Aku Dengan Ini Mengistiharkan Perang Terhadap Burung Di Awan!!!

Cess!!! Musnah mood aku hari ini tapi nasib sekejap jer. Hari nih ada satu kelas jer. Kelas yang mengajar aku supaya tidak tahu malu iaitu Radio & TV. Kenapa aku cakap mengajar aku supaya tak tahu malu? Sebab aku dilatih menyanyi dan minggu depan kena menyanyi depan orang. Suara aku kan sedap! Hahaha.

Waktu mula masuk kelas tu tiba - tiba budak - budak kelas tegur aku.

Director : Ada apa dekat belakang baju ko?

Aku : Benda apa pula?

Director : Itu dekat belakang ko tu...putih - putih panjang.

Aku : Eh, ada kapur ker? Nih sah sebab aku bersandar dekat dinding nih.

Director : Oit, rempit! Cuba ko tengok dekat belakang dia.

Rempit : Ar ar...ada putih - putih lah.

Aku : Benda apa dekat belakang baju aku nih? Cuba korang tengok.

Director : Loh, tahi burung nih.

Aku : Serius? Babilah burung. Nih aku malu nih(diorang cakap nak kuat pula kan!!)

Director : Hahaha...betul - betul! Ko pergi toilet lah cuci. Baru kena nih.

Aku : Adoi! Tension aku!!

Jadi, aku dengan selambalah pergi masuk toilet staff lepas tu cuci kejap bahagian terkena najis mutawasitah tu. Pastu keringkan dengan benda apa yang bila letak tangan bunyi bising dan kuarkan angin panas tu? Lantaklah, janji dah kering dan bersih secara luaran nya.

Bongoklah punya burung nih. Agak - agaklah kalau nak lepas hajat pun. Aku tahu siapa kau memang nahas. Satu keturunan kau aku musnahkah. Okay! Aku tipu! Mana aku tahu burung mana yang buat. Kalau aku tahu memang aku potong kepak dia lepas tu aku jerut leher dia.

Okay! Aku memang kejam! Hari ini adalah hari melancarkan perang terhadap burung di atas awan. Siapa - siapa ada senapang dan peluru sila tembak burung yang terbang di atas anda dengan segera.

P/S : Benci Burung Yang Berak Di Atas Awan!!!

18 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kah kah kah!!!busuk punya burng!!!

    ردحذف
  2. kah kah kah!!!busuk punya burung!!!

    ردحذف
  3. burung tu kasi tanda kt ko kekeke

    ردحذف
  4. nak gelak kejap..wakaka..

    aku pernah kena gak. tapi bukan kena kat aku la, kena dekat beg aku..adei..

    ردحذف
  5. haha..
    lawak la..perang tu..

    akak rasa burung awal2 dah bagi bendera putih.. tu yg jatuh atas baju..

    ردحذف
  6. warghh..kawan aku lagi sian. putih kat belakang baju dia cam cecair kapur kasut tuh.bau toksah ckp la.

    huhu..seram doh igt balik

    ردحذف
  7. ingtkan ko lancar perang terhadap burung di bawah
    erk888

    ردحذف
  8. hahaha aku rase burung tu da lame aim baju ko yang cantik2 & kemas2 tu..

    ردحذف
  9. Hans ko patut bersyukur yang kena kat belakang ... aku dulu masa naik motor kena kat muka tahu tak ? nasib baik aku pakai helmet ada visor .. tapi taik tu dah ....

    ردحذف
  10. mbwahahhahahahaha

    kene taik burung bawak tuah weh! hahahhaaha. mmmmm ... BAU X??


    >>_______<<

    ردحذف
  11. aku pencinta haiwan.. hehehhehehehehe

    ردحذف
  12. haha burung2 tu patut belajar cara2 berak duduk. ish. xberpendidikan lgsg kn! klu la manusia berak time berjalan. hoh,, mmg penat abg2 pekeje majlis bandaraya :p

    ردحذف
  13. hahahaa,.

    kesian pulak,.

    pnah jgk kena dulu.,
    burung g berak ats tudung.,

    sakit jiwa tol,.
    dh tu,,malu plk sebakul,.

    ردحذف
  14. JGN KATA BURUNG JE HANS cicak pun sama!!! dorg ni saja bila nmpk manusia msti nk landing najis kat situ!!! cis! aku pnh kena tp dgn cicak! dia sj nk lepaskn dekat aku!!!! geram tol...

    ردحذف
  15. wah dasat gilerrr..kalo aku aku doakan burung tu sembelit 7hari 7 malam..huhuhu

    ردحذف
  16. salam perkenalan...

    hahahahaha... tak sekolah punya burung,takde kesedaran sivik langsung..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم