Bersama Dr Hans Kamsah Siri 3

"Jangan kasihankan dia. Biarlah dia menangis kerana jika tidak dia akan lupa dia masih ada bahagian badan yang boleh bergerak."

Ada ketika kita terlalu menyayanginya tetapi kita terpaksa membiarkan dia menghadapi masalahnya seorang diri. Ini bukan bermakna kita pentingkan diri namun kita mahu menyedarkannya bahawa dia sebenarnya tidak lemah dan perlu berdikari untuk meneruskan kehidupannya.

"Jangan terlalu melindungi kerana kesakitan itu adalah pengalama yang paling berharga."

Biarkan sekali sekala kesakitan itu datang kepada kita kerana tanpa kesakitan kita tidak akan belajar daripada kesilapan yang lalu. Walaupun kesakitan itu datang sebagai satu perkara yang buruk namun di penghujung pasti kita akan merasai keindahannya walaupun keindahan itu susah untuk kita sedari.

“ Kasih sayang ibarat madu yang memberi seribu satu kemanisan. Namun jangan terlebih memberi kasih sayang kerana ia ibarat gula yang meracuni seluruh kehidupan.”

Tidak ada sesiapa mampu mempertikaikan bahawa kasih sayang itu penting walaupun ia adalah sesuatu yang kita tidak nampak. Namun, kita dapat merasainya dan kita sangat memerlukannya sebagai salah satu kekuatan untuk meneruskan hidup dan menghadapi cabaran yang tidak pernah lekang setiap hari. Namun, kasih sayang yang berlebihan atau lebih tepat lagi istilah “terlalu memanjakan” mampu merubah kebahagiaan menjadi neraka dunia.

“Jangan memperlekehkan angan – angan kerana kejayaan bermula daripada angan – angan. Namun, jangan biarkan angan – angan menguasai diri tanpa ada sebarang usaha untuk mendapatkannya.”

Kebanyakan kejayaan bermula daripada angan – angan walaupun kita sering memperlekehkan hal ini sebagai perkara bodoh, sukar, mustahil untuk dicapai atau sia – sia untuk difikirkan. Sebenarnya, angan – angan itu penting sebagai salah satu cara untuk mengejar cita – cita cuma yang salahnya apabila kita berangan – angan tanpa berusaha. Kata – kata tidak mampu mengotakan impian jika tidak disusuli dengan tindakan yang tepat.

“Kita selalu merasa diri kita betul sehinggalah kita melihat seseorang itu dikatakan salah apabila dia melakukan apa yang kita katakan betul."

Kadang – kadang tanpa sedar kita telah melakukan perkara yang sebenarnya salah atau bertentangan dengan norma kehidupan. Kita terlalu yakin kita di pihak yang benar sehinggalah suatu ketika kita sedar bahawa selama ini apa yang kita lakukan salah selepas terpandang kesilapan diri sendiri dilakukan oleh insan lain.

“Jangan disangka senyuman itu tanda kegembiraan dan jangan merasa tangisan itu tanda kesedihan.”

Manusia selalu terpedaya dengan emosi manusia lain. Manusia mampu mencipta riak wajah yang diimpikan untuk menutup perasaan sebenar mereka. Manusia ialah makhluk yang bijak dalam menipu sesama mereka.

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Kadang – kadang anda rasa diri anda kuat sehinggalah pada suatu tahap anda diuji dan anda menyerah kalah pada takdir. Anda kata ini semua melampaui daya ketahananm diri anda. Namun, sebenarnya jika anda mempunyai semangat yang kuat, pasti segala halangan berjaya dilepasi. Ingatlah tentang satu perkara ini, ”Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka sendiri”.

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

Jangan bermegah untuk bercerita atau menasihati manusia lain jika anda cakap tidak serupa bikin. Memang betul perkara yang baik harus dikongsi namun jangan anda cemarkan perkara yang baik itu jika anda sendiri tidak mengamalkannya dalam kehidupan anda.

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.”

Kata – kata itu adalah susunan ayat yang indah. Dan di dalam indah itu juga boleh dimanipulasi untuk tujuan lain. Kata – kata boleh menggambarkan perasaan kita ketika itu namun ia juga mampu digunakan untuk mengaburi mata orang lain daripada mengetahui perasaan sebenar kita.

P/S : Akan Kembali Dengan Siri 4.

18 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bersama datuk dokter hanisah kamsiah.
    ekekeke

    ردحذف
  2. wah.Dr hans...cayalah..hee;)
    insaf seketika..hee
    (ape kena mengena ntah~)

    =>so jOm berangan dengan penuh berusaha!!!:)

    ردحذف
  3. you touch my heart bro

    ردحذف
  4. amboi..
    jadi pakar motivasi plak ko skunk...

    ردحذف
  5. aku ske part menangis tak mestinye sedeyh n ketawa tak mestinye hepi..sgt btol!

    ردحذف
  6. 1) "Jangan memperlekehkan angan–angan kerana kejayaan bermula daripada angan–angan" setuju sgt3.. kakak sye slealu ckp jgn kuat berangan.. tpi sye slalu jawab "dari angan2lah kita akan berusaha dan mencapai kejayaan itu"..

    2)"Jangan disangka senyuman itu tanda kegembiraan dan jangan merasa tangisan itu tanda kesedihan".. kadang2 kita senyum tpi hanya Tuhan yg tahu kesedihannya.. tangisan jua adalah untuk kegembiraan..

    ردحذف
  7. “ Kasih sayang ibarat madu yang memberi seribu satu kemanisan. Namun jangan terlebih memberi kasih sayang kerana ia ibarat gula yang meracuni seluruh kehidupan.”

    aku suka nih :)

    ردحذف
  8. Jangan kasihankan dia. Biarlah dia menangis kerana bila saya menangis.. Dia ketawa.. Tak kasihankan saya..

    ردحذف
  9. akak suka tang ayat jangan bermegah nasihat orang kalu diri tak betul. ramai gak orang cam gitu sekarang nih

    ردحذف
  10. Menariknya kata-kata ikhmah kat sini.. boleh buat kata2 di penanda buku buatan sendiri ni.

    ردحذف
  11. “Jangan disangka senyuman itu tanda kegembiraan dan jangan merasa tangisan itu tanda kesedihan.” sy suka statement ini..emm bgus2 suka bace bahan motivasi ni

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم