Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri Cina. RM2 Baru Saya Beli. Saya Kasi Murah Saja.

Kisah ini berlaku pada minggu lepas sewaktu aku sedang leka memilih pen di sebuah kedai alat tulis. Aku memerhatikan seorang lelaki berkemungkinan warganegara Pakisatan atau Bangladesh sedang mempromosikan gelang – gelang Kristal kepada pemilik kedai berbangsa Cina yang di dakwanya mempunyai feng shui yang baik.Wow!! Mat Bangla yang jual barang yang berkaitan dengan orang Cina. Sangat mengagumkan kerana dia lebih tahu apa itu fengshui sehingga mampu menjadi jurujual kepada barang – barang sedemikian. Si pemilik kedai berkali – kali menolak sambil mengatakan gelang fengshui itu mahal. Dia hanya membeli jika harganya murah dan si mat bangla tadi masih tidak berputus asa dan terus mencuba.Aku memerhatikan mereka dan si pemilik kedai seperti tahu aku melihat dia. Dia tersenyum dan aku juga turut sama tersenyum. Dunia sekarang semakin menarik.Pemilik kedai hanya bersetuju untuk membeli gelang fengshui jika di tawarkan RM2, jadi dimanakah kehebatan gelang tersebut? Barang yang baik mestilah mahal bukan?Menjadi persoalan juga ialah jika betul barang itu membawa kebaikan kenapa perlunya Mat Bangla itu menjualkan gelang itu kepada orang lain? Kenapa tidak disimpan sahaja untuk mendapat kelebihan dan keuntungan untuk diri sendiri?Hakikatnya, tiada perkara yang percuma di dunia ini dan tidak mudah untuk mendapat kesenangan tanpa usaha yang kuat dari diri anda sendiri. Jadi, jika anda ialah pemilik kedai itu apakah yang akan anda katakanakepada Mat Bangla tersebut?P/S : Berikan Jawapan Anda Di Ruangan Komen Ini. Setiap Jawapan Anda Amat Saya Hargai.

7 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. lu takyah tipu sama gua lah...ini fengshui2 semua gua darik ekcil lagik sudah tau maaaa..

    ردحذف
  2. Betul3x....klu betul lah gelang tu membawa kebaikan...napa nk jualkan??? bagusla simpan utk diri sendiri...kan..kan.. :)

    ردحذف
  3. entah ek, aku pon x penah pk,,hahaha

    ردحذف
  4. kamu dapat gelang ni dari mana??

    ردحذف
  5. "bla la ko bangla!", kata tokei kedai tersebut.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم