Pandangan Aku Mengenai Lempang Guru & Lempang Pelajar.

Selepas aku membaca entry Abe Long bertajuk Lempang maka aku sangat tertarik untuk mengupas isu ini. Sekarang banyak artikel berkenaan guru lempang murid sampai murid jadi pekak lah, bisulah, jadi gilalah(saja aku kasi hiperbola sikit) dan begitu juga sebaliknya. Ada pelajar yang belasah cikgu masing -masing juga sampai masuk ICU pun ada. Kalau zaman aku dulu setakat gores - gores kereta atau pancitkan tayar jer lah. Itu pun dah rasa macam sangat kurang ajar dah sebenarnya.

Sebelum aku teruskan, aku tegaskan dekat sini bahawa ini hanya pandangan aku. Aku hanya melontarkan pandangan - pandangan yang sedang bermain di dalam kepala otak aku sekarang.

Masa aku darjah 2 dulu, guru kelas aku ialah seorang Melayu sebelum ditukar kepada seorang guru wanita berbangsa India. Guru Melayu bertukar kerana sudah sampai seru untuk bersara. Cikgu India itu aku panggil sebagai Cikgu Kamachi. Beliau memang garang gila ditambah dengan 4 subang di setiap telinga memperlihatkan lagi kegarangan dia. Pantang salah sikit mesti kena maki punya dan selalunya perut atau telinga menjadi mangsa cubitan. Dan yang penting di sini ialah memang sakit. Tetapi, berani ker aku nak bagitahu mak ayah?Pemikiran mak ayah aku masa dulu sama seperti pada zaman mereka bersekolah. Dahulu, kalau betul pun mak ayah kau tak salah tetapi takkan beraninya mahu bagitahu sama datuk atau nenek kau kerana tidak pasal -pasal mendapat habuan dari datuk atau nenek kau pula. Orang dahulu sangat menghormati guru.

Sewaktu aku di darjah 5, aku mendapat seorang guru berbahasa inggeris wanita. Aku lupa nama beliau. Apabila beliau dalam keadaan marah dengan serta merta dia akan mencarut pada semua budak - budak dalam kelas. Sungguh dasyat sebenarnya. Banyak juga budak - budak yang tak suka tetapi tak boleh nak kata apalah.

Masa aku di tingkatan 2, macam aku cerita ada seorang cikgu matematik bernama Hassan Salleh yang sangat garang. Pantang salah sikit memang pelempang bersaiz gorilla akan hinggap di belakang badan kau sampai buat kau rasa tiada tulang belakang. Tetapi, budak - budak dulu tak boleh buat apa. Terima sahajalah dengan redha kalau tak suka. Kalau bagitahu mak ayah pun belum tentu diorang nak percaya. Alih - alih kita pula kena kutuk.

Masa di tingkatan 4 dan tingkatan 5, aku dan rakan - rakan selalu kena rotan dengan warden. Bukan buat salah apa pun. Cuma, warder mesti akan cari salah untuk denda. Contoh, macam tingkap berhabuk sedikit. Itupun dah kena rotan sampai dah lali dengan rotan. Itu pun kami semua bersabar jer.

Tetapi, bila aku kenang balik semua benda tu aku ketawa sendiri. Dulu aku tak suka. Aku menyumpah seranah bila aku kena benda - benda macam tu sebab bagi aku bukan aku buat salah. Tetapi, akhirnya itulah yang mematangkan diri kau. Itu sebenarnya satu cabaran buat kau. Bila difikir balik itu hanya ujian kecil saja sebelum kau menempuh halangan seterusnya di hadapan.

Berbalik pada topik asal dan terbaru pasal kes Cikgu Lelaki lempang pelajar dan kemudian keluarga pelajar itu lempang balik cikgu lelaki itu memang menjadi topik panas juga. Aku pun tak tahu sebenarnya siapa yang salah. Sebab, sekolah aku dulu ada seorang cikgu lelaki bersaiz gorilla dan suka mendenda atau menangan pelajar - pelajarnya. Tetapi, di zaman sekarang juga memang ramai budak - budak tak kira lelaki atau perempuan yang sebenarnya boleh dipanggil jantan atau betina. Sangat kurang ajar. Tak tahu hormat orang tua.

Ada orang berfikiran bahawa seperti ini,"Sedangkan mak ayah dia tidak pernah jentik dia jadi apakah hak untuk cikgu itu berbuat demikian pada anak mereka?". Perkara itu sesuai jika memang betul budak itu tidak bersalah. Tetapi, kalau budak itu memang betul - betul bersalah rasanya ayat itu tidak sesuai digunakan.

Budak - budak sekarang tidak seperti dulu. Masing - masing semakin berani. Emak ayah terlalu percayakan anak - anak. Anak - anak minta duit terus bagi tanpa banyak soal. Anak - anak minta motosikal terus beri walaupun tahu anak tidak ada lesen. Anak - anak kata mahu keluar ke bandar terus diberi kebenaran tanpa ada apa - apa syarat.

Bukannya aku kata mereka harus mengongkong anak - anak tetapi masalah ibu bapa muda sekarang ialah mereka terlalu sambil lewa dalam hal - hal macam ini. Anak - anak selalunya akan berlakon baik di depan mereka bak kata pepatah "Pijak Semut Pun Tak Mati" tetapi di belakang mereka? BELUM PIJAK SEMUT DAH MATI.

Dulu aku pernah memberontak di dalam hati. Aku kata asal aku dikongkong. Asal kawan - kawan kelas aku mudah sahaja mahu keluar? Mudah sahaja mahu beli barang? Mudah sahaja dapat duit? Senang kata rakan - rakan kelas aku serba serbi mudah untuk buat apa yang aku suka.

Tetapi, apabila aku dah semakin matang aku rasa sangat bersyukur keluarga aku mendidik aku macam itu. Aku tak nafikan bukan semua kawan - kawan kelas aku rosak akibat terlalu di manjakan tetapi hakikatnya memang ramai yang rosak. Masing - masing dah tidak tahu halal haram. Tidak tahu dosa pahala. Alhamdulillah, aku gembira dan berterima kasih sangat pada keluarga aku kerana mendidik aku sebegini.

Mak ayah sekarang diberi kuasa yang bukan - bukan. Boleh menyaman guru atau pihak sekolah jika melempang anak - anak mereka. Jika anak mereka sehingga sanggup meludah muka guru, bercakap lucah dengan guru haruskah mereka - mereka ini dibela sebegini rupa? Walaubagaimanapun sikap guru anda, hormatilah mereka. Kalau setakat kena marah atau rotan tu biasa jer lah. Melainkanlah kalau tiba - tiba berlaku gangguan seksual kepada kau semua, itu memanglah tidak dapat dimaafkan.

Emak ayah sekarang terlalu percayakan anak - anak. Kadang - kadang aku pelik dengan budak - budak kecik yang menjerit - jerit di dalam cc bermain game online pada pukul 10 malam. Mak ayah mereka tak marah? Mak ayah mereka tahu ker mereka di situ? Aku musykil.

Bagi aku, ada masanya mak ayah kena bertegas. Lepaskan mereka apabila diyakini mereka boleh membuat keputusan sendiri. Entah, pening dengan kerenah budak - budak sekarang. Siapa yang jadi cikgu sekolah menengah mesti faham dengan apa aku cakap.

P/S : Maaf Entry Caca Merba. Aku Tulis Apa Yang Terlintas Di Kepala Jer.

8 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. okeh agak lama aku nak hbskan bace.

    kesimpulan aku,

    aku anti cikgu lempang murid!

    sebab aku pernah kena lempang. free2 dpn org. cikgu tu mmg biol! smpai skrg aku dendam ngan cikgu tu!

    ردحذف
  2. perangai budak2 sekarang dah semakin menjadi2.. dah xde rase hormat langsung kat guru.. mane belajar nak berkat.. kerajaan patut gubal semula sistem pendidikan negara kita untuk mengatasi masalah2 yang berlaku sejak akhir2 nie.. sangat memalukan..

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://www.puteramelaka.co.cc/ . TQ.

    psst 2:
    Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    ردحذف
  3. aku dulu ade kena lempang ngn ckgu..tp aku takut nk report kn mak aku...coz aku wat slh....huhu

    ردحذف
  4. dulu aku kna marah dgn ckgu..tapi tak berani bagitau dekat mak aku sebab aku tau nanti jawapan yang dia bagi akan mengecewakan aku..dia side cikgu aku

    T_T

    ردحذف
  5. Zaman aku dulu klu kena marah ke , denda ke , penampar ke .. baik senyap ... klu Mak ngan Abah tahu tak pasal-pasal dapat bonus .

    ردحذف
  6. hoh pepatah tu yg xtahan tu. Belom pijak semut dh mati.. hahah kuasa heroes ni. hahahaha budak2 zmn skrg mmg begitu. tp bg aku lah. segalanye bermula dr rumah. hoh.

    ردحذف
  7. fuh pnjg giler
    tp abes gaks bace .

    mak bapak skrg nie manje kn anak2 lbey . last2 anak tu penat je g skola , bkn jadik manusia pon .

    tp cikgu2 zman skrg pon kdg2 seksa budak lbey2 jugak .

    ردحذف
  8. emmm.. ntahlah budak skrg... aku dulu kena sebat, rotan dan cubit rileks jek. takder pun ngadu kat mak ayah. camtu lah baru taiko. hua3!

    budak skrg baru kena lempang sikit dah kepoh. takder daya tahan diri langsung. lembik. Hahaha..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم