Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 22

Danish : Kenapa dengan korang bedua nih? Nampak gelisah jer saya tengok. Ada apa - apa masalah ker? Nak saya bantu?

Elmyra : Eh, tak ada apa - apalah Danish. Baiyah! Jom kita balik sekarang. Lagipun dah nak Maghrib nih.

Siti Nurbaiyah : Jom lah! Okay Danish. Kitaorang balik dulu. Chow beb!

Danish : Wah, Baiyah! Gila rock star awak sekarang. Siap cakap 'Chow' lagi tu. Haha.

Siti Nurbaiyah : See my leg lah beb. Oi, pompuan! Cepatlah naik basikal nih. Baiyah Rossi sekali lagi nak merempit dekat litar kampung nih.

Elmyra : Sabar kejaplah pompuan weih. Hah, dah naik dah. Cepatlah merempit!

Siti Nurbaiyah : Bye Danish!

Elmyra : Bye Danish! Awak hati - hati balik rumah tau.

Danish : Bye Elmyra. Bye Baiyah. Awak berdua pun hati - hati juga.


Siti Nurbaiyah dan Nur Elmyra pun bergegaslah dengan segera. Elmyra perlu sedang berfikir bagaimana mahu masuk ke dalam rumah kerana dia takutkan Pakcik Rosman. Jika orang tua itu tahu Nur Elmyra keluar secara sembunyi - sembunyi untuk berjumpa Danish tanpa pengetahuannya memang teruk Nur Elmyra dikerjakan.

Basikal yang dinaiki mereka berdua sekali lagi melalui jalan kecil dan sekali lagi mereka berjumpa dengan Raja Mogan iaitu salah seorang si penternak lembu yang agak terkenal di kalangan gadis - gadis di kampung itu kerana wajahnya yang mirip Govinda.

Siti Nurbaiyah : Tepiiiii! Tepiiiii!!! Baiyah Rossi nak lalu!! Tepiiiiiiiiiiii!! Kang saya langgar kang!!

Raja Mogan : Aiyo!!! Ini perempuan ker kuda? Banyak lajulah bawa itu basikal. Eh, Preity! Selamat malam honey!

Elmyra : Selamat malam Abang Rajaaaaaaaaaa! Muahhhhh!

Raja Mogan : Aiyoyo! Ini Preity kasi saya banyak angau lah ini macam. Muahhh!!

Siti Nurbaiyah : Sempat lagi yer kau pompuan main - main cintan dengan abang Raja tu. Karang dia suka kau betul  - betul nanti baru kau tahu langit tu tinggi ker rendah.

Elmyra : Kau pernah makan cili padi mentah - mentah tak Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Belum pernah lagi. Kenapa? Sedap ker Myra makan mentah - mentah?

Elmyra : Malaslah aku nak cakap dengan kau nih Baiyah! Tak pernahnya faham.

Siti Nurbaiyah : Okay! Aku diam!


Mereka berdua akhirnya tiba di rumah Nur Elmyra namun Baiyah memberhentikan basikalnya di sebalik pokok mangga bagi mengelakkan Pakcik Rosman atau pun Makcik Latifah sedar tentang kehadiran mereka di situ.

Elmyra : Thanks Baiyah. Malam nih macam biasa tau. Kita gerak sama - sama yer.

Siti Nurbaiyah : Pukul berapa nak pergi?

Elmyra : Macam biasalah. Lepas Isyak kita pergilah. 

Siti Nurbaiyah : Okay! Jumpa malam karang. Bye!

Elmyra : Bye!


Siti Nurbaiyah mengayuh basikalnya selaju mungkin untuk pulang ke rumahnya dan hilang dari pandangan mata Nur Elmyra yang membiru warnanya. Sinaran jingga mentari di kala senja semakin galak melabuhkan tirainya dan ia amat mengasyikan mata sesiapa sahaja yang yang memandang dan tahu menikmati keindahan alam ciptaannya. 

Nur Elmyra berjalan secara perlahan - lahan sambil matanya tidak diam memerhatikan setiap sudut sekitarnya. Memilih untuk menggunakan pintu belakang rumah adalah idea terbaik buat masa ini bagi Nur Elmyra untuk masuk ke dalam rumah. 

Nur Elmyra menolak daun pintu perlahan - lahan dan melangkah masuk dengan kaki kanannya. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hari tidak selalunya berlalu dengan indah.

Makcik Latifah : Kamu kemana Nur Elmyra Binti Mokhtar?

Elmyra : Erk......


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 23
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم