Isu Palestin - Aku Berhaluan Kiri Kah?

Sebelum tu aku dengan sukacitanya ingin berkongsi dengan kalian tentang Entry Ini dan harap kalian sudi menjengah blog saudara Kaizen nih yer untuk baca entry tu.

Sekarang panas dengan isu kapal - kapal aktivis yang menjalankan misi membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang semakin terdesak dari segala segi diserang tentera Israel yang kejam tu. Berkenaan entry Encik Kaizen tu sebenarnya aku sokong sebab ada benarnya dan bukan bermaksud aku tak menyokong misi bantuan nih. Aku sokong sebab ada kebaikan untuk rakyat Palestin sebab sebagai manusia kita pasti ada rasa belas kasihan kan. Aku pun kasihan juga pada nasib mereka. Dan aku pun menyokong juga misi nih. Kerana apa?

Kerana apabila dah jadi kes macam nih, dalam masa yang sama satu dunia lebih faham dan mula mengkaji pasal Israel dan Palestin nih dengan lebih mendalam seperti mana mereka mengkaji tentang tragedi 11 September. Makin banyak penduduk dunia yang sedar tentang kekejaman Israel nih. Tapi, kadang - kadang aku muak juga. Sana sini berkempen nak boikot barang tu lah barang ini lah. Hasilnya apa? Awal - awal sahaja nampak dan kemudiam terus senyap. Barang yang diboikot selama sebulan dua akhirnya dibeli kembali dalam jumlah berganda pada bulan ketiga dan seterusnya. Kenapa tidak boikot jer selama - lamanya?

Kadang - kadang aku terfikir juga kata orang sekeliling. Rakyat negara kita pun ada ramai lagi yang susah. Kenapa tidak dibantu seperti membantu rakyat - rakyat negara lain? Kadang - kadang negara yang ditimpa bencana seperti Indonesia misalnya pasti cepat - cepat dibantu negara kita. Hasilnya apa kita dapat? Rakyat mereka bukannya cuba berbaik pun dengan negara kita. Masih dituduhnya kita yang bukan - bukan. Baru - baru nih benarkan pula orang gaji diberi cuti 1 hari. Habislah negara Malaysia nih dengan bersepahnya anak - anak orang gaji dari Indonesia lepas nih. Owh, lari topik sekejap.

Masalahnya sekarang negara - negara Arab sendiri pun tak membantu saudara mereka di Palestin. Mesir misalnya masih ada hubungan diplomatik dengan Israel. Kenapa negara - negara Arab tak mencontohi Malaysia yang tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel? Takutkan Israel? Aku sendiri tak faham. Dan dengan adanya kuasa - kuasa besar yang berat sebelah kepada Israel aku tak rasa pun Palestin akan aman.  Paling aku kecewa rakyat Palestin pun berpuak - puak juga sesama mereka. Sesama sendiri pun bergaduh. Seperti di Malaysia jugalah. Ada Puak Pas, Puak Umno dan Puak Keadilan. Mereka sendiri pun bergaduh sesama mereka. Haih!

Macam entry daripada saudara Kaizen tu, memang dah ditakdirkan satu hari nanti tanah itu akan dirampas juga daripada penduduk Palestin walau apa cara sekalipun kita buat sebab Allah dah janjikan perkara tu pasti berlaku. Sebab sekarang pun dah nampak umat Islam tak dapat berbuat apa - apa. Hanya dengan mengutuk dan mengkeji sekeras - kerasnya rejin Zionis Laknatullah tu. Masalahnya bukan negara Yahudi tu kisah pun. Kalau dia dah takut dah lama dia berhenti. Sebab apa? Adanya Amerika di belakang mereka.

Apa - apapun, aku mendoakan semua aktivis tu selamat dan insyaallah jika semua selamat kembali ke negara asal diharap mereka memberitahu negara mereka dan satu dunia siapakah sebenarnya Israel Laknatullah itu. Moga misi mereka berjaya walaupun mungkin sedikit lewat. Amin!

P/S : Aku Sekarang Jarang Mengikut. Suka Mengkaji Dari Banyak Faktor. Contoh Isu Crocs Yang Terbukti Sebenarnya Hanya Dijadikan Publisiti Murahan Oleh Golongan Tertentu. Puas Juga Kena Maki Akhirnya Sah Itu Semua Penipuan. Tak Ada Pula Yang Maki - Maki Tu Datang Minta Maaf Balik Dekat Aku. Hahaha. Adakah Aku Berhaluan Kiri? Masih Kanan? Atau Neutral?

P/S : Kepada Yang Mahu Boikot Barang Ker Apa Tu Jangan Hangat - Hangat Tahi Ayam Okay! 

P/S : Aku Tak Letak Banner Atau Apa - Apa Pun Untuk Tunjukkan Aku Anti Israel Sebab Aku Anti Dari Dulu Lagi Sejak Aku Tahu Apa Itu Israel. Harap Maklum!

23 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kejap jek tuh boikot barang.
    ade member aku,
    semalam nye kuar kes pasal isu israel bom kapal tuh.
    esok nye trus minum starbucks dengan enak nye!
    ceit!

    ردحذف
  2. setuju dengan ko...

    http://kai2en.blogspot.com/2010/04/kenapa-mesti-menyelamatkan-baitul.html

    entry yang berkait...

    dengan contoh sekeliling malaysia... kita sebok ngan palestine... tapi saudara kita di thailand x pernah kita ambik tahu....

    g link untuk baca lebih lanjut...

    bukan kita tak nak tolong orang di sana... tapi kita sendiri tak tertolong islam di Malaysia...

    kuatkan Islam di sini dulu.. baru mampu kuatkan Islam di tempat lain...

    sekali lagi... jangan jadi seperti pepatah... yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...

    btw... nice entry... uhoh!

    ردحذف
  3. Satu entry pada sudut yang berbeza. Bagos. Hancurnya labenon, hancurnya Iraq. Kerana rakyat mereka sendiri juga.

    ردحذف
  4. aku setuju betul..

    mesir, arab saudi dan dulu turki..
    negara islam ni lgsg xnk membantu..

    aku dah baca entri kaizen.. mmg betul pun..

    rakyat malaysia kita xnk bantu ker??? heheh..

    aku xjoin mana2 boikot lg.. aku just support blog picisan yg anti israel..

    ردحذف
  5. aku ngan alvin nak beli ruang kotak ko beriklan... ko mahu x ada gambar anti israil dekat blog ko???

    ردحذف
  6. Perghh!

    Berkobar-kobar aku bace entry hang nie...
    Bagus.. keep it up!

    (=

    ردحذف
  7. wahh..!
    bagos entry ni..
    yg bab boikot barang2 suma tuh,
    mmg betul..
    hari boikot,esok dah beli balik..
    sama mcm kes org hina Nabi kta,
    mrah sana,marah sini..
    mogok sana,mogok sini,
    tp kat diri sendiri xpkir,
    solat ckup ke x,sllu ingat Nabi ke x..
    *dah lebih dah ni..
    HAHA..

    ردحذف
  8. kuasa besar sendiri masih berpeluk tubuh macam mana nak kuat..
    kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..
    ramai lagi orang Islam dalam Malaysia ni yang susah..kat ceruk dalam pedalaman..
    manrik entri ni!

    ردحذف
  9. saya dok diam2 sambil membaca n3 nih

    ردحذف
  10. hah, betul tu. dulu bukan main lagi, angkat banner boikot ni lah, tu lah. tapi skrg snyp.

    hmm cmnilah. kalau nak berjuang angkat senjata kita ni tak lepas, apa kata kita berjuang guna doa, solat hajat. doa tu senjata mukmin kan?

    hah takkan yg ni pon tak pas kot. hehe.

    ردحذف
  11. Hans, jangan pernah berhenti berdoa... semoga kita dijauhi dari kafir laknatullah... semoga kita selamat dunia akhirat

    ردحذف
  12. farid tu blogger jahat you..ai mencik farid..gilak betul dia ni kan paksa2 you letak logo picisan..apa??ingat ini blog bapak farid punya ka???dasar farid beruang pokemon..farid buaya tembaga...gatal kau ye mengurat owner blog ni..


    hans..you jgn bimbang..ai dah marah farid tu tau..kalau dia kacau you lagi..bagitau ai..tau la i nak uruskan scrotum dia..


    cau.. wasaalammu..

    ردحذف
  13. aku sokong entri ni...
    kita benci israel dari mulut jer...
    tindakan kalo buat pon setakat hangat2 tahi ayam...

    ردحذف
  14. entrynya adalah lain dr yg aku baca sejak isu ini berbangkit. aku pun pernah terdetik di hati tapi aku tak tahu nak tulis dan olah ayat bagaimana untuk menyatakan bahawa, Malaysia masih PERLU sangat bantuan kemanusiaan.

    Sama saja mujahidnya kalau berjuang untuk membebaskan rakyat malaysia dari kemiskininan.

    tak mo dah ada istilah kais pagi makan pagi kais petang makan petang!

    tapi aku respect juga mereka sanggup bergadai nyawa untuk membantu rakyat sesama Islam negara luar. Itu satu tanggungjawab juga

    Tapi Malaysia,
    Tolonglah,
    pergilah ke ceruk2 kampung dan ziarahlah rumah2 yang hampir roboh dan anak2 yg menangis kelaparan susu dan makanan berzat!

    sekian!

    ردحذف
  15. teringat dalam citer Green Zone..
    ade skrip yg bunyinya lebih kureng camni.. "negara yang berlakunya perpecahan kaum, lebih mudah diserang dan dikuasai"
    errm.. tulah hakikatnya..
    kalau asyik duk berbalah.. berpecah..membuka jalan mudah bagi kuasa asing untuk mengusai negara.

    setiap kejadian ada hikmah kan.. untuk membuka mata & minda kita semua......

    ردحذف
  16. 1st aku nak tekankan walau apa pun pandangan anda... kita.. mempunyai musuh yg sama iaitu israel!!! aku bangga dgn usaha para blogger.. cuma aku ingin mengingatkan.. sbgi seorang blogger kita adalah pemimpin kpd pembaca2 blog kita.. bila kamu berbantah sesama sendiri rujuk lah Al-quran dan hadith.. sesungguhnya Allah Maha mengetahui Allah telah memberikan panduan yg lengkap utk kita..kita?? sape kita yg nak memandai-mandai.. ia mmg perlu bersatu tp bersatu lah pada perkara2 kebenaran.. jgn smpi kerana kecuaian(dalam memberi pendapat) akan buat kita rugi di akhirat kelak.. klu x keberatan sila baca pandangan saya lak masalah palestin bagaimana menanganinya.. hmm.. pasal awk comment ade problem tp malu nak bg tau kat blog Dr.noProblem mungkin awk kurang faham.. anda boleh utk tidak mendedahkan identiti anda (anonymous)

    ردحذف
  17. semoge misi mereka berjaye~ aminn~ same2 kite doakan ye~ :)

    ردحذف
  18. tu la.
    selalu macam tu.
    haish.
    bak kata pepatah,

    kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak.

    macam tu kot bunyi dia haha.
    tak pasti pulak.

    ردحذف
  19. ok bro.i get ur points!yg penting,kita ada contribution gak walaupun sikit

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم