Kisah Abang & Adik

Pada suatu hari, terjadilah perbualan antara si abang dan si adik.Si abang nih terlalu mengambil berat pasal kehidupan si adik sehingga kelihatan seperti terlalu mengongkong atau mungkin merimaskan si adik. Si adik tidak berkata apa - apa tetapi si abang dapat rasa si adik seperti tidak selesa. Namun, si abang tidak mampu mengubah sikapnya itu.

Si abang cuba menceriakan si adik. Si abang ketawa melihat si adik gembira walaupun si abang tidak tahu apa sebenarnya perasaan si adik. Si abang cuba bergurau dengan si adik namun tidak disangka gurauan yang sepatutnya dilihat oleh si abang sebagai satu cara untuk menggembirakan si adik tidak sama dilihat oleh si adik. Si adik memarahi si abang. Si abang terkejut kerana pertama kali dimarahi oleh si adik sebegitu rupa. Si abang mula rasa bersalah.

Si abang cuba meminta maaf tetapi si adik minta masa untuk bertenang. Si abang yang kecewa lantas cuba menjauhi si adik seketika selepas berlakunya semua ini. Si abang tidak dapat tidur lena. Si abang cuba kembali berbual dengan si adik selepas sekian lama menyepi namun tidak ada sebarang jawapan. Akhirnya, si abang dapat juga berborak dengan si adik. Si adik berkata tiada apa - apa yang perlu di ingatkan atau difikirkan lagi. Si abang berasa lega dan gembira.

Namun, si abang terasa kemesraan itu seolah - olah hilang. Mungkin terbawa - bawa lagi rasa bersalah sebelum ini. Si abang akhirnya meninggalkan kertas bertulis 2 pertanyaan kepada si adik. Pertanyaan pertama ialah jika si abang nih adalah satu beban pada si adik, si abang rela pergi sebab si abang taknak menyusahkan adik. Si abang taknak buat adik tertekan. Si abang taknak buat si adik marah sebab si abang merasakan dua kali ganda lebih pedih daripada apa yang si adik rasa.

Pertanyaan kedua pula ialah jika si adik tidak rasa apa - apa seperti pertanyaan 1 tadi maka si abang minta berundur buat seketika waktu menyepi diri. Mungkin perlu masa untuk kembali terasa ceria seperti dahulu. Apa - apapun si adik tetap di hati si abang. Mungkin si adik akan berasa lebih menyampah dengan si abang ataupun membenci si abang terus selepas ini namun si abang tidak mampu berbuat apa - apa.

Si abang minta maaf pada si adik.

P/S : Amacam Kalau Kisah Ini Di Dramakan? Ada Sesiapa Mahu Beli Sinopsis Ini? Hahaha.

3 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. klau djadikan drama, memang tengok punye coz lau bace nie je tergantung! nak tau gak pe jawapan adiq dia hehee

    ردحذف
  2. nampak gaya macam si adik dan si abang ni bkn adik beradik kandung. si abang bkn sekadar amek berat terhadap adik dia malah si abang nampak macam sygkan adiknya lebih dari seorang adik. kalau nak buat drama, tambah sikit lah apa yang saya katakan ni. :) baru layan sikit tengok dramanya yang kedengaran macam sedih je ni.

    ردحذف
  3. eleh.. aku tau ni kisah ko ngn 'awek' kan? hahahaha

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم