Kiranya dalam proses pembesaran ikan - ikan Oscar(lihat gambar bawah) nih maka abah aku pun try lah buat uji kaji campur dengan ikan - ikan lain. Macam kalau korang tengok dekat kedai - kedai mesti ada satu akuarium khas yang cantik dan hanya untuk pameran sahaja di mana ada banyak ikan - ikan berlainan speasis tetapi mampu hidup aman damai kan? Hah, kira macam tu lah harapan aku nak tengok banyak ikan hidup sebumbung. Hohoho.
Akhirnya, impian yang diidamkan selama ini pun tercapai juga. Banyak jenis ikan yang dapat hidup sekali. Tapi aku jumpa 2 gambar jer dekat pakcik google.
Ikan Jelawat
Ikan Lampam
Kiranya akuarium aku tu dah setaraf macam dekat kedai. Cantik dan banyak jenis ikan duduk berhimpun secara aman damai. Kira kalau tetamu datang berkunjung tu pasti kagum dan bertenggek kejap la depan akuarium tu. Memang best!
Tiba - tiba suatu pagi sebelum nak ke sekolah aku tengok ikan - ikan tu semua terapung tercungap - cungap dan nampak jugalah abah aku tengah sauk sekor demi sekor masuk dalam baldi. Aku dah rasa lain dah. Pergi sekolah pun tak aman. Nak curi - curi makan roti canai dalam kelas pun tak ada selera. Balik jer dari sekolah aku tengok akuarium kosong. Tiada lagi ikan bergerak - gerak macam selalu.
Apabila aku tanya abah dengan mak aku mana ikan - ikan tu semua dan apabila diberitahu ia ibarat halilintar membelah angkasa. Wah! Nak bagitahu terkejut tak terkejut tu. Hohoho. Ikan - ikan tu semua mati kerana kejutan elektrik. Waktu abah aku mula - mula nak ambil ikan tu dengan tangan pun dia kena kejutan elektrik tu. Gila sedih aku. Baru semalam tengok ikan tu berenang - renang gembira dan esoknya semua mati kerana elektrik.
Semua ikan - ikan tu dibeli waktu diorang kecil - kecil dan lama juga bela tu. Lebih dari 5 bulan. Semua dah besar - besar dan kiut - miut dah tapi akhirnya dah pergi meninggalkan aku. Gila sedih weih! Boleh tak sedekahkan Al-Fatihah untuk ikan - ikan nih? Kalau boleh mari ramai - ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah - arwah ikan aku.
Amin!
P/S : Nanti Cerita Ikan Lain Pula!
hahaha...
ردحذفkesian...
jom2..
sedekahkan ALfatihah...
Al-Fatihah
ردحذفnak ikan ke ? uncle aku suke bela ikan :p
ردحذفhah? cmna leh kena kejutan elektrik plak? wayar filter terkoyak ea??
ردحذفtakpe la.. nti leh beli ikan lain lagi. baru tau oscar leh campur ngn jelawat & lampam.
**asada peminat ikan gak (^^,)
mmg sedihhhh..sabar je dik....
ردحذفMacam banyak je ikan kau... kau buat kolam renang la satu... hua hua hua
ردحذفkesiannya ikan2 tu... :(
ردحذفkakak aku penah bela ikan laga. mati aku keje kan sebab terletak banyak makanan dia heheee
ikan tu tengah bersemadi dengan aman... alfatihah
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com