Cikgu Azlan : Saya nak kamu bertiga bersihkan tandas sekolah dekat bawah blok nih.
Elmyra : Ha..ha..hahahaha! Seronoklah korang kena cuci tandas! Kerja amal tu! Hahaha.
Cikgu Azlan : Kenapa kamu gelak? Nak join mereka cuci tandas juga ke? Ada lagi satu tempat kosong kalau kamu nak!
Elmyra : Eh, tak ada lah cikgu! Tak nak lah saya join diorang nih cuci tandas.
Cikgu Azlan : Habis tu? Yang awak duduk lagi dekat sini buat apa??? Menyibuk jerr!! Pergi balik!!
Elmyra : Erk..baik cikgu! Baiyah! Aku tunggu dekat tempat parking basikal yer.
Mei Ling : Aiyak! Sudah waktu pulang lah cikgu. Takkan kena cuci tandas juga maaa. Lagi pun mama saya sudah lama tunggu dekat luar.
Siti Nurbaiyah : Betul tu cikgu. Lagi pun nanti budak sekolah sesi petang pula nak guna kelas - kelas dekat bangunan nih. Kalau cuci sekarang nanti kotor baliklah cikgu.
Cikgu Azlan : Sudah!!! Jangan banyak alasan! Budak sesi petang tak guna blok bangunan nih. Kamu jangan cuba nak mempermaikan saya Baiyah! Nanti saya gandakan hukuman kamu mahu????
Siti Nurbaiyah : Tak mahu cikgu. Saya minta maaf.
Cikgu Azlan : Mei Ling! Saya tak kira mama kamu ker nenek kamu ker yang datang. Yang saya tahu tandas pelajar perempuan mesti bersih bila saya datang balik dalam masa setengah jam! Faham!!
Mei Ling & Siti Nurbaiyah : Faham cikgu!
Lalu, mereka bertiga pun mengikut Cikgu Azlan dari belakang. Cikgu Azlan mempertemukan mereka bertiga dengan Danish dan mereka diberi mop lantai serta hos air untuk membersihkan tandas pelajar. Atan dan Danish diminta membersihkan tandas pelajar lelaki manakala Siti Nurbaiyah dan Mei Ling dikehendaki membersihkan tandas pelajar wanita. Mereka pun terpaksalah membersihkan tandas yang bakal mencipta mimpi ngeri dalam kehidupan mereka hari ini.
Di tandas pelajar lelaki kelihatan Atan khusyuk membersihkan tandas. Tidak seperti Danish yang masih teragak - agak untuk membersihkan setiap sudut yang sangat menjijikkan bagi pandangan mata kasarnya itu. Tidak seperti selalu, Atan terus melakukan tugas tanpa merungut hatta meninggikan suara sekalipun walaupun Danish masih lagi tercegat di depan pintu tandas sambil teguh memegang mop yang diberikan Cikgu Azlan sebentar tadi.
Danish : Atan! Kau okay ker tak nih?
Atan : Okay! Kenapa tiba - tiba kau tanya?
Danish : Aku tengok kau selamba badak jer cuci tandas nih. Kau tak rasa geli ker cuci tandas nih?? Kotor gila kut!!
Atan : Aku dah biasa dah!
Danish : Kau dah biasa? Maksudnya kau selalu kena denda cuci tandas lah?
Atan : Eh, tidaklah!
Danish : Habis tu dah kau kata kau dah biasa. Apa maksud kau tu?
Atan : Aku nih orang susah Danish. Setakat cuci tandas nih aku rasa tak adalah susahnya sangat.
Danish : Eh, boleh aku tanya sikit? Mak ayah kau kerja apa?
Atan : Ayah aku dah 4 tahun tak bekerja sebab dia lumpuh! Mak aku pula jual nasi lemak dengan kuih - muih macam tu jer lah. Kadang - kadang ambil upah menjahit.
Danish : Owh! Kau ada berapa adik beradik?
Atan : Ada 5 orang. Aku yang sulung.
Danish : Owh, macam tu! Eh, Atan! Pasal kes semalam tu aku nak minta maaf dekat kau sebab aku tumbuk kau. Sorry sebab aku geram gila kau asyik tuduh benda yang aku tak buat. Sorry yer!
Atan : Eh, tak payahlah minta maaf. Sepatutnya aku yang minta maaf sebab aku tuduh benda yang kau tak buat.
Danish : Kau tak minta maaf pun!
Atan : Hahaha. Aku lupa. Sorry yer weih!
Danish : Kau nak jadi kawan aku?
Atan : Eh, jadi kawan kau?
Danish : Yups! Mahu?
Atan : Aku....
Tiba - tiba kelihatan jeritan dari tandas sebelah iaitu tempat di mana Siti Nurbaiyah dan Mei Ling melaksanakan hukuman daripada cikgu Azlan.
Mei Ling : Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Danish : Eh, kenapa dengan diorang tu?
Atan : Jom kita pergi tengok!
Mei Ling : Ahhhhhhhhhhhh!! Tolongggggggggg!!!!
To Be Continue...........
P/S :
Nantikan
Episod 31
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang!
Insyaallah!
Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.
diew kne ape??
ردحذفade bangla kaco diew kat toilet pompuan ek???
ehheheeh
asal ek???
ردحذفermmm.....
musykil haih....
kaki sgkut dalam jmban kot...
hahahaha....
tandas sekolah rendah mmg bau mahu membunuh. Kalau nak berak, rela simpan berak kat rumah.
ردحذفtetiba ader kisah sedih...
ردحذفbertakung jap airmata di tubir mata gua..
sob..
sob..
oh..sian pulak kat Atan
ردحذفmesti lepas ni diorang kawan dua
napa plak mintak tolong tu..
haish..kena tggu laaagii
nasib baik elmyra tak kene cuci tandas sekali.. hahha...
ردحذفaku apez?.. aku ape?.. arghh... hans.. cepat skit tau buat cite tu.. huk3
ردحذفaku confius la..sapa 3 org org yg kena bersihkan tandas..mei ling, siti nurbaiyah..baru dua org, sapa lg sornag tak kn cikgu azlan termasuk sekli kot..elmyra tak msuk kn, dia kaki sibuk je..atan ke yg lgi sorang tu ?
ردحذفoh knapa ni?? knapa mei ling jerit?? saspen betui
ردحذفdia nampak antu kot..
ردحذفcpt2 smbung..nape die jerit2 tuh..
ردحذفbest gak..dah episod 30 la..byk yg terlepas nie..
ردحذفCepat... tulis lagi... heheheheh
ردحذفtakkan lintah kot haha
ردحذفbudak-budak perempuan dalam cerita ni drama sangat!
ردحذفsikit-sikit nak jerit! aku rasa macam nak tibai!
mesti die jumpe sumtg dlm toilet!
ردحذفhahahaha seronok lah!makin lama makin best!
ردحذفmau melompat ke episod seterosnya.
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com