Mana Kau Dapat Idea? Sehari Update Sampai Berjuta Kali! Ada Ker Orang Baca?

Hahahaha...Sekali lagi tajuk entah apa - apa kan? Ramai betul bertanya atau bising - bising dekat aku(sebenarnya tak ramai tapi sebab aku budget aku nak femes untuk entry nih so aku taip la ramai..wakakaka). Aku sehari update berapa kali? Tak ada kerja lain ker asyik update blog jer? Hahaha.

Aku update bila dekat otak aku tiba -tiba datang ilham nak berkongsi apa - apa dekat sini. Lagipun, slogan blog nih kan LIFE IS A NOVEL, WE WRITE EVERY DAY. Hahaha. Kan aku cakap aku suka menulis dan disini diterjemahkan sebagai menaip. Jadi, memang blog nih sentiasa berupdate kalau aku online.

Nak kata orang tak baca entry aku, alhamdulillah setakat nih entry berkomen jer semua walaupun 1 atau 2 komen jer. Hahaha. Aku nak cakap cuti - cuti nih aku jadi full time blogger pun tak boleh juga. Waktu aku study hari tu tiap - tiap bulan bila aku tengok balik dekat archive tu still banyak juga. Sama jer macam waktu cuti. Senang cakap aku suka menaip. Kesannya, tangan kanan aku sakit sekarang. Hahaha.

Apa - apa jer yang terlintas dekat otak atau lepas aku baca entry blogger - blogger lain yang aku rasa aku nak kupas lebih mendalam maka aku akan update blog nih. Nak kata kejar traffic? Tak juga sebab kalau korang tengok dari dulu - dulu lagi memang aku suka update sehari banyak entry. Ini memang kira dah jadi amalan aku lah sebagai seorang blogger kacak. Hahahaha.

Senang cakap kalau ada idea teruslah menaip dan update. Kalau tak ada jangan paksa diri. Rest kan otak kejap dan menaip kembali kalau ada idea. Apa - apapun, dulu ramai orang memperlekehkan blogger. Kata blogger nih manusia yang tiada life. Manusia yang rendah diri. Manusia yang tak yakin dengan diri. Sekarang? Secara purata sehari 2 blog akan wujud dekat bumi Malaysia nih. Hahaha.

Apa - apapun tujuan diorang sama ada berblog untuk hiburan, melatih bahasa melayu, wang, popular, perniagaan atau sebagainya pun aku tak kisah kerana aku menghormati semua tu. Masing - masing ada hak masing - masing. Cuma hormatilah blogger - blogger lain tak kira blogger tu kategori otai atau masih baru. Jika kita mahu diri kita dihormati maka belajarlah menghormati orang lain.

P/S : Bila Aku Nak Sambung Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Nih Yer???

P/S : Kau Nampak Jer Aku Punya Entry Ada Kaler Macam - Macam. Padahal Nota Exam Aku Tak Pernah Berwarna. Hahahaha.

24 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. meh sini aku bgtau ang satu tips.
    kalau ang takdak idea nak tulis apa, ang amik kertas, ang lukis ja apa-apa. lepas tu, apa yg ang lukis tu mesti akan bagi ang idea. :)

    ردحذف
  2. zack : wah,bro zack...hang xpa lah pandai lukis...hang kalau tgok aku lukis mesti ang jadi macam kassim selamat...amik garfu cucuk mata...haha

    ردحذف
  3. betul tue..kalau idea dah datang..terus je taip..tapi idea aku datang time duk kat skolah..xda laptop..nak tulis lam kertas.. malas pulak..haha..

    ردحذف
  4. lu memang otak cair...!banayk idea

    ردحذف
  5. olooo cian2 si blogger kacak nih sakit tangan heheee

    eehhh den baru nk tnye, BILA eKAU NAK SAMBUNG CITE TU HA?? PENAT den TUNGGU HEHEEE

    ردحذف
  6. aku rasa antara blogger yang aku kenal, ko la paling selalu update entri.. hahaha.. kalau aku, susah lak nak cari idea.. mau bertapa kat sungai kut. haha

    ردحذف
  7. haha org banyak idea! takpe2, ade je org akan bace..hik3

    ردحذف
  8. cantek gak tips zack tu..tak pandai lukis pun takpa, lukis org lidi je..haha

    aku kdg2 suka baca blogger baru punya blog..sebab diorag ni masih 'suci', jadi entri2 yg jujur ikhlas dari hati.takde putar belit punya.cewah..

    tp eku respect sama hang, byk update smpai aku tak terbaca..sori naa..hehe

    ردحذف
  9. haha.
    teruskan update.
    eh eh berapa purata sehari update?
    ;)

    ردحذف
  10. hans.. kalau nota exam kaler kaler lagik best baca.. hehehehee

    ردحذف
  11. haha..ko bukan memang xada nota exam ke??mcm mana nk colour2??haha

    ردحذف
  12. bgus2 byk idea.. bt lg byk2 hehe

    ردحذف
  13. pergh...risau dowh kalo follower ramai tp yg koment sket jew...huhu...ak pye blog dlu personal sket...pas2 da umum da...huhu

    ردحذف
  14. tuh laa
    rajin tol ko menaip yek!
    nanti kalo aku nak mintak tolong ko taip kan assingment aku leh tak?
    hahahha

    ردحذف
  15. hihi..ok la tuh..ai ni selalu takde idea nak update blog..otak selalu beku..hihi..:))

    ردحذف
  16. aku masalah pulak.. bile dpt idea tiba-tiba hilang.. aku rasa aku ada terminum air semut kot... hahah.. tahniah.. entri kot semua bagus2.. keep it up bro.. heheh..

    ردحذف
  17. Rajin bebenar la kau kalau nota exam pun nak bewarna2. duit tu nk beli kaler2 ni.
    Blog ni xpe la free nak kaler apa skali pun.

    ردحذف
  18. haahaaaaaaaaa... sama la kita geng.. jom kawan kawan.. aku pun suka update. tapi ramai lak orang tegur.. bhahahaha.. Guna RAMAI gak tu.. kehkehkeh

    ردحذف
  19. orang penting blogger memang hidup kena update jer hahaa

    ردحذف
  20. kata2 ko wat aku semangat nak troskan berblog ni...

    ردحذف
  21. hahahaha..
    tue r..
    rase macam bace nota pn ade..
    hakhak!

    ردحذف
  22. syok.....update jer berapa kali nak......mesti koi baca punya......

    ردحذف
  23. aku tulis sbb nk pandangan dari sudut 90 darjah , hahahak .

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم