Bila terpandang keadaan makcik tu berjalan membuatkan hati aku tersentuh secara tiba – tiba. Walaupun aroma keenakan yang terhasil daripada burger yang sedang dimasak itu sangat menusuk hidungku tetapi ia seperti tidak memberi apa – apa makna padaku sewaktu itu.
Aku terfikir alangkah untungnya anak dan menantu makcik ini yang mempunyai emak yang langsung tidak ambil kisah sama ada mereka mahu memberikan dia duit setiap bulan atau tidak. Aku juga merasakan betapa bertuahnya mereka kerana mempunyai emak yang sangat menitik beratkan apa yang mereka nak seperti membezakan yang mana satu burger ayam dengan burger daging. Mulia betul makcik tu bagiku.
Cuma aku terfikir kenapakah makcik ini bergerak seorang diri di waktu – waktu malam begini sedangkan anak – anaknya ada di rumah berdasarkan perbualannya sebentar tadi. Risau juga aku kerana takut makcik tadi diragut atau dirompak ditengah jalan oleh binatang bertopengkan manusia kerana melihat kepada kekuatan fizikal makcik itu memang dia tidak mampu melawan. Tidak risaukah anak – anak dia? Tidak sayangkah anak – anak dia pada emak mereka? Wallahualam.
Tetapi, ia sangat tidak adil jika tuduhan sebegitu terus dilemparkan kepada anak – anaknya kerana mungkin makcik tadi memang selesa bersendiri seperti itu. Mungkin makcik tadi lebih selesa bergerak seorang diri kerana tidak mahu menyusahkan anaknya. Kemudian, aku terfikir pula emak dan ayahku di rumah.
Jika nanti ditakdirkan aku bekerja jauh daripada mereka adakah aku sanggup melihat mereka seperti makcik tadi? Berjalan seorang diri meredah kegelapan di tengah malam dengan badan yang terbongkok atau menyenget? Semestinya aku tidak mampu berada 24 jam 7 hari seminggu bersama mereka dan itu amat membuatkan aku sedih.
Aku nampak kesunyian di wajah makcik tua itu. Anak matanya seakan – akan menyembunyikan 1001 persoalan yang masih berlegar – legar di dalam pemikiran aku sehingga sekarang. Perasaan itu membuatkan hati aku sangat sayu. Entah kenapa…aku sendiri tak pasti.
Cuma yang pasti setiap dari kita tidak kira muda atau tua janganlah mengabaikan kesihatan masing – masing. Jagalah kesihatan anda bermula dari hari ini. Kita tidak tahu adakah anak – anak kita nanti sudi menjaga kita sewaktu kita sakit. Alhamdulillah jika mendapat anak yang soleh dan solehah tetapi jika sebaliknya? Wallahualam…
Sayangilah diri anda!
P/S : Makin Meningkat Umur Makin Sensitif Dengan Benda Macam Nih.

IKLAN :
Kepada Ibu - Ibu Yang Mempunyai Bayi Kecil Yang Comel..Sila Melihat Iklan Di Atas Berkenaan Lampin Untuk Bayi..Banyak Barangan Yang Comel - Comel Terdapat Di Situ...

advice yg bagus
ردحذفorg yg perlu disayangai
ردحذفdimulakan dgn Allah dan Rasul
kemudian
-diri sendiri
-ibu bapa
bgsla kalu ada ksedaran mcm ni:-)
ردحذفsob sob** mnangis b'pada pada..
ردحذفtersentuh tatkala mmbacanya..
ردحذفperkngsian cerita yang baik..
teruskan bro.
:)
ردحذفkisah tentang kasih sayang..
ردحذفko belajar dari pengalaman ni..
mengajar kami kembali nilai kasih sayang..
tQ bro
aku merasakan kesayuan lagi..
ردحذفsayu hati~
ردحذفmm kalu bole xnk jaoh2:(
ردحذفsalam bro..sori lame x jnguk sini...tenet aku ade masalah...sori ok
ردحذفtachingggggggggg aii :((
ردحذفem..
ردحذفmungkin betul kot.
bila umur makin meningkat, benda-benda macam ni pasti buat kita tersentap.
membuatkan kita berfikir.
papepun,
buat yang terbaik untuk diri kita sekarang supaya kita tak menyesal di masa depan.
ikhlas dari Troxs (dot) com
sedihnyaaa
ردحذفjgn jadi kacang lupakan kulit
ردحذفwalau berjaya sekalipun, ibu bapa jgn diabaikan
oww.. ni le kisahnye mak cik tua tu ye..
ردحذفnmpknye dia selesa buat semua sndiri, tpi sbrnya jauh dlm hati dia lagi suka klau wktu dia beli burger tu ade anak2 tmankan dia..
tpi korg tau je la kan.. anak2 ni, ade masa tnpa sedar buat mak terkecik hati, klau pn dari memek muka yg tak disengajakn.. walaupn tak terniat mmbuat riak ape pn... yg smpai mak tu sendiri rasa tak mau menyusahkn anak2 dah,sdg dia nak anak2 selalu ade dgn dia dimane2 pn..
soal duit plak, bagi duit kt mak, mgkin lain2 masa anak2 yg memberi tu mungkin ade bercerita masalah duit ke ape ke berkait dgn duit, buatkan dia rasa mcm terdetik dia nyusahkn anak2 dia dgn bagikn duit dkt dia, sdgkn anak2 cuma nk meluahkan utk berkongsi cerita saje.. mungkin la, sekadar pendapat aku.. sbb hati mak yg semakin berusia ni sngt2 snsitif..
dan kerana perasaan yg sngt sensitif ni la, senang dia buat semua sndirian, sbb nnti dia takkn terkecik hati dgn si anak lagi(wlau jauh dlm hati dia sunyi,tersentuh hati)..
*sekadar pendapat aku, aku selaku anak dkt bumi yg nyata ni, akui keikhlasan tu susah nk didapati.. selalu la minta ampun dgn mak ayah sbb kita ni tak kn penah sedar dh buatkn dia tersentuh hati kdg2 tu...
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com