Dari lagu Maher Zain aku ubah terus pergi lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Padahal nak balik kampungnya Jumaat minggu depan. Hahahaha! Tak silap aku lah antara ramai - ramai housemate rumah aku nih, aku seorang rasanya yang masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga tercinta lagi nih. Fuh! Minta - minta masih berpeluang berbuka dan bersahur bersama - sama. Amin!
Sudah beberapa hari aku tak bangun sahur! Memang tak sedar! Kunci jam macam mana pun mesti yang aku sedar aku akan diamkan handphone aku tu dan tukarkan waktu untuk hp aku tu berbunyi balik pada jam yang seterusnya. Hohoho! Tapi, berbanding dekat Melaka dulu aku rasa dekat Shah Alam nih lagi bagus. Dulu dekat Melaka, budak - budak rumah aku semua bersahur tapi aku sorang ja terbongkang tidur dalam bilik. Hahahaha!
Cuma kadang - kadang aku pelik! Ada sesetengah manusia yang walaupun bangun bersahur tapi masih tak mampu nak berpuasa! Peliklah! Bagi aku manusia macam nih mengalahkan budak - budak kecil! Aku tadi pergi bengkel sebab nak tukar bateri motosikal aku. Signal lampu motosikal dah tak keluar cahaya dah. Aku nak pergi ke kanan nanti pemandu lain ingat aku nak ke kiri. Nasib umur panjang.
Nak bunyikan hon motosikal pula macam tak perlu jer. Sebab bunyi kentut aku kuat lagi dari bunyi hon motosikal aku. Hahahaha! Tapi lepas dah tukar bateri motosikal nih dah memang bunyi hon motosikal aku sangat kuat dan bertenaga. Kuikuikui! Apa - apapun, macam biasalah duit aku waktu bulan puasa nih mengalir laju betul! Macam air terjun pula lagaknya! Huh!
Gambar Hiasan
Nak dijadikan cerita ada 4 orang mekanik dekat bengkel tu. Dua orang melayu. Seorang cina dan seorang lagi tak dapat dikenal pasti. Yang dua orang mekanik melayu nih betul kan motosikal aku. Tiba - tiba yang Melayu seorang nih selamba badak jer teguk air mineral botol besar depan aku. Aku pun fikir positif lah."Dia nih Siam bukan Islam kut. Kalau tak takkan dia minum depan aku." Hohoho!
Alih - alih si mamat tu boleh pula menyanyi lagu Wali Band sambil membetulkan motosikal aku tu. "Yankkkk...Coba engkau...." Haih, mamat nih minat pula lagu Wali Band.
Tiba - tiba kotak bateri motosikal aku tu terjatuh dan seraya itulah mamat tu menyebut "Allahuakbar!"
Sah! Sah! Islam rupanya! Jadi, memang betul lah dia tak puasa! Tiba - tiba bro Melayu yang lagi sorang tu pun suka hati dia jer minum depan aku! Mak aih! Selera aku tengok dia minum! Air masak tu dia minum macam air tembikai laici jer! Dah tu, berani pula dia order mee goreng mamak dekat belakang tu depan aku!
Aku nih jadi serba salah pun ada. Nak tegur kang tak pasal - pasal dia jahanamkan motosikal aku plak. Tak tegur rasa hati tak tenang. Akhirnya, yang aku ingat selemah - lemahnya kita berdoa dalam hati. Aku pun doa jer lah moga diberi hidayah! Lepas habis dua - dua mamat tu betul kan motosikal aku. Aku cakaplah terima kasih. Ikut hati nak ucap selamat berbuka tapi masalahnya diorang dah berbuka lebih awal dari sepatutnya. Hohohoho!
Budak Nih Penat Puasa Sampai Macam Nih Jadinya.
Entahlah! Memang kerja diorang tu penat tapi masalahnya bukankah puasa itu satu kewajipan? Ada lagi pekerjaan yang lebih penat dan mencabar daripada menjadi seorang mekanik tapi mereka masih boleh berpuasa. Paling tidak jika betul pun tidak puasa tak payahlah ditunjuk depan - depan. Malu pada orang bukan Islam. Apa pula pandangan mereka pada kita orang Islam nih pula nanti.
Ramai orang suka berkata,"Lihatlah pada agama! Jangan lihat pada penganutnya!" Kadang - kadang memang betul tapi bukan semua orang berfikir seperti mana kita fikir. Sebab, apa - apapun kita akan pandang pada kelakuan orang tu juga. Jadi, siapa anda sebenarnya akan mencerminkan agama anda juga pada pandangan orang lain.
Seperti kes buang bayi sekarang. Memang boleh kata hampir semua berita yang dilaporkan melibatkan gadis Melayu. Bukannya tak ada kaum lain! Ada tu ada! Tapi, bila kita kata Islam tu agama yang penyayang, yang suci dan berbagai - bagai lagi tapi bila orang lain melihat si pelakunya Islam memang sikit sebanyak memberikan mesej yang buruk pada agama kita yang tercinta iaitu Islam.
Aku pun bukanlah baik sangat! Tapi, paling tidak tolonglah ubah sikit perangai kita! Kalau bukan bulan puasa kita kata kejahatan yang kita lakukan angkara syaitan! Tapi, kalau dah bulan puasa kau jadi lebih jahat dari hari - hari sebelum datangnya Ramadhan...Siapakah syaitan yang menghasut kau kalau bukan nafsu kau sendiri?
Merdeka sudah semakin hampir tapi apa sebenarnya maksud dan pengertian merdeka dalam diri kau? Adakah kau suka merdeka kerana dapat cuti? Adakah kau betul - betul menghargai kemerdekaan itu? Adakah hadiah kemerdekaan kau yang nak kau berikan pada negara, bangsa dan agama kau ialah persetubuhan haram atau seks bebas dan 9 bulan mulai sekarang maka bersepah lagi berita di televisyen atau surat khabar pasal kes buang anak? Fikir - fikirkanlah!
Kepada yang suka ponteng puasa pula cuba jadikan kanak - kanak kecil yang berpuasa sebagai role model kau! Paling tidak tolonglah tanam dalam diri tu,"Aku rasa malu! Aku rasa lemah! Aku rasa aku teruk sangat jika aku tak puasa tapi kanak - kanak umur 4 atau 5 tahun boleh berpuasa penuh!" Kita dah besar jadi pandai - pandailah fikir.
P/S : Aku Sebenarnya Nak Tulis Pasal Perasaan Nak Balik Kampung
Tapi Dah Melencong Jadi Syarahan Benda Lain Pun Ada.
Tak Apalah! Harap - Harap Ambil Lah Benda Yang Baik
Yang Ada Dalam Entry Nih Yer.
aku memang sahur setiap pagi!
ردحذفwajib weyh!
kalau tak, lembik semacam aku~
ahahahahahaah
aku nak like bnyk kali hans...
ردحذف100000000000000000000000000000 likee
hahahhhaa
haha~~jauh kau terpesong~~haha~~lain citernye~hehe
ردحذفnice one bro
ردحذفsama-sama kita saling ingat-mengingati
entri balik kampung yg sarat dgn nasihat,haha
baguih2
ni dah memang terlampau excited nak balik kampung ni..
ردحذفyela sape tak nak kan buka puasa di kampung sebelum raya ni..
cter all-in-one ni..berisi n mantap!
ردحذفnoga tercapai hasrat nak berbuka kat kampung
aku pun xberbuka dan bersahur lg dgn keluarga aku.. aku sahur time dpt bgn jer.. heheh..
ردحذفbetuk tu.. patutnya pd bln yg mulia inilah ibadat dipertingkatkan bukannya maksiat.. aduh!
mamat kat kedai moto tue tak puasa lantak die la.. belom ada kesedaran lagi kot.. papehal pun selamat berpuasa dan balik beraya dikampung dengan selamat..
ردحذف1 Malaysia menjana transformasi sempena tema bulan kemerdekaan tahun nie.. semoga negara kita kekal harmoni.. Merdeka..!!
Sekian
benci buka blog hang!
ردحذفawat pi buh lagu balik kampung????
why oh why???
moga2 ada kesempatan Hans!
ردحذف=)
karangan tepesong. tak kisah ar. slmt pulang ke kg nnt k :)
ردحذفaku pun belum smpat nak balik buka kat umah ni.. :D
ردحذفem, mmg geleng kepala je la..kalau ye pun tak puasa, g la sorok2 sket..ini tak. kena dgn jabatan agama islam, naya je kena naik kereta mayat.. itu malu kat dunia, kat akhirat? hmm..
Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?
haha.. org tua ne makin tua makin susah nk ajar bro. so ak rs bab ponteng xleh nk wt ape daa.hehe
ردحذفtu la, tiba2 ckp pasal merdeka. haha~
ردحذفorng fikir nk raya je, yg fikir merdeka er....
P/s: puasa aku ok je. Ko?
hans, kau balik kampung bila
ردحذفhuh bnyk gak huraian hans..mantap sih,,yehh balik sama ari ngn sy ke kg.tp kg lain2..bas lain2 gak,
ردحذفhurm....ada yang tak penat bekerja pun dengan selamba hisap rokok depan kedai aku. ape cer??? diorang ni tak hormat ramadhan langsung...:(
ردحذفaku kalau sahur kene makan nasi...kalau tak, kompem perut bunyi sepanjang hari...
ردحذفtp time buka minum air, kurma dgn kuih sikit pun dah kenyang...
ahak!!! :) nway, selamat balik :)
ردحذفslamat berpuasa hans.....
ردحذفslamat berpuasa hans.....
ردحذفuikhh..byknya cerita.. tp x pe..bermanfaat utk difikirkan oleh sume.. :)
ردحذفbtw, akak pun benci gak org yg x posa dgn alasan sbb x bangun sahur.. kot budak kecik blh ler paham tp kalau dah tua bangka xkan x blh posa lalu kot..nyampah tul..
emmm.rmai je kot yg xpuasa..
ردحذفada yg puasa tpi xsolat..xtahu la nk ckp ape lg....
nanti mai umah tok aku kat kepala batas hans..
ردحذف=))
hmm.. aku pun selalu malas nak sahur.. haha
ردحذفsahur memang wajib walaupun sikit je makan, takut nanti layu keesokan pagi
ردحذفrugi x bagun sahur tau...macam2 berkat ado..
ردحذفcepatnya dah 16 ramadhan...
Ya Allah Hans..
ردحذفKalo ak..
ak memg lempar motor kat owg x pose tue!
kuang aja!!!!
wah! x sabar balik kmpung ke? ape2pun smoga dapat berjumpa keluarga semula! have a nice day!
ردحذفhahha..adoi..ada jgk mcm tu..sabar je aku tgk~
ردحذفn3 2 dalam 1~~ ahaha..
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com