Sebelum menonton game antara Spain dengan Germany tadi memang banyak betul tawaran daripada rakan - rakan yang meminta untuk join mereka menonton bersama - sama. Malangnya kesemua tawaran itu dibatalkan pada saat - saat akhir kerana masing - masing nak layan dekat rumah sendiri. Mula - mula aku dah rasa macam kecewa jugalah sebab kalau pergi tengok sorang - sorang rasa macam loser gila pula. Tiba - tiba ada 2 tawaran untuk join dan aku pilih untuk join budak kelas sendirilah.
Trimas pada Eman dan juga kepada Jazli kerana mengajak dan memberi saya peluang untuk menumpang kereta dan seterusnya merealisasikan impian untuk menonton perlawanan yang mendebarkan ini(ayat skema gila). Nasib waktu datang situ masih ada kerusi kosong. Memang ramai gila orang! Waktu game baru bermula memang tempat dah habis dah sebab kerusi semua sold out...hahaha! Saja gua usha dekat tangga sebab ramai plak berdiri dekat situ. Alih - alih gua terpandang seorang blogger. Tapi gua tengok dua kali jer! Pertama terpandang dan kedua gua renung kejap sebab nak pastikan betul ker tak. Dan terbukti betul selepas disahkan tuan empunya diri. Hahaha.
Sorry tak dapat tegur ekau bro sebab game dah start. Gua kena fokus! Hahaha. Bestnya ada vuvuzela dan tak tahan siap bawa apa benda yang dalam Marching Band yang ketuk - ketuk guna dua - dua tangan tu. Memang gamat gila! Perlawanan pagi nih bagi aku memang menarik sebab Spain pun main laju gila. Selalu main slow - slow tapi mungkin sebab Germany guna formasi 4-5-1 jadi mahu tak mahu Spain pun kena bermain pantas untuk mengekang asakan penyerang Germany. Alonso banyak mensia - siakan peluang jugalah. David Villa yang aku perasan memang dikawal ketat!
Mentang - mentang pemain Germany kaki panjang dan tinggi - tinggi seronok jugalah diorang buli pemain Spain waktu awal - awal tu. Hahaha! Tapi alhamdulillah berkat tandukan 'Mama Juwie' a.k.a Puyol buatkan Spain berjaya ke final. Patutnya Spain boleh menang lebih dari 3 gol tapi satu kelemahan Spain yang aku perasan pemain dia jenis tamak bola. Maksud disini kalau boleh nak jaringkan gol sendiri supaya apabila menang orang akan kata Spain menang kerana gol mereka. Aku rasalah!
Apa - apapun perlawanan tadi memang menarik dan mendebarkan! Selepas permainan habis aku terdengar ramai gila yang rata - ratanya penyokong Germany yang berhajat nak bunuh sotong bernama Paul tu. Hahaha! Kesian sotong tu! Dia tak bersalah kut! Hehehe! Apa - apapun, tidak sabar menanti perlawanan akhir antara Spain dan Holland! Tak sangka 2 team pilihan aku akhirnya bertemu di final tapi mestilah aku pilih team pilihan aku dari awal lagi iaitu Spain. Tak kisahlah menang ker kalah ker waktu final nanti janji biar perlawanan menarik. Apa - apapun, tahniah Spain!
=
P/S : Esok Tak Ada Kelas! Boleh Tidur Dengan Aman!
tahniah la yerk encik!
ردحذفwah
ردحذفgumbira betul incik hans ye
cik oren kemain sengih lagi
heee ;)
tggula lawan the oranje nnt .hehe .
ردحذفtahniah2.. sesungguhnya SPAIN yg terbaik.. hehehe
ردحذفsiot kalau german kalah makna nya tak hairan kalau spain juara :)
ردحذفsian sotong tu. dia tak bersalah! hahahaaa goreng pun sodap :)
ردحذفVIVA LA ESPANA FINAL. .GRACIASX3. . . . hehe.
ردحذفwah.
ردحذفtahniah la pasukan feveret ko menang.
adeh.
aku ingat germany gi final.
siottt je.
wah..wah..lepas ni tgk game last la pulak ye..
ردحذفSi Pedro terutamanya.. tamak bola..
ردحذفkekkekeke
yg penting semangat berjuang 2..
ردحذفye Spain mesti menang....x sbr nk tgk final..
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com