Aku sebenarnya sedih bukannya sebab aku kena tipu. Hakikatnya memang aku tertipu selama sebulan tapi lepas tu bila aku dah perasan macam - macam perkara pelik yang tak masuk akal waktu awal bulan 5 maka aku terus malas contact atau layan. Aku kesian pada orang yang sangat ambil berat pasal si gila nih.
Aku kenal dia melalui komen dia dekat blog seorang cikgu wanita. Wah, seorang lelaki suka berpuisi. Puisi dia pun boleh tahanlah sebab ayat - ayat dia bombastic juga walaupun sebenarnya isi dia biasa - biasa saja. Aku komenlah dekat blog dia cakap teruskan berpuisi. Susah nak jumpa lelaki minat bab - bab nih. Dia pun balas komen dan aku mulalah rapat dengan dia macam blogger - blogger lain juga.
Lepas tu bila ada dua orang blogger iaitu seorang lelaki dan seorang wanita bagitahu aku pasal mamat nih menghidap sakit barah hati. Aku pun tanyalah mamat nih secara personal. Dan dia mengaku dengan buat ayat - ayat sedih. Dia cakap doktor buat ramalam dalam masa 100 hari jer dia dapat hidup. Dia ada cakap dia baru kehilangan adik perempuan dia yang meninggal. Si bapa dia juga meninggal. Tinggal dia dengan mak dia yang dia panggil Umi. Siapa tak kesian dowh bila nasib hidup dia macam tu.
Jadi, mengenangkan dia bakal mati dengan nasib hidup dia yang macam kisah Bawang Putih Bawang Merah tu maka aku anggaplah dia macam adik aku. Lagipun aku pun tak ada adik. Dia pun anggap aku macam abang dia. Makin lama aku makin kenal lah dia dengan lebih mendalam tetapi makin aku kenal makin banyak yang aku pelik pasal si psycho ni. Apa yang aku pelik?
1) Setiap pagi pergi hospital cuci darah = Apa ker gila hari - hari nak cuci darah? Selalu seminggu 2-3 kali jer tak silap aku boleh cuci darah.
2) Upload gambar konon dia bleeding = Aku fikir juga kalau hari - hari muntah darah dengan kuantiti banyak macam tu tak ker habis darah dalam badan dia.
3) Sentiasa online = doktor ramal dia bakal mati dalam 100 hari tapi makin dekat tarikh tu aku tengok dia makin galak dia online. Patutnya mestilah semakin lemah.
4) Gambar = asyik letak gambar yang recycle jer. Pelik betul.
Ada banyak lagi benda yang aku rasa pelik tetapi aku malas tulis. Apa - apapun aku kagum dengan dia sebab 3 perkara :-
1) Puisi = kalau betul itu puisi yang dia buat...bagi aku dialah manusia gila atau psycho yang bijak berpuisi.
2) Celebrity pun tertipu = Aznil Nawawi pun tertipu kut. Kalau Aznil tahu dia kena tipu sah dia rasa menyesal jer call mamat nih untuk kongsi kisah dia dengan pendengar radio Era.
3) Psychology = Aku kagum sebab dia pandai main psychology. Kau tengoklah berapa ramai yang tertipu gila - gila punya.
Aku kesian juga pada ramai yang tertipu sehingga baru sedar dalam 2-3 hari nih. Aku paling kesian pada seorang lelaki yang berumur nih sebab dia dah anggap si gila tu macam anak dia dan si gila tu pun pandai bermain kata - kata dengan panggil lelaki itu sebagai baba. Pasti lelaki tu menyesal sebab dia yang call radio Era untuk berkongsi kisah hidup si gila tu. Bagi aku janganlah merasa apa - apa penyesalan. Ialah lumrah seorang manusia memang ada sifat kasihan kan. Aku juga kesian pada pic siapa - siapa yang dia ambil tu. Entah pic budak mana dia rembat. Buat budak tu jalan - jalan dekat bandar nanti tak ker tak pasal - pasal kena pukul sebab orang ingat dia si penipu tu. Hahaha.
Apa - apapun, aku tak pasti apalah motif utama dia buat benda nih. Nak kan perhatian? Nak tambah kawan? Nak menipu orang? Nak jadi popular? Aku juga tak pasti sama ada dia ini lelaki atau perempuan. Berapa umurnya dan sebagainya. Mesti dia gembirakan bila tengok ramai yang sedih sebab dia berjaya menipu mereka kaw - kaw punya.
Alhamdulillah aku sedar awal budak nih menipu cuma aku malas kecoh. Takut jadi macam seorang wanita yang tegur pasal gambar darah tu. Budak tu kata darah tu tipu tapi ramai gila backup si gila nih. Teruk juga perempuan tu kena maki. Hahaha.
Apa - apapun aku semakin kagum dengan dunia blog. Penuh misteri! Hahaha.
P/S : Si Penipu Dah Berpuluh Kali Cakap Dia Bakal Mati Dalam Masa Terdekat. Aku Rasa Mungkin Dia Bakal Matilah. Sebab Dah Lebih 40 Kali Dia Sebut. Tak Masuk Orang Yang Menyumpah - Nyumpah Dia Lagi. Hahaha. Apa - Apapun Pada Korang Semua. Relax Sudah. Anggap Jer Satu Pengalaman Dapat Jumpa Orang Yang Pelik Dan Psycho. Hehehehe.
P/S : Tapi Ada Hikmah Juga Dia Menipu Nih. Aku Kenal Ramai Orang Yang Baik - Baik Yang Suka Baca Siri ADKDA. Hehehe.
ada jugak nk tipu2 pasal mati..mesti budak2 hingusan nie..nati dpt betul penyakit tu baru r tau..huhu
ردحذفmana link die? nk baca gak puisi dia.. lol.. ade gak manusia cmni
ردحذفtrimas bro!
ردحذفheheheh
aku pon follow gak mangkuk neh!
tak sangka penipu upe nye!
ceit!
*hans, untuk pengetahuan kau, aku pon tak de abang.
hahahaha
so tak nak ke ko anggap aku cam adek? hahahaha
jgn isau, aku tak kan menipu ko cakap tinggal 100 hari nak mati!
huhuhu
amacam???
dahsyat..ada jugak org cmni..ade link blog dier x??? ekeke
ردحذفSalam ziarah....
ردحذفbaru tauu kee diee menipu??
hahahaa....
akuu pun pelikk laaa budk nihh...
ntahh apee laaa nak jaddii die nii....
hahaha...
ردحذفak pn dh kena..
cm sial doe bdk ni..
bangang je ckp nk mati..
xmati3 pn..
ckp doktor la blaja kt UK la..
pas2 sbb kesihatan nk smbg blaja kt MANIPAL COLLEGE kt melaka ni..
xsambung2 gak..
dl pn ak rapat ngan C GILA ni..
sll gak dye kol aku..ak layan kn aje..
tp 1 hari ak cite la kt cousin ak..dye ckp bdk ni penipu..trus ak mls dh nk kayan C GILA ni..
http://safwanhusaini.blogspot.com/
tuh link blog dye..bacalah smpi muntah puisi2 dye tuh..
amy : hahaha...entah2 dah betul dah dapat..biarlah dia..nak sangat sakit
ردحذفsyenget : tengok komen sheva
reen : dari ko follow si psycho tu baik ko follow aku..haha
kairu : tgok komen sheva
izwan : dah lama dah tau cuma aku tak ada bukti..skrg dah terbukti..haha
sheva : haha..dia call ko ker banyak kali?nasib aku dia call 2-3 kali jer..aku cakap lama2 pun sekali jer lah..haha
bukan nak bukak aib, tapi ...
ردحذفaku rasa dari tahun lepas lagi dia cakap. ehehe.
mungkin, umo dia panjang kot.
think +ve hahaha!
ni kronology dia,
atuk meninggal-->adik meninggal-->walid eksiden & kena kanser-->walid balik kampung--> bercerai dengan umi-->walid kawen lagi 1-->dipukul walid-->umi meninggal-->walid buat pembedahan dekat dia-->walid meninggal-->dengar kabar, nenda dia pulak ea?
(-_-")
nasib den tak penah jengok dia. Blom sempat agaknye. Syukur...
ردحذفdulu aku rajin gak jengah blog dia, komen2 dia kat FB. tapi lama2 aku rasa mcm ada something wrong dgn bdk tu. so aku abaikan je dia. tp tak sangka plak di penipu.
ردحذفaku doakan dia dibuka pintu hati untuk menjelaskan keaadan yang sebenar, since perkara ini terbongkar. tu pun kalau dia masih bernyawa lagi la kn.
thanks bro!thanks a lot!
ردحذفulasan yg sgt panjang tentang manusia bernama SAFWAN HUSAINI ye athirah awatif! bhahaha.
ردحذفanda sgt mengenali manusia itu ya. tp kesian betul laa kt mak bapak budak tu, ada anak camnie. sape la mak bapak anak bertuah neh.
tp ape ape pown. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Allah tu maha adil! tunggu masa je, budak tu akan dapat balasan nnt.
hans thank 4 information,, ko cekik je mamat tuu,, aku pun tertipu awl2 aku ade bace tapi mlas nak komen biarkan je di mati hahah
ردحذفha dea neh penipu ?
ردحذفbtul ke ?
HAHAHAH
blog pnye lahh penuh simpati .percaye 100% jeh selama neh .haha
ni bukan kes pertama kot......itu ari pon mcm ni gak.....blogger yg suka berpuisi juga yg konon2 wajahnya mirip model segala....
ردحذفmoral of d story dun trust your on9 frens until u really meet them in person!
klu dah suka sgt sebut mati...x lama lah tu mati. x usah risau hans tuhan bayor cash.
ردحذفlupe na ucap Terima Kasih yg ta terhingga kepada Hans kerana menulis tentang manusia yg bernama SAFWAN HUSAINI ini.
ردحذفkalau ada masa terluang add saya di facebook yaw. just search under nama 'Nusaibah Adam'. thanks a lot yaw!
*promote facebook pula* uhuks! hehehe..jgn jeles athirah awatif
hehehhe aku ada pergi blog dia ni, sbb dia penah datang blog aku kot. nasib baik lah aku dah lama tak active blogging, kalau tak entah2 aku pun kena tipu. hehe.
ردحذفseyes weh?? gile arr dia ni,. ader jugak org macam ni,. belum penah baca blog dia,. nk kn baca ni
ردحذفdah baca kesah penyelongkaran ni?
ردحذفklu belum, mari baca kat cni..
http://anuarkamaruddin.blogspot.com/2010/06/pembongkaran-eksklusif-cinta.html
pembongkaran yg dilakukan oleh org yg rapat ngan SAFWAN HUSAINI dlm dunia penulisan..
:)
safwwan husaini??yg tlis nvel malaikat dari seberang tue ker???
ردحذفngeE~
ردحذفjom bakar orang.jom~
saya rasa dia confius..
ردحذفmuntah darah kalau jumpa doktor cakap sakit barah hati, kalau jumpa ustaz-ustaz bukan barah hati.. boleh jadi budak nie kene santau..
hehehe..
Tak.. tak.. saya bergurau aje..
Kita doakan yang terbaik untuk adik tu yek..
dh bca pmbongkaran tue tp ak still nk positive gk..mayb da org gna pkai dia kot..hahha
ردحذفh aha ha ha ha ha
ردحذفaku nak gelak lah wey!
sbb ko siap buat entry segala apasal dia kan.
aku pelik bial bab, ayah adik nenek dia mati. waktu dekat2 jek.
ayah dia doktor kan?
aduhai!
sampaikana da blogger yg kata 'kalau dia mati, blogger tu pun akan mati sama'
ha ha ha ha
nak gelak lah hans.
mcm2. hik hik hik
hoo.. ku baru tahu pasal menda neh
ردحذفmesej to sybah :
ردحذفkenal sangat la kan.
haha!
eh? tamao kongsi kisah kamu jugak? =P
mesej to hans :
cik sybah ni puji hang, dia kata hang sytlo
(-___-")
mesti dia terpedaya!
hahaha!
Biarkan lah dia menari... jadi penonton kadang-kala seronok juga
ردحذفpsl mati pun nak tipu ke? pelik jgk ak ada manusia macam ni..
ردحذفberkobar2 ko bercerita ye hans..
ردحذفperghhhh...mmg misteri!!demi nama,sanggup menipu
ردحذفjomla sama2 countdown kematian die!
ردحذفyup..xcye yg die tlis Malaikat Dari Seberang tue..fuhh da gak spesies mkhluk cmnie..
ردحذفarini xle bukak plak. die da tutup ker blog die?
ردحذفaku hanya mampu tunduk diam
ردحذفrupenye.. slama ni., ak tertipu
ردحذفhmmmm adekah ni btol atau safwan yg salah???? ish2222 tercengang n termenung seketika..('o')
ردحذفhans...baru ni aku tahu..
ردحذفaku ada tengok juga blog dia sebab dia buat puisi..huhu
siap add to favorite heehe..
thanks for info.
aku cuba buka blog tu dah tak ada..
-mamaJnJ-
hak3...aku dok agak dah mamat nie menipu...masa member aku kasi tau si dia ni dah nk maty aku pun pelik...apsal la dah nk maty pun bleh 24 jam on9 tuleh citer la puisi la...apa bangang la dia nie...wakakakaka...aku siap doa bg dia cepat maty agi..alih2 aku plak yg kena marah dgn member aku yg bajet simpati la kat mamat nie...hmmmm...trok la...maty2 nie bkn mainan...aduhai..
ردحذفAku mula2 mngikuti blog Safwan lps dgr Aznil call dier kt Era.Mlm tu aku bca blog dier smpai pg.Dr situ aku dh cnfuse.Sbb aku x tau mane satu citer dier n mane satu cerita novel dier.Then aku ader tgk result scan usus dier [konon2la dier yg pnyer] Aku x puas hati.So,aku google search psl result scan tuh.Aku tkejut sbb result scan tuh dier amik dr website international healthcare.Aku bgtau kwn aku yg mcm ksian gak kt dier.Then kwn aku nih jnis yg sgt2 berani.Dier pblish n tulis kt wallpost si Safwan.Then smua org yg 'ttipu' mrah sgt2 kt kwn aku.Then si safwan PM kwn aku ckp "Hei anjing! Klau kau x mnyusahkan aku x boleh ker?" Boleh dier yg konon2 sakit tu ckp cmtuh.Aku pecah kepala fikir cmne nak bgtau org yg dieorg ttipu.Aku biarkan sj sbb aku tau spndai2 tupai mlompat akhirnya kene tembak gak oleh pemburu.Hehe.Pdan la muka die.1 msia dier tipu.Then darah tu mmg dier gune watercolor.Giler aaa.
ردحذفAku rase sbb utama dier buat cmtu adalah krn dier tlampau tbawak2 prasaan ilusi dier dlm mmbuat novel smpai org fikir dier yg sakit.Aku ingt lagi pbualan dier ngn Aznil yg dier ckp klau boleh dier xnak smua org tahu dier sakit.Sbb dier pnipu!!Dhla rase diri mcm Remy Ishak!Ewwwwwwwwwwwww!
aku follow pun lpas dgr dari era.. maksudnyer ngn paknil kene tipu ngan si hawau ni... punyer sedih dgr cerita tragik die. aku rase die ni tersplit dlm personaliti novel die lar...kompius...
ردحذفaku follow pun lpas dgr dari era.. maksudnyer ngn paknil kene tipu ngan si hawau ni... punyer sedih dgr cerita tragik die. aku rase die ni tersplit dlm personaliti novel die lar...kompius...
ردحذفaku rasa aku puan yg ko mksud kan kna maki tu.. sbB aku yg ckp darah dia tue pelik smcm.. aku siap tulis kat walL dia jgk.. try warning org.. tpi fanz dia maki aku blk.. even 'wawan' ni sndri ada msg kat aku.. dia siap pangGil aku 'HANJING'.. smpai skrg aku ada simpan msg tue.. siap print lgi..
ردحذفAl-kisahhhh....
ردحذفSib baiklah mama tak follow sangat blog dia. Ma masuk blog dia sekali dua je, lepas dengar Pak Nil punya cerita kat Radio Era dulu. Ish kalaulah ma ikut, tak ke buang karan namanya tu! Semoga dia sedar akan kesilapannya. Tak membawa apa-apa faedah menipu orang. Dapat cacian dan makian je... naudzubillah...
Hahahaha, saya pun pernah juga jumpa lelaki macam ni, mula2 memang percaya, asyik cakap nak mati, tapi lama2 terbongkar juga, bukan semua orang dia boleh tipu, kan?
ردحذفwell, saya kenal agak lama dengan safwan ni, maybe befor all of u know him, know him dari myspace, dia baik. but i dont know kenapa dia mesti jadi penipu, saya pun tak tahu pic dia real or not, but dia lelaki, pernah call i and i still got number dia. he does wish me happy birthday.
ردحذفsayangkan ada talent, tapi macam ni..
hello Hans :)
ردحذفi actually kenal jugak dengan safwan ni ..
we exchange numbers and other things that we shared ..
i re-blog pasl SH ni kat blog i ...
i u dun mind , singgah laa :)
http://kucings.blogspot.com
well, i still remember when he gave his number to me and we having some xxx conversation. Yes, im a man.
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com