"Berapa Ramai Orang Kita Kena Tipu?" kata Bro Laptop.

Hari Ahad hari tu kan aku ada cakap yang aku pergi Low Yatt sebab teman member aku nak beli Imac dengan notebook. Gila banyak duit dia. Aku dah nak masuk 5 tahun pakai laptop Acer lama nih jer. Nasib tak rosak lagi. Hahaha. Alhamdulillah. Jadi, faham - fahamlah dekat Low Yatt ada berapa banyak plak kedai jual Notebook. Memang kena rajin survey harga dan kena bawa orang yang pandailah bab - bab nih kalau tak mahu kena kelentong.

Kami bergerak 5 orang(aku, Nukman, Jue, Iti dan Fatin). Dalam kelima - lima nih Nukman lah paling hebat sebab dia tahu benda - benda gadget nih ditambah lagi dia pun pernah kerja dalam bidang nih. Jadi, kami pun buatlah survey ke merata kedai. Dalam banyak - banyak kedai tu ada satu kedai nih yang tulis 100% hak bumiputera. Kami singgahlah kedai tu kejap tanya harga bagai. Si abang nih punya berapi - api bagitahu kitaorang macam - macam :-

Dialog 1

Bro Laptop : Saya nak bagitahu kamu semua yer! Saya dan kawan - kawan saya nih jual notebook nih tak ambil untung banyak. Kami dah lama kerja dekat sini. Ramai yang beli dekat kami. Harga asal ialah RM???...korang student kan? kalau student saya bagi potongan RM??. (kalau ikut harga dia bagi lepas diskaun tu adalah kurang dalam RM200 lebih).

Dialog 2
Bro Laptop : Saya nih nak tolong orang saya bang. Buat apa nak menipu bangsa kita kan? Kita meniaga kena jujur. Kalau jujur nanti orang yang beli dekat kita percaya dekat kita lepas tu bawa member - member pula datang beli dekat kedai saya nih. Saya nak cakap dengan awak semua yer berapa ramai orang kita kena tipu? Ada satu customer nih beli dekat kedai depan nih. Minggu depan datang balik sebab dia kata RAM dalam laptop dia tak sama macam dia beli hari tu.

Dialog 3

Bro Laptop : Saya tak paksa awak semua beli dekat kedai saya. Saya cuma nak tolong bangsa saya sendiri saja. Lagipun bangsa kita susah nak dapat tempat dekat sini. Kalau awak semua tengok mana ada bangsa kita sangat dekat sini. Ini pun kita dapat dekat tepi - tepi macam nih jer. Mari saya terangkan apa kelebihan notebook nih.


Hampir 70% perbualan kami dengan bro laptop tu diisi dengan cerita - cerita yang berbau racism. Mula - mula aku ingat aku jer tak selesa tapi rupa - rupanya yang lain pun tak selesa cuma masing - masing buat - buat dengar jer lah. Bagi aku tidak perlulah terlalu menjadi racism sampai sebegitu rupa. Jika cara anda berniaga bagus dan anda paling jujur insyaallah rezeki pasti akan datang.

Mula - mula aku dengan Jue macam percaya juga kata - kata bro nih  berkenaan harga dan software - software yang diberitahu tapi si Nukman nih muka tak ada perasan jer. Lepas tu kami survey tempat lain dan akhirnya jumpa satu kedai yang paling jujur antara semua. Lepas Nukman bagitahu baru aku tahu rupa - rupanya Bro yang dekat kedai 100% Bumiputera tu tipu kaw - kaw punya. Sebagai contoh harga notebook jenama yang kami cari dekat semua kedai lain dalam harga RM1300(belum tawar - menawar) katakan tapi dekat kedai Bro tadi tu dah RM1600(jika diberi diskaun seperti yang dikatakan baru RM1400). Lepas tu Nukman bagitahu aku penerangan yang dia bagi tu tak berapa tepat. Fuh! Nasib tak beli dekat kedai Bro tu. Kalau tak kena tipu kaw - kaw jer.

Aku tertarik dengan ayat kawan aku si Nukman tu,"Dekat sini semua kedai menipu jadi kena cari yang paling jujur dengan harga yang paling menarik." Kami beli dekat seorang abang Melayu tetapi bukan kedai yang Bro tadi tu lah. Abang nih sempoi sikit lagipun dia bagitahu cerita yang lebih jujur berbanding yang lainlah(lebih tepat lagi beliau menceritakan perkara yang betul tentang produk yang kami tanya). Betul juga cakap Nukman. Macam kalau kita jadi promoter, kita kena promosi barang kita pada pelanggan. Takkan kita nak cakap barang kita tak bagus. Mesti sembang nak pom - pom punya nak bagitahu barang kita bagus.

Cuma satu kesilapan yang dilakukan Bro Kedai 100% tu ialah dia memberitahu produknya bagus tetapi dalam masa yang sama cuba menjatuhkan orang lain. Kalau apa yang dia kata tu betul tak kisahlah tapi akhirnya terbukti menipu. Sah - sahlah aku tak akan percaya dia lagi dah. Konon nak tolong bangsa sendiri tapi hampeh! Hahahaa! Kalau nak berniaga tak payahlah busuk hati. Yakinlah yang rezeki tu Allah pasti bagi kalau kita berusaha tanpa memburuk - burukkan orang.

Aku teringat satu promoter yang aku suka cara dia promosi barang. Aku dekat bahagian deodorant dan tengah cuba bau deodorant yang buat ketiak aku semakin seksi..hahaha...tiba - tiba dia datang dan dia tanya aku cari apa. Aku katalah aku saja lah bau - bau benda tu buang masa dekat situ. Kehkehkeh! Pastu dia ajak aku pergi tengok produk yang dia tengah promosi. Tak pernah pula dia kata produk yang aku bau tadi tu ada alkohol ker atau boleh buat kulit ketiak terhakis ker atau sebagainya. Dia cuma cerita pasal kebaikan produk dia dan suruh aku cuba. Wajah pun senyum dan terbukti bau produk dia buat aku rasa seksi. Hahaha.

"Berapa Ramai Orang Kita Kena Tipu?" kata Bro Laptop di Low Yatt.

"Berapa Ramai Lagi Orang Kau Yang Kau Nak Tipu?" kata aku kepada Bro Laptop dalam hati.

Jadi, cubalah jadi peniaga atau penjual dengan sejujur mungkin kerana menjadi jujur tidak akan  membuat anda rugi. Percayalah!

P/S : Nak Beli Barang Dekat Low Yatt Bawalah Kawan Yang Betul - Betul Bijak Dalam Hal - Hal Macam Nih! Sebab Kalau Korang Dengar Penjual - Penjual Nih Bercakap Memang Korang Terpesona Punya! Haha!

27 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tahu takpe.
    skrg susah nak cari org yg jujur.
    gara2 masing2 nak untung lebeyh.
    haish.
    :D

    ردحذف
  2. besela nk untung je tau si bro laptop tu
    bnyk pengajaran kt cite nih
    jadik kena pndai2 la nk idop
    bukan smua org leh caye skang ni kan
    bahaye!

    ردحذف
  3. mujur kau x jadi mangsa si penipu itu..hahhaha

    ردحذف
  4. hans,
    kalau gua, gua dah blah awal2 kalau promoter mcm tu.

    dari cara cakap pun dah tahu niat dia takdelah suci murni sangat. tak yah layan.. harhar..

    *gua tak suka promoter yang ader unsur paksa2 beli produk dia. gua blah lagi cepat. hahaha..

    ردحذف
  5. btw, name atas tue same as here, cume my gmail xde connect ngan mane2 blog, so click laa kt link name ni..trimas..

    ردحذف
  6. mmg klo pi lowyat mmg kene survey siap2...n mmg jgn caye promoter..aku terpegun ko guna ayat terpesona dengar ayat promotor tue..mmg betul laa...haha...time aku student2 dulu rajin laa survey..daa keje survey gitu2 then beli..haha..besenye org yg savvy IT ok sket...kadang2 kesian ngk makcik or pakcik2 yg konon2 nak beli laptop utk anak/family dia...byk kali daa aku dgr promotor gune ayat2 tipu...

    ردحذف
  7. hehehe
    mmg betui pon
    hritu ak p kt sana dgn kwn ak
    lcd dia rosak
    ada la abg melayu ni nk repair dgn harga rm400...ori n guarantee 3 bln
    kami mintak kurg pon dia bg rm20 off ja
    mampuih ak xmo nye...mahal
    last2 skali ak p kt kedai bangla ni
    dpt rm350...ori+guarantee 3 bln
    br puas ati
    hehe X)

    ردحذف
  8. moralnya, kena la amik tau perkembangan terkini supaya tak kena tipu.

    ردحذف
  9. macam tu sekali ya? aku bayangkan macam perniagaan ala-ala kongsi gelap kat China...hehehe

    baru plan nak pergi sana...

    kau ni asyik tanya faye je, jatuh hati dkt dia ke?hehehe

    ردحذف
  10. Dalam perniagaan, mcm2 jenis manusia ada bro. Yg menipu tu biasalah. Kalau aku nak beli brg, aku tak peduli kedai tu Melayu ke, Cina ke, mat saleh ke asalkan servis ok, harga terbaik aku akan beli.

    Pasal rasis ni, kdg2 dlm diri aku timbul perasaan ini. Tp bila lepak dgn member sekolah yg berbilang bangsa, hilang terus semua tu. Hehehehe...

    ردحذف
  11. huh..x suka lar kalau orang promote macam bro tuh...nampak sangat nak suruh orang beli yang dia jer..

    ردحذف
  12. Errr... Air kat kampus aku dah ada. Tapi hari ini kembali tidak ada. Hahahaha! Ketawa paksa. :P

    ردحذف
  13. Payah nk cakp... tapi itulah realiti... berniaga nak cepat kaya ja.....huhu

    ردحذف
  14. klu aku yang p..konpem cepat jek dia kelentong....sbb aku mls nk pikir panjang kadang2......hehe...

    ردحذف
  15. hhuhu sib bukan aku yang pg..cnfm2 kna tipu :p

    ردحذف
  16. Sihat saja ni.. Bro Hans sihat ker? Wa.. beli Imac? berapa la boleh dapat dekat sana? Dah lama mengidam Imac ni. Hari tu ada jalan2 dekat Lowyat, memang nak pening tengok dorang promot barang2 ni.. siap compare2 dengan kedai2 sekitar sana lagi...

    ردحذف
  17. Student rebet kan RM200 tu. Best juga nih.. ni kena angkat satu ni.. haha

    ردحذف
  18. kalau melibatkan duit dan keuntungan,orang sanggup buat apa je.

    ردحذف
  19. susah nak nampak kejujuran di low yat..hak3

    ردحذف
  20. aku sokong gile entri ni.kat low yatt pnuh dgn ancaman! ahah

    ردحذف
  21. nak gi lowyatt kena bawak mamat terel bab gadjet~
    kalau macam i hidup2 kena tipu..=))

    ردحذف
  22. tu la psl .ckp camtu sbnrny bkn betul2 nk tolong pon .

    ردحذف
  23. bisnes mulut mesti manis bang :)

    ردحذف
  24. tengah survey nak cari apple baru nih . takut la dengar cite nih

    ردحذف
  25. bro beli laptop tengok spec,kalau spec cicak tu diapa untung dlm rm300~400 je
    klu top spec pon dlm rm500~600..pandai2 je la...semua kedai cam mane murah pon ade untung juga
    klu nk murah,register 1 nama company...ambik kat dealer je..lagi murah..

    ردحذف
  26. bro beli laptop tengok spec,kalau spec cicak tu diapa untung dlm rm300~400 je
    klu top spec pon dlm rm500~600..pandai2 je la...semua kedai cam mane murah pon ade untung juga
    klu nk murah,register 1 nama company...ambik kat dealer je..lagi murah..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم