Mencari Jiwa Yang Tercicir! Mencari Jiwa Yang Hilang!

Aku sangat - sangat merindui suasana dahulu. Walaupun waktu itu kehidupan sentiasa dilanda kesibukan yang maha gila macam nak mati! Walaupun ketika itu terasa tension yang teramat hingga tergamak meninggi suara! Walaupun saat itu merimaskan walaupun badan sudah dibasahi dengan air mandian! Tapi, suasana dulu memang seronok! Sumpah seronok!

Campaklah dimana - mana pun mesti akan buat hati ini rasa gembira! Sama ada sewaktu kerja atau di luar kehidupan akademik! Tapi, sekarang aku dah kurang merasai semua tu! Kenapa yer? Kadang - kadang aku rasa aku dah bagi yang terbaik! Aku dah cuba yang terbaik yang aku mampu! Tapi, tak tahulah kenapa! Semuanya macam tak menjadi! Kadang - kadang benda tu memang dah berjalan mengikut apa yang aku hendak tapi di pengakhirannya benda tu juga yang akan buat semangat aku jatuh!

Mungkin suasana sekarang yang buat jiwa nih jadi lain macam dan secara tak langsung memberi kesan pada benda lain! Kadang - kadang kita kena ingat bila kita bersama maka jadi kan benda tu sesuai dengan nama bersama. Kadang - kadang kita tak boleh terlalu tamak sebab ada benda yang kita perlu kongsi bersama - sama. Dahulu dijanji lain tapi kini lain pula cara janji itu ditunaikan.

Sedih juga kadang - kadang dengan mentaliti yang hidup. Bercakap seperti tahu segala tetapi di akhirnya tiada apa - apa sangat pun yang boleh dibangga. Kadang - kadang bercakap tanpa hala tuju. Cakap memang senang! Hakikatnya, memang perkara itu berlawanan. Alhamdulillah, masih ada beberapa insan yang sentiasa ada untuk sama - sama berduka dan bergembira di kala waktu memerlukan. Aku sangat bersyukur.

Apa - apapun, aku rindukan suasana lampau! Waktu aku rasa benda yang aku buat semuanya bermakna! Semuanya indah! Semuanya ada tujuan! Aku harapkan semangat tu datang! Walaupun ada insan yang cuba mencabut dan melempar jauh semangat itu dari dalam diri aku namun aku cuba kejar kembali walaupun mungkin mengambil masa namun aku tidak mahu jiwa itu terus hilang dari diri aku.

Insyaallah, aku akan dapat mengejar kembali jiwa itu. Jiwa mahal! Jiwa yang kental! Jiwa yang sentiasa membuatkan bibir aku terukir senyum tanpa perlu dipaksa - paksa! Itulah jiwa aku selama ini! Hilangnya jiwa itu ibarat hilangnya nafsu mencari setitik cahaya kejayaan di luar sana. Aku janji aku perlu kejar jiwa itu kembali!


P/S : Rindu Kalian Semua Yang Pernah Bersama Aku Di Waktu Dulu! 
Mahu Memeluk Sambil Memandang Tepat Pada Anak Mata Hitam Kalian! 
Sayangnya Kalian Adalah Wanita! Hahaha!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

10 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. eh? aq nampak jiwa ko tadi... jap2.. aq g ambil...

    nah (0 0)
















    ches~ sekali nih hidung ko der... silap2... ngehahaha

    ردحذف
  2. biasala..
    zaman dulu2 semua seronok..
    tak yah nak risau pape..
    skang ni..
    adehhh

    ردحذف
  3. hm.. pernah merasa sedemikian.. hehehe.. (komen gaya ayat skemma).

    ردحذف
  4. klau tingat zaman dulu mmg best. tp yang tinggal cuma kenangan lampau yg cukup untuk wat kita tersenyum bila dikenang..dan cukup wat kita menangis bila itu adalah antara yang terindah

    ردحذف
  5. bersusah2 dahulu hans.. mana tau suatu masa nanti rezeki datang.. =)

    ردحذف
  6. salam ziarah di bln penuh keberkatan.moga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya...

    ردحذف
  7. heyy hati kamu sedang mengalami kematangan. sabar menanti dia ya :)

    ردحذف
  8. hans,

    salam ramadhan..maaf yer sis jarang dpt jenguk ke cni...xterkejor entri kamoo..

    apa2pun,life is like a wheel , rite?

    idup kat akhirat je kekal nnti..moga syurga buat kita semua nnti..

    ehem! lisa surihani mai blog sis ! jom intai ! ;p

    http://ummi-hanie.blogspot.com/2010/08/lisa-surihani-datang-blogku.html

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم