"Hello! You Want This? Take It!," kata Jason Mraz kepadaku.

Kisah ini masih berkisar pada hari Ahad yang lepas. Selepas urusan pembelian notebook dan Imac rakanku itu selesai maka kami pun pergilah ke Times Square. Mula - mula tu bercadang nak main roller coaster dalam tu. Dah singgah dah tapi rasa macam mahal pula. Akhirnya, si Jue cakap lain kali pergi Genting lah sebab katanya lagi berbaloi. Tak tahulah aku tahun bila dapat pergi Genting tu. Hahaha.

Kemudian aku bercadang nak pergi main bowling dan dah masuk dah pun dalam tempat bowling tapi tiba - tiba rasa tak ada mood sebab malas nak beli stokin. Hahaha. Last - last kitaorang semua melepak dekat Mcd situ. Punyalah ramai orang termasuk pelancong - pelancong asing.

Ada satu mamat nih sangat stylo. Rambut dia afro, pakai topi, baju kemeja kotak - kotak dan pakai jeans. Sekali pandang macam Jason Mraz versi Arab pun ada. Hahaha. Jadi, aku gtau lah Jue cakap aku nak buat rambut afro macam tu lah. Ekekeke! Aku pujilah cara mamat tu bergaya. Kebetulan, meja sebelah kitaorang pun ada mamat arab juga. Lebih kurang macam tu jugalah. Pakai topi, rambut afro sikit - sikit dan kemeja kotak - kotak.

Tiba - tiba sedang aku borak dengan member aku tu tanpa disangka - sangka dia pun bersuara :-

Jason Mraz : Excuse me! Hello! You want this?

Aku & Jue : Really? You want to give us? It's free?

Jason Mraz : Yeah! Sure! Take it okay! (senyum sambil memberi 3 gelas hadiah tu pada aku)

Aku @ Jue : Thanks!


Gelas Nih Lah


Mula - mula rasa macam nak bawa balik semua tapi dah si Jue pun ada di tempat kejadian maka aku ambil satu jer lah! Hahaha! Satu bagi dekat Jue dan satu lagi dekat Nukman. Apa yang aku perasan si Mat Saleh, Minah Saleh, Pak Arab, Mak Arab, Si Afrika boleh dikatakan tak mahu ambil gelas nih. Bukannya kena bayar pun. Dah kau beli set dan dapatlah free benda nih tapi diorang taknak. Hahaha.

Apa - apapun, thanks lah Jason Mraz versi Arab kerana membeli gelas itu.  Aku rasa dia ingat aku puji dia kut sebab tu dia bagi kelas tu. Padahal aku puji orang lain. Hahahaha!

Dapat tambah stok gelas dekat rumah. Hohohoho!

P/S : Mengantuk Betul Hari Nih!

10 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. salam,

    hahahaha...adoi..pelik la orang lain xnak..kah3...

    mamat tue baik ek? haha..mungkin dia dengar ko puji..rezeki..kekekek

    ردحذف
  2. wah...da bleh wat set hidangan minuman untuk raya nnti

    ردحذف
  3. haha.terus ko letak sebagai lagu kat blog.bagus betul.

    nanti aku nak satu gelas tuh.aku baru ada satu untuk promosi baru ni.haha.sbb sdg kurangkan makan mekdi.keh3.takmo terlalu banyak ngap fries nonstop ngan gi topap coke nonstop jugak.

    haha.

    ردحذف
  4. erk...best ke dapat gelas???.. muahahaha (<--nada dengki)

    ردحذف
  5. rugi aku xde kat situ.. hahahahah...

    ردحذف
  6. lain kali amek byk2 buat giveaway :p

    *tolong promote ni:))

    http://enykikilaladediamond.blogspot.com/2010/07/how-to-get-free-passes-to-mtv.html

    "Cepat!!! Jumlah pass percuma terhad dan tidak dinyatakan pula berapa bilangannya! Mungkin sesiapa yang memberi nombornya kepada saya bertuah untuk mendapatkannya!!! Cubalah!"

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم