Kadang - kadang aku rasa kamu seperti milik aku,
Tetapi sebenarnya aku salah,
Aku lupa kamu milik yang satu,
Kamu milik Allah tuhanku.
Kadang - kadang aku rasa cemburu,
Melihatkan ramai orang begitu menyayangimu,
Bukannya aku tidak suka kamu disayangi,
Sumpah aku tidaklah seperti itu,
Cuma aku rasa tergugat,
Aku rasa takut,
Aku rasa terancam,
Kalau - kalau kasih sayang aku ditolak ketepi.
Kadang - kadang aku fikir aku nih teruk,
Kadang - kadang aku fikir aku nih tamak,
Kenapa perlu menghalang atau dengki pada orang lain,
Mereka juga pastinya berperasaan seperti aku,
Pasti masing - masing akan menunjukkan sifat kasih sayang mereka pada kamu,
Ya, aku memang insan yang teruk.
Aku cuba buang perasaan cemburu itu jauh - jauh,
Walaupun sebenarnya aku tidak mampu buang,
Aku tak suka melihat kamu menangis,
Aku nak kamu gembira,
Gembira melayari kehidupanmu sehari - hari,
Apabila aku buat kamu kecewa dengan sikapku,
Aku beribu kali kecewa dengan diriku sendiri,
Sumpah aku menyesal.
Kini aku tahu aku tidak perlu cemburu,
Itu semua kerja syaitan,
Aku tak kisah jika kamu lebih sayangkan orang lain,
Aku cuma mahu kamu tahu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu.
Orang yang aku sayang sentiasa meninggalkan aku satu persatu,
Meninggalkan aku diwaktu aku gembira berada dengan mereka,
Kadang - kadang aku bingung,
Adakah takdir aku begini,
Adakah selama - lamanya begini,
Tetapi aku tidak boleh salahkan takdir,
Itu semua ujian Allah,
Aku redha dengan ketentuannya.
Aku mahu kamu tahu,
Kamu sudah seperti ahli keluargaku,
Aku mahu kamu tahu,
Aku teringin mahu dengar alunan suara lagu dari kamu,
Aku mahu kamu tahu,
Aku teringin mahu dengar alunan suara lagu dari kamu,
Yang sentiasa memberi kekuatan dalam diriku,
Aku mahu kamu tahu,
Aku teringin mahu kita bermandi air hujan seperti hujan petang tadi,
Aku mahu kamu tahu,
Aku teringin mahu kita bermandi air hujan seperti hujan petang tadi,
Yang paling penting,
Aku cuma mahu kamu tahu,
Aku cuma mahu kamu tahu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu.
Karya Asli Hans Hanis
P/S : Entry Ini Ditulis Sewaktu Petang Tadi Dan Ditujukan Kepada Mak Limah Dan Mak Cik Jenab Yang Sedang Bergossip Di Beranda Rumah Di Kampung.
perghhh..jiwang giler.. :D
ردحذفkaber line ekk tuk makcik2 kt branda kunun ekeke
ردحذفaiyoh.
ردحذفmeleleh air mata baca.
uwaaaaaaaaaaa~
ToT
miss : hahaha
ردحذفmr z : bukan selalu...
hizami : adess...biar betul ko nangis
saya juga cemburu.. huhuhu... (^__^)
ردحذفhuhu..
ردحذفpandai bermadah,,
pasti terharu makcik2 tu. ha ha~
ردحذفhaha
ردحذفkamu ni lawak
xkanlah untuk makck2 y mngumpat
adei
isi hati ka ni hans;-p
adakah dua makcik itu sbnrnya adalh dua gadis yg cantik....huhuh
ردحذفshin sgt kuat cemburu... then shin amik sikap lebih baik x yah tau.. lebih rela kena tipu dari tau yg leh bikin jadi cemburu.. huhu
ردحذفsetempek!
ردحذفsama dengan situasi daku sekarang!
uiseh! hahahaaha
mintak tisu..
ردحذفairmata meleleh.
ak mahu nangis..:(
tersentuh..
nk tanya hans...mcm mn ek nk buat www kat url blog tu??? boleh kongsi tak??
ردحذفsyg tak beerti memiliki.=)
ردحذفcemburu tak slh, sbb cemburu itu tnda syg.;)
wow...speechless...
ردحذفsekali sekala cemburu takpe...:-)
ردحذفkau boley menang dalam pertandingan menulis puisi tahun ni..teruskan usaha..
ردحذفsungguh puitis..
ردحذفmakin advance skang..
kenapa aku perlu cemburu.. mungkin sebab aku sayangkan dia.. huhu.. atau mungkin sebab aku dah jatuh hati padanya.. hahaha
ردحذفFuhhh Jiwangnya...hahahaha..Ni cemburu coz xdpt bergosip ke apa??sah2 suka bergosip....hahahaha
ردحذفwah hebat juga
ردحذفpuitis dr hans
ردحذفkadang2 jiwang tu best kan...
ردحذفewah.. tgh dlm mode bercinta cinta plak dia... oi oi dh nk exam tu :p
ردحذفhahahha...betul2..
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com