Sambungan dari kisah semalam yer......
Kenapa aku kata aku kejam? Selalunya, aku kejam terhadap semut - semut jer dengan mengumpan mereka dengan gula lalu menyembur mereka dengan racun serangga apabila mereka sudah terpedaya. Baiklah, aku mengimbas kembali kenangan lalu. Sudah berbelas - belas kali kami berutus surat dan dalam waktu yang sama berchatting di MIRC. Si Amy nih memang seorang yang cantik jika nak dibandingkan aku yang hanya kacak persis Johnny Depp sahaja ketika itu. Jadi, apabila berchatting dengan beliau pasti beliau akan memberitahu bekas kekasihnya sering mengganggu beliau. Memang saja bikin aku jealous. Hahaha.
Tapi, bukan itu sebabnya aku minta putus. Aku minta putus dengan beralaskan result exam yang teruk. Padahal, aku yang bermasalah sendiri waktu tu. Yang buat aku rasa kejam tu ialah aku minta putus sewaktu aku membalas suratnya yang cukup bermakna. Pada hari lahir aku ketika itu, maka sampailah surat daripada si Amy nih yang ucap selamat hari lahir siap ada Bitrhday Card yang memang comel habislah. Bayangkan pasti dia mengharapkan surat balasan yang buat dia teruja tetapi surat yang dia dapat ialah surat minta putus.
Memang dia sedih gila waktu tu. Aku pun sedih jugalah. Mula - mula dia kata dia tak dapat terima. Dia kata aku jahatlah apalah. Aku tegur dekat email (Kisah cinta aku semakin interaktif tau..haha) pun dia tak balas. Agak lama juga dia menyepi dari aku walaupun aku selalu tegur dia dekat MIRC yang berakhir dengan tiada jawapan balas. Jadi, sebab aku rasa seolah - olah aku bercakap dengan cermin jadi aku dah tak tegur dia lagilah.
Tiba - tiba tak semena - mena waktu cuti sekolah maka berhentilah seorang posmen berbaju biru dengan motosikal besarnya depan pagar rumah aku. Aku berjalan macam biasalah sehingga terpandang sampul surat bersetem ganjil. Owh, surat dari Brunei lagi. Sedikit teruja.
Aku pun bacalah surat tu. Agak sedih jugalah sebab dia luahkan perasaan dia. Dia kata dia tak sangka aku minta putus sebab dia pun tak buat salah dan dia kata dia sangat sayangkan aku. Yups, dia tak buat salah apapun dekat aku. Dia kata family dia dah tahu hubungan kitaorang dan bila jadi macam nih family dia marah jugalah tambah - tambah kakak dia. Wah, aku dah rasa macam aku baru lepas putus tunang pun ada waktu tu. Haih. Tapi, dia kata dia redha dan dia pun tak nak salahkan aku walaupun dia sedih dan kecewa dengan keputusan dan tindakan aku tu.
Seminggu lepas tu dia email aku dan dia kata dia dah couple balik dengan couple lama dia. Dia kata janganlah balas email atau tegur dia dekat MIRC lagi sebab dia nak lupakan aku. Okaylah, aku pun ikutlah apa yang dia nak. Nak buat macam manakan. Semua tu sejarah lama. Beberapa bulan kemudian muncul bulan Ramadhan. Seminggu sebelum raya tiba - tiba datang sebuah kad raya daripada Brunei. Memanglah aku tahu itu dia. Takkan tiba - tiba Sultan Halsanal Bolkiah nak hantar kad raya dekat aku pula. Memang mustahil. Hahaha.
Dalam kad raya tu ada sekeping surat yang dia tulis dalam bahasa Brunei. Dia suruhlah aku pandai - pandailah cari orang untuk translate. Memang bertahun jugalah aku cari orang tapi tak jumpa pun siapa - siapa yang tahu bahasa Brunei. So, tahun lepas aku pindah rumah. Aku kemas barang - barang aku dan jumpa surat - surat lama tu. Sebelum nih fikir nak simpan jer sebab nanti boleh tunjuk dekat anak cucu sambil cakap,"Grandpa kamu yang hensem nih dulu sebelum kahwin dengan Grandma kamu yang tua kerepot tu, ada awek dekat Brunei sana tu yang minat Grandpa tapi Grandma kamu tu memang bertuah sebab dapat suami yang kacak dan baik macam Grandpa nih". Hahahaha. Tapi, hari tu rasa macam nak buang sebab itu semua kisah lama. Aku kumpul semua dan aku masukkan dalam karung guni berisi surat khabar untuk dijual sebagai bahan kitar semula.
Aku terbuang sekali dengan kertas yang tertulis bahasa Brunei tu. Bila dah lama sikit baru aku teringat pasal kertas tu. Nak cari balik pun dah tak sempat. So, sampai sekarang aku masih tertanya - tanya apa sebenarnya yang dia tulis dalam kertas tu. Apa - apapun itu hanyalah kisah monyet aku yang berdurasi sekitar setahun. Haih, kan best kalau otak aku waktu tu bijak. Sah - sah sekarang dah kahwin dah aku rasa kalau aku tak minta putus sebab lagipun kalau tidak dia nak pindah KL dengan family dia tapi sebab dah putus dengan aku so dia tak jadi pindah. Hahaha.
Itulah cinta monyet aku yang paling indah pernah aku rasa. Selepas tu, aku dah rasa macam kena badi sebab orang yang aku suka mesti dah berpunya. Cuma nasib sekarang aku dah jumpa pengganti beliau yang lebih baik aku rasa. Kami memang bahagia sekarang. Tak sangka aku bertuah sebab dipilih oleh gadis nih untuk dijadikan sebagai teman lelaki beliau. Owh, aku ada temujanji dengan dia petang nih. Korang nak tahu tak orang tu siapa? Macam biasalah......
To Be Continue.....
P/S : Harap Bersabar Jika Mahu Tahu Gadis Yang Bertuah Memiliki Aku Tu Yer Kerana Siri Selepas Ini Adalah Siri Terakhir 'Kisah Cinta Monyet'.
best jg ye ingt kisah2 cinta monyet dulu kala. hehe
ردحذف"Takkan tiba - tiba Sultan Halsanal Bolkiah nak hantar kad raya dekat aku pula. Memang mustahil. Hahaha."
ردحذفsempat lagi tu nk buat lawak..haha
btw, yg pergi tu akan ada pengganti kan bro..
ok, yg bab sultan tu mungkin jugak per?? haha
ردحذفsory la bro....
ردحذفx slalu dpt aktf dlm blog laaaa...
dl penngur, bnyk masa lebih....
sekrng da keje, x cukup masa lak...
hahahahha...
klo jarng2 msuk 2 sory laaaa....
hehe.best cite ni..boleh buat buku pasal real life story.=D
ردحذفpergh best kisah cinta tu..
ردحذفsambung lagi...
cian gak dekat awek brunei tu ye
lahh..ko ni. sia2 aku duk kuala belait tu setahun dua...nape tak cari aku suh translate? haisyyy...
ردحذفsambong cepat!
adeh..teringat cinta monyet dulu.. hans, ko memang dah boleh jd doktor cinta dah lepas ni..haha
ردحذفdialog yg grandpa tu mmg kalakau hehee..cepat2 sambung x sabar mahu tahu hehee
ردحذفalaa hbs xcited nk tau pe yg awekks brunei tu tulis dlm bhsa brunei
ردحذفape ko ni bro wat suspen plak? bkn ape aku ingat aku salah masuk blog td? hahahahahhaha rupanya ko tukar template ke? sbb dulu kaler hitam? hehe ok nk komen entry perghh!! mmg serius sedih aku baca! ko pun 1 pmpuan dh ske kt ko napa ko tolak! sbb dia dok jauh sgt ke?? ala bro kt brunei je dia tu??? tp aku nk wat mcm mne itu kputusan ko lastly aku doakan ko dapat pmpuan yg sesuai lps ni jgn minta putus plak?? hehe ape2 pun gudluck bro hans!!!
ردحذفhahaha..
ردحذفhans2...
aku ada mmber Brunei. baru nak introduce kat kau.
ردحذفsuh dia tolong translate kann.
sekali dah buang daaa.
aiseyhmen. teruja dowh nak tau dia tulis apa. haha
cinta monyet ni kalau ditukar cinta beruk baru ramai yg tergak2 nak mencuba
ردحذفhehe
ececece lu pun tahu jiwang? haha
ردحذفhaha
ردحذفbertuahnya gadis tu
sebabkan kisah nie menarik, akan ku tunggu sambungan nye lagi
ردحذفpegi buang apsal?
ردحذفadesss.
baru igt nk suro taip kt sini.
mane la tau kalau2 gua faham ke.
hahaa
huhuhu... macam2 hal kan.. so sweeetttt.. ahaks...
ردحذفtapi kan.. nak mintak tolong la.
kawan saye tersangat la suke lagu neh.. tapi tak dpt la nak download mane.. leh ke tlg.. saye nak lagu neh n bg kat member. huhu.. kalau tak menyusahkan la.. tq :)
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com