Hahaha. Seronok pula pagi - pagi nih tanpa gigi bergosok lagi menyanyi lagu Exist nih. Siap ubah lirik lagi. Wakakaka. Walaweh! Asal entah dari semalam sampai ke hari nih gua rasa nak kahwin jer. Pelik betul lah. Gua calon pun tak ada. Nak kahwin dengan siapa? Kalau gua luahkan hal misteri ni pada emak gua yang tersayang mesti dia akan kata,"Hang nak kahwin dengan sapa? Dengan semut?" Alahai emak kahwinkan aku. Gua nyanyi jer tu. Hahaha.
Semestinya sebelum berkahwin apa yang perlu ialah menamatkan pelajaran seterusnya mendapatkan kerja dengan gaji yang lumayan. Kemudian kumpul duit gaji untuk beli rumah. Sesungguhnya rumah itu penting dan perkara paling utama untuk disedikan sewaktu berkahwin. Rumah gua mesti ahh mahu beli banglo 4 tingkat. Tingkat pertama untuk isteri pertama dan seterusnya. Cukuplah kuota. Wakakaka. Gilalah gua. Seorang saja sudah cukup. Ada taman dekat halaman rumah. Kemudian perlu ada kenderaan iaitu kereta. Bilalah kereta Caldina nak dapat dekat gua nih. Hahaha.
Wah, ada anak nanti mesti seronok gila. Boleh bawa dia pergi main dekat taman permainan. Bangun pagi - pagi buta buat susu. Belajar tukar pampers. Berak busuk jer mesti kena dengar leter dengan aku walaupun aku tahu dia tak faham. Hahahaha. Boleh beli baju yang stylo - stylo punya bagi anak aku pakai. Boleh create bentuk rambut dia kasi jadi spicky ker punk ker mohawk ker. Hahaha. Bila dah besar sikit boleh ahh ajak dia main futsal. Waktu tu aku cakap lah,"Gua dulu kalau lu nak tau juara futsal peringkat kebangsaan kut." Padahal gua kaki besi punya orang. Hahaha. Wah, gila rock cakap dengan anak gua lu. Gila ker apa aku nak cakap macam tu. Kalau besar - besar sikit okay ahh.
Dah tu boleh bawa pergi main bowling ker apa ker. Kasi anak aku bola bowling paling berat lepas tu aku tipu ahh kata tu bola paling ringan. Sah - sah lah aku sentiasa jer menang. Hahaha. Bawa pergi jogging sekali pusing satu taman. Last - last gua yang tertinggal dekat belakang. Kahkahkah. Gua juga sudah merancang mahu menipu mereka seperti,"Makan buah tu jangan telan sekali dengan biji. Nanti biji tu tumbuh dalam perut. Habis keluar pokok dekat mulut adik/abang/akak/along/angah/achik. Kanak - kanak kan manusia yang senang ditipu. Ekekekeke. Lepas tu kalau degil memang gua tarik telinga mereka. Kasi insaf. Kuikuikui. Lepas tu dah mereka start sekolah boleh ahh malam - malam gua tolong diorang buat kerja sekolah. Bawa pergi solat terawih. Wah, indah betul berkahwin dan ada anak. Tambah - tambah anak kembar. Tapi anak kembar nih sebelum nak merasa indah memang kau rasa sakit jugalah. Nak kena jaga dua - dua pula kan. Bila seorang menangis yang seorang lagi pun menangis. Tapi apa susah. Dr Rozmey ada. Pergi jer lah jumpa dia. Hahaha.
Okay! Gua sudah terlebih berfikir pasal masa depan. Hahaha. Gua peduli apa lu muntah ker geli ker baca. Ini cita - cita dan impian gua kut. Doakan gua jumpa wanita yang baik - baik dan keluarga gua bahagia hingga akhir hayat.
Amin!
P/S : Nak Pergi Jumpa Akhbar Khan Lah Si Pakar Mencari Jodoh.
P/S : Bila Kahwin Aku Jemput Korang Tapi Korang Bawa Hadiah Lah. Hadiah Paling Murah Pun Peti Ais 4 Pintu. Tak Pun TV Plasma 50 Inci.
P/S : Bila Kahwin Aku Jemput Korang Tapi Korang Bawa Hadiah Lah. Hadiah Paling Murah Pun Peti Ais 4 Pintu. Tak Pun TV Plasma 50 Inci.
hahahhahaha!! LIsa owhhh lisa~
ردحذفhuh..mintak hadiah tak hengat...tapi semua angan2 tu akan menjadi kenyataan akhirnya kecuali bab nak bahasakan diri "gua..lu" tu mesti tak..ntah2 suruh anak panggil dia walid..hehe
ردحذفchayo chayo
apasal tabuleh belah sangat statement ko nih?hahaahaha
ردحذفaku lucu membacanya..
dan tiba-tiba:
aku juga mahu kawen!haahahah
nur : lisa tu saja2 jer tu...awek gua lebih cun dari lisa punya..cun dekat hati la..muka kalau cun lebih dari lisa atau sama cam lisa kira bonus la tu
ردحذفkniedaz : eh,apa plak xboleh jadi kenyataannya..boleh jer..cuma itu untuk bergurau jer lah...member gua macam tu waktu gurau dengan ayat dia...okay jer gua tgok..
hang jgn potong line aku. lisa aku sorang ja.
ردحذفseeloknya muka macam lisa tapi aurat tutup...lagi sejuk mata memandang. hehehe =)
ردحذفaku nak kawen ngan sapa lak ko dah kawen ngan lisa!
ردحذفhehehe xsalah pkir masa depan..sekurang2 ada impian kn
ردحذفNGAHAHAHAHA~ TP KAN LISA DAH CUKUP CUN LAH~ AKU YG GADIS NI PUN SUKA TGK MUKE DIE. LAWA BEB.
ردحذفhuhuu.. angan2 dengan usaha, insyallah ...
ردحذفwan perlis : hang bukan couple dengan Norlia Ghani punya kawan ke?
ردحذفshukri : aku tak kisah lah..janji hati baik...
apekx : yeah..anda memahami saya..thanks
si tedi : ko kawin la dengan a.r badul..haha
nur : hahah...kiut kan dia...
Teingat pula lagu lama tu geng.. heheh
ردحذفhans.. kalau dah terdetik mau kawen.. perlu harusss kawen tuh hans.... hehehehehee
ردحذفmimie : harus tu tak ap..tak buat tak dosa...buat pun tak dosa
ردحذفjericho : ekekeke..lagu best tu
bagus2 pikir masa depan.. kalau org kata angan2 pun xper sebb dari angan2 lah kita berusaha tuk berjaya dan menjadikannya sebuah relaliti.. moga2 hans berjaya dapatkan apa yg hans hajatkan demi kehidupan di masa depan..
ردحذفcewahhh...
ردحذفnak kahwin sangat kah?
aiyoh.
sabar sabar.
a.r badul???
ردحذفsampai hati yu!! :(
sob sob sob
LISA SURIHANI CUN!!
ردحذفak pun gatai nk kawen..
ردحذفhheheh!
lisa? lu melampau hans haha
ردحذفlisa? lisa surihani?
ردحذفhuhuhuh
jauh sgt tuh bro.
tapi mane taw boley dapat.
weh,
pompuan tak perlu kan sume tuh.
wanita cuma perlukan kasih syg dan perlindungan.
rmh spoloh tgkat ke, kete 13 bijik ke.
tak perlu sume tuh.
hehehehe
bgusnye...dah mengimpikan semue bnde...hhahaha...
ردحذفspe lisa???kate xde calon..huhuuu
ردحذفpergh...suda ader anganan utk kawen da?? ape agy?? kawen cpt2..ahahaha
ردحذفhaida hida : yups..angan2 pencetus kepada kejayaan
ردحذفhizami : sabar la nih..kalau tak dah kahwin dah tadi..haha
tedi : wakakakaka
axim : sebab tu dia suka dkt aku sebab aku kacak..baru sepadan..
jantan keparat : xpayah gtau..aku dah tau ko gatai
naz : haih...asal lak?hahaha
reen : aku dengan ini berani cakap...masa kau dah umur 25 keatas atau dah sampai seru nak kahwin...apa yang kau cakap dkt komen kau tu kau akan tarik balik...kasih sayang n perlindungan tu memang lumrah diwajibkan kahwin...tapi perkara asas tu penting..rumah tu wajib ada..kalau tak hidup kau takkan bahagia...takkan nak duduk menyewa sampai ke mati..nanti kau faham lah..
senandung semalam : angan2 tu perlu..lisa surihani..xkenal ke?
naz : kumpul duit..duit nuff xcukup..haha
Hans: Aku doakan kau bernikah dengan wanita yang baik-baik... solehah... dan yang terbaik untuk kau erk
ردحذفpergh... baik punya angan2.. bakal bape penyanyang nih...
ردحذفaiyooo.. tb plasma??? buleh bankrap nak beli hadiah kawen tu...
hoi ingat kitorang cop duet ke nak belikan kau peti ais tv plasma ni sume?
ردحذفkirim salam je laa.
hahaha~~
weh kawen nanti ajak tau tau~
:P
kenapa aku rasa ank takkan kawen lepas baca entri ni? =.="
ردحذفkau pun nak rebut lisa ngan aku ke?
ردحذفimpian tinggi btul ye :p
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com