Sumpah Kali Nih Saya Tak Sombong! Memang Betul Saya Tak Dengar Apa - Apa!

Hahaha! Tajuk nak bersaya - saya lah pula. Ekekekeke! Hari nih aku rasa HARI PERTEMUAN SEDUNIA SEJAGAT kut! Pagi tadi aku terjumpa dengan budak - budak junior Melaka dekat fakulti tadi. Aku borak kejap jer lah sebab nak balik. 

Dalam masa yang sama sebelum nak balik rumah tu sempat borak - borak kejap dengan classmate bincang nak lunch dekat kedai mana. Tengah bincang - bincang tu ternampaklah budak - budak Sport Science ke apa depan fakulti aku sedang berjalan. Aku tengok macam kenal jer budak tu. Yeah! Gua kenal! Budak sekolah lama gua. Dulu gua rapat gila dengan dia tapi gua selalu juga gaduh dengan dia. Last - last gua tak rapat dah pun. 

Semua nih sejarah zaman jahiliah gua. Gua dah lupakan sakit hati gua! Gua pun tak simpan dendam apa dah pun sebab gua rasa ramai manusia gua kenal dulu jenis suka tikam dari belakang. Bukan gua maksudkan budak sekolah lama gua tu tapi orang lain yang ada disekitar gua waktu tu. Selepas 6 tahun gua rasa gua semakin matang dalam bab nih dan gua rasa tak perlu nak simpan perasaan marah ker dendam ker apa ker. Apa dah berlaku biarlah berlalu!

Gua ingat dia dah balik dengan member dia dah. Alih - alih waktu gua tengah nak balik tu dia jerit nama gua dari belakang. Walaweh! Macam mana dia boleh kenal gua nih? Gua pakai helmet pun dia cam! Hebat tul! Gua pun toleh belakang pastu gua angkatlah tangan! Lepas tu terus blah pergi restoran Ummi. Lagipun, gua serah pada member gua bawa motosikal gua tadi. Gua yang menjadi pembonceng. Hahaha! Setelah 5 tahun tak jumpa akhirnya terserempak juga walaupun tahu dia memang belajar dekat situ.

Lepas tu ada kelas petang membawa ke malam. Waktu dah habis kelas gua guna lif lah sebab malas nak turun tangga. Padahal tingkat 3 jer pun. Hahaha! Pintu lif terbuka terserempak pula dengan junior gua dari Melaka juga. Lama betul tak jumpa dia. Rambut dah terpacak sekarang. Hohoho! Kemudian, tadi sekali lagi pergi makan satay dekat kedai Abang Gemuk. Satay dia paling sedap buat masa nih sepanjang hidup dekat bumi Shah Alam.




Sebelum pergi makan satay tu aku, Fizi, Mr & Mrs Pit pergi isi minyak kereta diorang dulu dekat stesen Petronas tepi Old Town dekat pintu belakang Uitm tu. Aku menujulah dekat cashier tu. Ada 2 orang. Aku cakaplah,"Abang! No 11 yer!" sambil menghulurkan not RM10. Lepas tu aku tengok muka cashier tu macam pelik - pelik jer pandang aku. Nak kata macam terkaku tergamam pun adalah sikit - sikit. Aku dah mula confuse. Ada resit ker? Tapi aku blah jer lah terus!

Lepas tu waktu kereta bertolak tiba - tiba si Pit cerita dekat belakang.

Pit : Oit, tadi cashier tu jerit - jerit panggil nama kau. Hans! Hans!

Aku : Eh? Cashier mana pula nih Pit?

Pit : Cashier Petronas tadi! Aku dengar dia panggil nama kau! Aku terkejutlah juga! Kawan kau ker tu?

Aku : Eh, bila masa dia panggil aku?

Pit : Ada! Dia panggil kau tadi! Lepas tu dia bagitahu member dia bila member dia tanya siapa Hans?

Aku : Adoi! Sumpah aku tak dengar apa - apa weih! Adoi! Nih aku risau nih!

Pit : Kenapa pula?

Aku : Nanti tuduh aku sombong ker apa pula. Sumpah aku tak dengar apa - apa weih!


Hans! Hans! Hans!


Aku pun tak pasti cashier tu siapa! Sama ada memang betul blogger atau kawan sekolah lama. Tapi kalau kawan sekolah lama bukan semua panggil Hans. Yang panggil pun budak - budak kelas dengan dorm dan siapa - siapa yang aku rapat jer lah. Kalau budak Uitm memang panggil Hans tapi mestilah aku kenal kalau tu budak Uitm.

Jadi, aku merasakan mungkin cashier lelaki tadi adalah seorang blogger barangkali atau pembaca. Aku nak tegaskan dekat sini aku bukan nak kata aku femes ker apa ker sebab memang tak femes pun. Aku cuma nak bagitahu kalau betul cashier yang tegur aku tadi tu blogger atau pembaca blog aku...aku nak minta maaf sebab memang betul aku tak dengar apa - apa. Kalau dengar mesti aku toleh punya.

Aku nih kadang - kadang ada masalah pendengaran sikit. Lagi satu bila aku pergi mana - mana sambil berjalan kaki aku tak suka pandang orang sekeliling melainkan waktu tengah duduk makan atau berborak - borak. Jadi, kepada sesiapa yang tegur aku tadi tu harap sudilah bagitahu dia siapa jika terbaca entry ini yer.

Memang kadang - kadang aku rasa aku sombong tapi untuk kes tadi aku memang tak terniat nak menyombong diri ker apa sebab memang aku tak dengar apa - apapun. Sekali lagi aku minta maaf dan jangan kata aku sombong yer bro cashier!

P/S : Rezeki Aku Murahlah Hari Nih! Alhamdulillah!

Pengumuman Tambahan : Aku Dah Tahu Siapa Yang Tegur Aku Tadi. Hahaha!

20 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. mgkin teman blogger kot.. H.P.B ni kan femes skank.. xper.. tak di sengajakan kan.. saya pn pernah kne tpi kalau org tau kita mcm mne, dia pn akan faham keadaan ni.. :)

    ردحذف
  2. eh hans lu popular apa :) gua pun malu nak jumpa lu hahaha

    ردحذف
  3. wah!!gler la kau ni hans!!kau femes kan??heheh...sebenarnya yang pggl kau tu,aku!hahaha..(harap2 hans percaya)

    ردحذف
  4. aku punya la penat pggl kau td. sampai hati kau tak dengar kan. ahaha.

    ردحذف
  5. hehehe aku pun kdg2 mcm tu jgk? org pggl x dgr pun? hehe

    ردحذف
  6. xpa hans.. kalau blogger dia tentu baca entry khas ini... kekadang mmg kiter tak perasan orang.. kiter mula la tgk cam ala ala pelik... hihihihi.. mie pun slalu dalam situasi tuh.. tapi senang .. sebab mmg dah asing asing kan nama panggilan mie... kat skolah panggil lain.. kat uitm panggil lain.. kerja panggil lain.. la nie sambung belajar pun panggil lain.. so leh detect dari mana kenal.. hikk hikk

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

    ردحذف
  7. if blogger hopefully die baca lah entry nie.
    takpe hans, bukan sengaja pun kan...
    :)

    ردحذف
  8. nape tak guna speaker kat petronas tu. Biar semua org pandang

    ردحذف
  9. pergh hans, glamour habis
    hebat bro
    klu ak jumpa ko nnt, nak autograph boleh? haha

    ردحذف
  10. wah femes hang skrg ni incik hans!

    ردحذف
  11. aku confuse nk comment ape..ade idea x

    ردحذف
  12. kering tekak aku pggil ko tau tak. =___=

    ردحذف
  13. Haha.. Aku pun kengkadang camtu jugak.. Normal lah tu... Usah bimbang...

    ردحذف
  14. ekau mmg fames kan.... =)

    nanti klu den jumpa ekau, den jerit pakai pbasar suara...hehehe..!

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم