Bunyi kicauan sang burung hilang mengikut cahaya,
Matahari berlari menyembunyikan diri,
Munculnya rembulan megah berdiri,
Aku seorang ternanti - nanti.
Merah itu sungguh pekat,
Sepekat saga di dalam bekas,
Cahaya yang terang menjadi malap,
Hatiku sayu jiwaku kacau.
Janji diberi hatiku melonjak,
Aku menanti dan terus menanti,
Hinggakan rembulan hampir berlari,
Mengelakkan diri dari matahari.
Aku menghitung hari demi hari,
Ku pasti masa tidak akan kembali,
Semakin hari semakin terasing,
Mungkin sudah tidak bererti.
Aku sentiasa mencari peluang,
Peluang yang pernah aku rasai,
Alangkah indahnya jika aku orang yang utama,
Pasti aku takkan ditolak ketepi.
Aku sedar aku ini manusia biasa,
Tidak setanding dengan di depan mata,
Kadang - kadang terasa bodoh,
Kenapa terlalu mengikut kata hati.
Masa semakin pantas berlalu,
Biji benih bercambar segar,
Daunan hijau bertukar mati,
Masih sama seperti dahulu.
Aku memandang mata itu,
Sejernih mutiara di lautan,
Sungguh ibarat pipit dan enggang,
Mana mungkin akan bersatu.
Sedarlah wahai batu,
Engkau bukannya emas,
Sedangkan dia adalah penawar,
Sangat berharga berbanding kamu.
Sebelum kamu tinggalkan aku,
Baiklah aku sendiri tinggalkan kamu,
Kerana aku rasa aku sudah ditinggalkan,
Aku bukan punya apa - apa.
Aku rasa,
Masaku bersamamu,
Sudah tiada,
Tidak seperti dahulu.
oh, mood sedih. huhu.
ردحذفsemuanya akan berubah...tidak akan sama seperti dulu... =(
apekah ini?
ردحذفtetiba mahu menangis.
ردحذفterkedu.
besar nilai sebuah rasa.
tapi aku buta dibalik mata yang tak bijak meneliti..:)
erm.... sayu membacanye
ردحذفoh.
ردحذفTajuk agak panjang dan tak mencengkam. Pilih yang lebih padu!
Nada sayu dalam romantis.
ردحذفLuahan rasa, tapi semacam bercampur baur dengan frasa yang mungkin ibarat lirik lagu dan sesetengah kosa agak biasa.
Percubaan yang bagus!
Apakah ini luahan hati Hans???
ردحذفhans, apakah ini?
ردحذفkecewa ye?
janganlah bersedih hati..
ردحذفpatah tumbuh hilang berganti..
semoga berjaya..
best gile sajak/puisi/lirik ni...
ردحذف:)
wow. kudos, bro. ada taman gak kat hati ko..haha..
ردحذفnamun itu hakikat yang harus diterima
ردحذفwah..wahh..pandai sambung pulak...hahaa
maksod ko blogging kan?
ردحذفaku pon asek menghilang ni.
sbb byk keje kat opis...
takde mase sgt nak blogging dh...
huhuhuuuhu tak paham...
ردحذفfikiran mengamuk hati berkecamuk..terpekik terlolong....
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com