Kan Bagus Kalau Pakcik Buka Tingkap Tu...

Kisah nih terjadi pada tahun lepas sewaktu aku di semester akhir diploma. Waktu itu aku dan 2 orang ahli kumpulan bergegas menaiki teksi pergi ke Media Prima untuk berjumpa dengan orang - orang yang terlibat di sebalik Buletin Utama.

Kami bertiga menaiki teksi yang di bawa oleh seorang lelaki melayu berusia di dalam lingkungan 40-an. Harga teksi agak mahal jika dibandingkan dengan teksi yang kami naiki sebelum ini tetapi kerana mengejar masa maka kami tiada pilihan. Tidak kisahlah jika terpaksa membayar lebih namun masa perjumpaan harus ditepati untuk menjaga imej diri sendiri juga.

Aku berada di bahagian depan bersebelahan dengan pemandu teksi tersebut manakala dua orang rakan perempuan aku berada di belakang. Sewaktu di dalam teksi, aku merasakan seperti sedang dibakar hidup - hidup. Penghawa dingin yang dibuka langsung tidak terasa oleh kulitku yang halus mulus seperti bayi ini. Dengan berkemeja membuatkan aku kurang selesa. Aku melihat rakan - rakanku dibelakang melalui cermin sisi dan kelihatan mereka juga menghadapi kepanasan yang melampau.

Pakcik Teksi : Haih, baru hantar pergi mekanik hari tu. Benda nih buat pula.(sambil mengetuk - ngetuk)

Aku : .......(ialah tu kau baru hantar)

Pakcik Teksi : Pelik - pelik. Diorang nih buat kerja apa nih. Bukannya murah. Minggu lepas dah kasi RM100. Minggu nih rosak pula.

Aku : .......(dah lah pakcik...dah memang lama rosak dah nih...berlakon pulak kau)

Kereta dibawa terus menuju ke Media Prima. Aku ternanti - nanti bila pakcik teksi nih mahu membuka tingkap. Sehinggalah kami bertiga tiba di hadapan pagar bangunan Media Prima.

Aku : Wah, sejuknya dekat luar nih.

Pakcik Teksi : .....(tak ada perasaan)

Rakan - rakan aku juga mengeluh kepada aku tetapi apakan daya kerana masing - masing saling mengharapkan agar pakcik teksi membuka tingkap kereta untuk membenarkan angin masuk ke dalam menyejukkan kami bertiga. Atau mungkin pakcik teksi menanti kami bertiga menyuruh dia membuka tingkap?

Tidak perlu masuk Biggest Loser untuk kurus sebenarnya. Cuma peruntukkan 2 jam untuk naik kereta pakcik teksi tersebut. Mesti berat badan anda menyusut dengan lancar.

P/S : Dah Tahu Kereta Tu Rosak Ngaku Jer Lah...Kan Senang Pakcik Teksi!!

Perhatian : Sesiapa Yang Tahu Link Blog Cik Bun Bun Ker Apa Yang Anjurkan Contest Yang Hadiahnya Ialah Camera Tu....Sila Bagi Pada Saya...Member Saya Nak Join Contest Tu...Thanks!

43 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. pakcik tu nak cover malu tu...
    hehehehe..
    tak bley blah la kau punye perli "sejuk la kat luar ni"

    hehehehehe...
    anyway bape no flat kete pakcik tu..tak payah susah moon masuk the biggest looser

    ردحذف
  2. hahahaha. cube kalau ade orang kentut. gile masyukkk la an.
    pakcik pakcik, baik punye cover.

    ردحذف
  3. asal ko xbukak je tingkap tu??

    ردحذف
  4. ahahaha..
    aku tak reti nak komen apa..

    tp memang lawak lah..
    sengal la pakcik tu..
    letih aku ketawa.

    ردحذف
  5. hahahaha.

    agak r.

    cover baik punya :P

    ردحذف
  6. ntah2 tingkap pon rosak gak kot xbleh bukak.

    ردحذف
  7. kenapa ko tak kiaps2 dgn newpaper lol!

    ردحذف
  8. hahaha...cover la tu...apa la pakcik tu..sengal

    ردحذف
  9. hahahaha
    tk per larr ala-ala ge sauna kan..

    ردحذف
  10. ala..

    ko maintain beso jgk!

    ahaks!!!

    nape kowg x buka tgkap sndiri???

    ردحذف
  11. sure ke leh kurus?
    nak la kal0 camni...hak3

    ردحذف
  12. sure ke leh kurus?
    nak la kal0 camni...hak3

    ردحذف
  13. sure ke leh kurus?
    nak la kal0 camni...hak3

    ردحذف
  14. patowt soh pakcik tuh bg discount. ahahaha

    ردحذف
  15. semoga pakcik2 teksi yang berada dalam keadaan yg sama, mengambil iktibar dari kisah ini.......hehehehe

    ردحذف
  16. hahaha..
    cilakak toi.
    kalo aku mmg da lame aku soh bukak tingkap.
    gila weh!! HAHAHA.

    ردحذف
  17. haha.
    pakcik tu ptt kurang kan tambang.
    sevis ampeh! adooo!!

    ردحذف
  18. Erkkkk.. Betul ke leh kurus camtu??? Hahahaha.. Aku wat betul2 kang.. Kalau tak jadi aku carik ko ek.. ;p

    ردحذف
  19. hahaha..klakar wey pakcik tu..xnk bg korang sedut asap2 kereta kat luar..

    ردحذف
  20. mungkin dia nk transform jadi sauna beegerak hahaha

    ردحذف
  21. salam sejahtera
    huach..ha..ha..
    lucu nian
    menarik

    ردحذف
  22. Haha...

    Itu taktik pakcik tue nak pau duit lebih...

    ردحذف
  23. sian dier kan antar rugi jer bayar RM100 nk baiki air cond tuh..
    ahahahaha

    ردحذف
  24. ek eleh.. ckp ler hans yg nak masuk contest tu.. siap guna member lak....

    pakcik tu saje kedekut minyak.. tu pun x tau ker??? tu pasal x bukak ekon huhuhu

    ردحذف
  25. baik sangka sikit..
    entah2 pak cik tu.
    xde ong.xdpt byk penumpang..

    takde duit nk g betukan aircond.
    pastu.. xbukak tingkap..sbb tingkap pun rosak! AHAHAHA
    xpun.xnk bukak tingkap..kl kan byk habuk.huahua

    *pssttt.lu tak timbang berat lepas keluar teksi tu? gerenti turun mendadak kan. =))

    ردحذف
  26. haha nasib baik dah pak cik nak kasi siku pun tk sampai hati

    ردحذف
  27. tingkap korang memasing rosak ke??
    hahaha.. sauna free

    ردحذف
  28. hahahahahaha... gelak aku pagi2 buta nie

    ردحذف
  29. berterus terang ja la ngn pakcik tuuuu...

    ردحذف
  30. hahaha..amek kau hans..sauna free;)
    habis la "kulit ko yg halus mulus spt bayi tuh"hahahaha

    pakcik tu kete auto ke?kejam ye pakcik tu.psiko tol;)

    ردحذف
  31. ler..kalu aku die tak bukak tingkap..aku paksa diri kentut bagi buyik paling kuat..nak tak nak kalu die nak umur panjang..kene gak bukak..kalu mase tu ko baru lepas makan petai lagi baik..agagagaga..

    sian ko..

    ردحذف
  32. huhuhu....mmg xde peri kemanusiaan langsung pkcik tu...ade ke biarkan penumpang berpanas...ish..pelik..

    ردحذف
  33. yg xgi bukak tingkap tu apasal.... dh wangi2 duduk dlm sauna.. rasanya ada kat sini cuba bukak http://malaysiagiveaway.blogspot.com

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم