Zaqhrie : Hamba sudah berfikir semasak - masaknya wahai kalian berdua. Hamba perlu menaiki kapal ini. Ayuh kita pergi membeli tiket di kaunter sana.
Faruqi : Maafkan hamba wahai saudaraku! Hamba tak mampu untuk mengikut tuan hamba menaiki kapal yang besar ini. Hamba masih mahu tinggal di negeri ini.
Budiman : Hamba pun begitu juga! Hamba masih belum bersedia untuk belayar jauh!
Zaqhrie : Jikalau putih kata tuan hamba berdua maka putih jugalah kata hamba! Hamba tetap mahu menaiki kapal ini walaupun hamba keseorangan. Jikalau begitu temanilah hamba membeli tiket ini walaupun tuan hamba berdua tidak mahu menyertai hamba pergi belayar di laut sana.
Faruqi : Baiklah! Mari saudara Budiman!
Budiman : Ayuh!
Mereka bertiga pun pergilah ke kaunter tiket kapal untuk bertanyakan tentang jumlah tiket yang masih ada. Berdebar - debar hati Zaqhrie memikirkan kemungkinan tiket sudah habis dijual kerana dia sangat teringin mahu menaiki kapal yang mewah itu.
Zaqhrie : Wahai pakcik penjual tiket. Hamba mahu bertanya sama ada masih ada lagi atau tidak tiket untuk menaiki kapal besar itu?
Pakcik : Tuan hamba sungguh beruntung kerana masih ada satu lagi tiket untuk menaiki kapal besar ini.
Zaqhrie : Owh, benarkah apa yang dikatakan oleh pakcik? Syukur alhamdulillah! Jika begitu hamba mahu membeli tiket yang terakhir itu.
Pakcik : Harganya sungguh mahal wahai anak muda. Adakah engkau mempunyai wang untuk membayar harga tiket kapal yang sangat mahal ini?
Zaqhrie : Berapakah harga tiketnya wahai pakcik?
Pakcik : Harga tiket bagi kapal mewah ini ialah RM500.
Budiman : Apa? RM500? Wah, mahalnya!
Faruqi : Harga tiket itu bersamaan dengan perbelanjaan rumah hamba selama 2 tahun. Lupakah sahaja hajatmu wahai saudaraku. Engkau tidak mampu untuk membayar harga tiket yang mahal ini.
Tanpa disangka tiba - tiba Zaqhrie menyeluk tangan kanan ke dalam kocek seluarnya lalu mengeluarkan kepingan - kepingan not berwarna biru.
Zaqhrie : Cukup?
Pakcik : Biar hamba kira dulu yer wahai anak muda.
Budiman : ..............(terkejut)
Faruqi : Dari mana tuan hamba mendapat duit sebanyak ini?
To Be Continue.....
siri baru ke?
ردحذفkapal apa itu...
ردحذفhahahahaha... cam citer titanic lak. ngeee =P
ردحذفaku masih curious.. zaqhrie tu keje apa?
wah mahalnya tiket..haha
ردحذفcerita baru ya hans? banyak idea lu. haha mana gali?
ردحذفhahahaha
ردحذفbapak mahal!
baik bagi wit tu kat aku. Leh kita dua pegi shopping! Ahahahaaa
ردحذفwat citer kapal lak?
ردحذفciter pasal kapal lak ye bang..
ردحذفhahaha.. knape x publish citer akddk. eh btol ke..
haha.. wat novel la..
citer pasal kapal lak ye bang..
ردحذفhahaha.. knape x publish citer akddk. eh btol ke..
haha.. wat novel la..
ni kapal titanic ke aper ni.. bapak mhl... hahah..
ردحذفuishhh...kapal apa tu?? mahalnyer tiket..
ردحذفCepat2 sambung,,, hehhehe
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com