Aku tak kata aku baik. Aku tak kata aku macam malaikat. Aku tak kata aku sempurna sebab memang kita tidak akan sempurna. Sesempurna dimata kita pun pasti kita akan jumpa dimana cacat celanya walaupun kadang - kadang kita cuba menafikan atau menolak ketepi apa yang kita rasa.
Aku cuma mahu nyatakan jangan samakan pemikiran kita dengan pemikiran orang lain dan jangan memaksa orang untuk menerima pemikiran kita yang tidak betul. Kadang - kadang bila kita berfikir dan melakukan sesuatu yang menentang arus mungkin itu adalah satu perkara yang bagus untuk kita tetapi bukan untuk orang lain. Aku tidak suka manusia yang di depan mulutnya manis yang mampu membuat aku terawang - awang di udara tetapi apabila di belakang mulutnya busuk yang mampu membuat aku tenggelam dek derita atau sengsara. Paling teruk apabila sesama kawan sendiri pun mahu bertikam - tikaman di belakang sesama mereka. Itu amat menjengkelkan!
Janganlah samakan cara pemikiran kau dengan manusia lain. Bagi kau mungkin perkara itu hanya biasa. Mungkin sekadar mimpi yang berlaku tak sampai 5 minit. Bagi kau semua manusia lain bodoh jika mereka melenting tetapi hakikatnya engkaulah yang bodoh kerana engkau sebenarnya yang tidak matang. Jika engkau rasa semua manusia seperti engkau jadi apa gunanya Allah menciptakan manusia yang berjantina lelaki dan wanita serta berlainan kaum serta warna kulit jika semuanya seperti kau? Ingatlah perkara ini dan tolonglah bersifat dewasa sedikit. Hentikan provokasi kau! Aku semak melihatnya.
Kemudian, apabila bertemu lagi dengan manusia yang mementingkan diri. Amat mendukacitakan apabila melihat mereka mementingkan diri sedangkan orang yang mereka sering meminta tolong tidak pernah merungut pun dahulu sewaktu mereka susah. Namun, apabila dia meminta tolong mereka dan mereka cuba mengelak walaupun sebenarnya mereka berkemampuan membantu. Kenapa perlu berkira sangat soal wang ringgit? Dahulu dia menolong kau namun pernahkah dia bising atau mengungkit tentang wang ringgit? Tidak bukan? Tetapi, kenapa kau tidak mampu mencontohinya? Jika kau rasa kau tidak mampu membalas budi maka kau latihlah diri kau agar tidak terlalu memakan budi orang. Sungguh menyedihkan bila perkara seperti ini berlaku.
Aku hanya mampu mendengar, melihat dan berfikir tetapi hanya kau, kau, dan kau sahaja yang mampu mengubah sikap kau. Kita sudah besar dan cubalah belajar sifat yang baik itu yang mungkin selama ini tidak wujud dalam diri kau semua.
P/S : Dunia Menjadi Kejam Kerana Watak - Watak Manusia Di Dalamnya.

Fuh! Hang tengah dilanda keemosian ni. Konpem! Tapi baguih jugak hang luah kat sini. At least dapat la reda keemosian hang tu. Redakah? Entah.
ردحذفmanusia tidak pandai menghargai dan bersyukur melainkan mula hilang.
ردحذفnasib baik aku tidak kejam!
ردحذفManusia mmg macam2
ردحذفwaaaaaaaaaa!
ردحذفassalamualaikum..
ردحذفsaye sangatlah setuju dengan entri ni..
=)
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com