Novel Thriller Seram + Imaginasi Aku + Jangan Pandang Belakang = Mimpi Yang Buat Aku Cuak. Cessss!!!

Ramai betul bertanya pasal novel Nama Atas Kertas nih. Nih kalau penulis novel nih tahu sah dia bagi aku hadiah sebab aku dah macam agen promosi novel dia jer. Hahahaha.



Nama Novel : 
Nama Atas Kertas

Penulis : 
Nasron Sira Rahim

Bilangan Muka Surat : 
504(tak termasuk muka surat info)

Genre : 
Thriller

Cetakan : 
2010

Harga : 
RM20

Tadi aku sambung baca dan akhirnya aku berhenti dekat muka surat 72. Waktu aku baca tadi aku memang feel habis. Aku membayangkan aku di dalam cerita tu. Aku memang suka feeling sikit bila baca. Baru rasa macam best dan nikmat sikit. Sambil - sambil tu aku curi - curi pandang drama Si Capik dan kemudian Jangan Pandang Belakang di TV2 yan ditonton oleh mak abah aku.

Novel nih walaupun aku dah baca baru muka surat 72 tapi gua cakap sama lu memang terbaik. Jalan cerita dia macam CSI pun ada dah. Aku yang baca nih sebab suka bayang - bayang macam mana pembunuhan terjadi sampai kadang - kadang rasa mual pun ada. Hahaha. Tiba - tiba aku tertidur tanpa sedar. Yang anehnya aku tak tahu pun apa aku mimpi. Tidur tak sampai sejam. Tapi aku terjaga lepas tu aku rasa cuak gila macam mimpi hantu atau kena bunuh jer. Haih, entah!

Pelik - pelik pula aku rasa malam nih. Nasib nih bukan malam jumaat. Fuh! Apa - apapun esok aku akan cuba baca 200 muka surat lagi dan kembali feeling. Aku rasa pada sesiapa yang dah tak sabar tu boleh pergi beli dah kut dekat MPH ker Popular ker. Aku jamin kali nih memang korang akan rasa puas hati. Setakat yang aku baca nih, aku berpuas hati sebab :-

  1. Gaya penceritaannya menarik. Penuh misteri.
  2. Unsur - unsur kejam, psycho, takut dan bersangkutan dengannya berjaya disampaikan dengan baik.
  3. Sebab tempat - tempat dekat dalam cerita nih adalah dekat Alor Setar dan semua tempat aku tahu. Nama tempat aku duduk pun ada. Hahaha.
  4. Ada penanda buku. Senang nak tanda. Kalau tidak aku kena ingat muka surat berapa aku berhenti.

Apa - apapun nanti aku akan buat review pasal novel nih kalau dah habis baca. Assalammualaikum!

P/S : Aku Ditanya Sama Ada Berminat Menulis Buku Untuk Kategori Ilmiah. Sedikit Teruja Namun Belum Sampai Seru Ke Arah Itu Barangkali. Aku Masih Mentah! Masih Dalam Kategori Merangkak! Aku Sekarang Lebih Ke Arah Cerita Yang Berumur Sense Humor! Tapi 2-3 Tahun Lagi Mungkin Aku Sudah Bersedia Untuk Menerima Tawaran Sebegitu. Insyaallah! Thanks Buat Saya Lebih Bersemangat Untuk Berkarya.

15 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku mmg nak beli buku ni.. tmbh2 ko dah promote..

    ردحذف
  2. oowwwhhh...

    smalam ku pergi popular tapi tak terbeli pulak novel

    ردحذف
  3. rajinnye en hans ngadap novel ye..tora nk try p jenguk novel ni le t..elok le sbb terisi le msa penanam anggur cm tora ni hik3

    ردحذف
  4. Weh... ko advice aku beli buku ni ke tak? Ke kau nak pinjamkan aku buku kau... hehehehe...

    Anyway, baguslah dah ade orang approach kau jadi penulis... berbangga aku... aku je takde orang approach lagi

    ردحذف
  5. wow.
    macam menarik pulak bunyi dia.
    haha.
    ;)

    ردحذف
  6. cam menarik jew buku tu... tajuk pn da gempak an...
    ahhahaa.. pnh gak mcm tu, trtdo xsmpai sejam pastu tetba trbgun, rase cuak.. uhh.. ckp xsuka..

    ردحذف
  7. wahh...bunuh-membunuh....ganas x bunuh dia tu...sy ada baca novel bunuh2 gak..tajuk dy klon...kalo hayati betol2 mesti meremang bulu roma...huhu

    ردحذف
    الردود
    1. mana nak cari novel klon tu...?

      حذف
    2. mana nak cari novel klon tu.. ?

      حذف
  8. meh,ak jadik penerbit buku kamo..:)

    ردحذف
  9. err novel jiwang takde ke


    hey hans

    tenz sdi datang belog:)

    ردحذف
  10. nice cover.
    bilalah aku nak ada buku or mag sendiri ni? haish.

    ردحذف
  11. nak beli! sebab kalau novel melayu, layan citer thriller je..cintan dah tak layan..hohoh

    ردحذف
  12. Ngaaa.. seram.. takpolah.. nanti takot pulak.. den ni penakot tahap gaban.. ayam pun den takot.. hiiiihii

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم