak tu!!
sah2 lah dah berenang dalam gulai... bulu dah x cantik.. x mengiurkan..
aku nak watak heroin!!!!!
ini kisah benar kah??atau sekadar rekaan drama??
ردحذفAla...tian si tedi!
ردحذفxpasal masuk dlm periuk wat berenang kuak lentang..huhu
2la..aniaya org..skrg dua2 bancrup!huu
Nur : itula..ada 3-4 orang kata juga tapi den xtau buat skrip radio...
ردحذفZuewairy : ada contoh?send dkt email aku
Zara : ko dalam drama lain..haha
Monolog : ekekeke..mana ada
Avid Gurner : haha..mau di reject nya awal2
Si Tedi : hahahaha...gila..bermula dari bawah la...baru berjaya..haha
Alvin : Rekaan jer la...adess
Wanie-San : Hahaha..Tahu xper
kesian pakcik kordy. haha. oops dua2
ردحذفwakaka pdn muke mereka!!
ردحذفchef wan tetap di hati<33
setuju~
ردحذفjgn dengki~
lagi satu jgn dgr ckp sblh pihak jerk~
hee~
Hapeace : wah,apa kena mengena pakcik kordi oit?
ردحذفNadhirah Nor : hahaha..betul2
Chentamaya : yups..betul tu..pengajaran
apa ni?!
ردحذفbaru nak melancong ke seluruh eropah! hahahahah.
Pikah : Hahaha..saja punahkan harapan hang
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com