Selamat Hari Bapa

Saya mengucapkan selamat hari bapa kepada lelaki - lelaki di luar sana yang sudah bergelar abah/ayah/bapak/baba atau apa - apa panggilan yang melambangkan anda sebagai bapa. Sesungguhnya jasa kalian semua tidak mampu di balas oleh kami semua sebagai anak - anak kalian.

Kalian yang mengazankan kami sewaktu kami baru kenal apa itu dunia. Kalian yang mencari nafkah untuk kami membesar, untuk kami menuntut ilmu, untuk kami menumpang kasih. Kadang - kadang kalian memukul kami tapi itu kerana kalian sayangkan kami. Kami faham kenapa kami dimarahi dan sebagainya kerana kami tahu kalian mahu kami jadi insan sempurna yang berjasa pada keluarga, agama dan bangsa.

Walau apapun yang kami lakukan, jasa abah/bapa/ayah/baba tetap tidak terbalas kerana apalah sangat jasa kami jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan besar kalian. Namun, kami tetap berjanji akan sentiasa berbakti, mengambil berat dan mendoakan agar abah/bapa/ayah/baba sentiasa gembira, sihat, dimurah rezeki dan sentiasa bahagia apabila bersama kami.

Kami sayang kalian semua!

Selamat Hari Bapa!

P/S : 
Hari Bapa Juga Seperti Hari Ibu! 
Sambutlah Setiap Hari Dan Bukannya Pada Hari Ini Saja
.

P/S : Kalau Rajin Vote Lah Poll Warna Oren Tu. 

20 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. gua belum taip lagi hari bapa nanti turn gua pulak haha

    ردحذف
  2. saya sayang ayah!

    *tak mampu cakap depan2. adeh.

    ردحذف
  3. saya pun syang ayah..
    nk ckp depan2 xberani plak..xtaw nape..ego kot..
    tp pape pun ayah saya memang terbaik n saya amat sayangkannya...=)

    ردحذف
  4. taooo xpe..nak ckp depan2,kang di kate "buang tebiat ke?"huhuhu

    ردحذف
  5. oh ayahku, aku sayang padamu, jasamu tak terbalas olehku :)

    ردحذف
  6. aku pun xreti nak cakap depan... blanja mkn boley...hee~

    ردحذف
  7. Selamat hari bapak kpd bapa-bapa dan bakal bapa seperti hans!hahaha..dan bukan hari bapuk!bapuk tak layak utk ada hari..hahaha

    ردحذف
  8. Uiks..sudah Hari Bapa ka? Cepat benau masa berlalu..

    Selamat Hari Bapa untuk bapa bapa..

    ردحذف
  9. Selamat hari bapa..
    kpd semua yg bergelar bapa..!

    ردحذف
  10. ak psl bapa nih no komen~

    eh ko bila lk nk jdk bapa..hahaa

    ردحذف
  11. x sabar nyew nk tggu anak ak wish!!!
    hahahahaa...

    ردحذف
  12. setiap hari aku sth ayah aku.. tapi aku xprnh cakap pun.. aku harap ayah aku mengerti..

    ردحذف
  13. selamat hari bapa juga buat abahku....!!!!!!!!

    ردحذف
  14. aq nak jawab poll..

    tapi xde jawapan aq... hahaha..

    jawapan aq... x minat bola.. hehe

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم