Bermula malam raya aidilfitri sehinggalah malam raya ke-3 semalam, aku agak sibuk jadi memang tak mampu nak berada depan laptop dalam jangka waktu yang lama. Laptop sentiasa online namun orangnya tak ada depan laptop. Itu pun ada orang kata aku online 24 jam. Ialah! Aku online jer tapi tak main pun. Maklumlah! Streamyx guna banyak mana pun bayar sama juga. Kalau macam dulu - dulu guna Dial - Up memang dah lama bankrupt. Hahahaha!
Jadi, aku suka letakkan di status facebook aku dengan ayat seperti ini,"Jika Komen Anda Berbalas Itu Tandanya Juon, Mak Lampir Atau Suster Ngesot Yang Tolong Balaskan!" Atau "Tidak Ada Sesiapa Di Depan Laptop. Jika Komen Anda Berbalas Itu Tandanya Juon, Mak Lampir Atau Suster Ngesot Sedang Curi - Curi Menggunakan Laptop Ini!" Ramai juga marah - marah sebab aku takutkan mereka. Kehkehkeh!
Suster Ngesot
Mak Lampir
Ju On
Nak dijadikan cerita(tangan ala - ala Makcik Rokiah tengah mengumpat dengan Mak Limah) semalam tengah seronok aku dok join seorang kawan blogger baru, Zami nih menyakat si blogger Zara dekat FB tiba - tiba aku dikejutkan dengan teguran dari rakan Yahoo Messenger(YM) yang muncul depan skrin laptop aku. YM tu bertaipkan tulisan HELLO. Aku baru nak balas bila tiba - tiba baru aku perasan macam pelik sikit tengok akaun YM tu.
Aku rasa ramai blogger kenal pada Allahyarham Hisham yang nama blog nya Unrestmind. Aku tak nafikan aku agak rapat juga dengan beliau dulu. Lagipun, Allahyarham juga antara orang yang galakkan dan suka bagi sokongan pada aku untuk menulis. Bila terpandang YM beliau yang tegur aku semalam tiba - tiba bulu roma aku meremang. Serius aku cuak! Aku cuba buzz dan tanya balik ini siapa tapi tak ada balasan.
Bila aku kongsi dekat FB dan selepas itu blogger Farhana pula bagitahu yang YM si Allahyarham memang online sentiasa dan beliau pun berkata sis Jard pun bercakap begitu dekat dia. Aku tak tahu pula sebab dekat senarai list YM aku tak pernah pula nampak icon YM allahyarham berwarna oren. Waktu beliau masih ada dulu kalau dia online selalunya icon dia warna oren melainkan kalau invisible memang warna kelabu.
Kemudian selepas mereka memberi aku idea - idea positif jadi aku fikir benda positif sahajalah. Mungkin YM diserang virus atau ada orang yang menggunakan YM si Allahyarham. Memang tak dinafikan beliau adalah salah satu blogger yang baik dengan aku. Aku memang menyesal sebenarnya tak dapat pergi majlis kahwin dia sebelum dia meninggal sebab dia banyak kali paksa aku pergi. Katanya nak jumpa tapi masalahnya waktu tu aku ada final test. Lagipun transport tak ada.
Lepas tu dia kata nak ajak lepak nanti. Tiba - tiba dia dah pergi tanpa disangka - sangka. Aku mengaku aku sedih dan mata aku sangat berair waktu aku dengar berita tu walaupun aku tak pernah jumpa dia secara bertentang mata tapi aku suka cara Allahyarham menegur jika aku ada melakukan kesilapan. Aku ingat buat pertama kali waktu aku aktif berblog di mana ada satu entry tu aku dihentam gila - gila punya oleh seorang makhluk Allah dan Allahyarham lah yang menyuruh aku bersabar.
Yang seronoknya dia pun kurang setuju dengan aku tapi katanya dia suka cara aku berhadapan dengan makhluk Allah tu. Sebab walaupun dah dimaki bertimbun - timbun tapi aku tak membalas dengan cara yang sama. Aku rasa tanpa dia mungkin blog nih dah tak wujud. Sangat -sangat berterima kasih kepada Allahyarham.
Kadang - kadang aku tak sedar yang Allahyarham dah tak ada. Walaupun aku dah tahu Allahyarham tak ada tapi tak pula aku remove fb dia atau fanpage blog dia dari facebook aku. Bila tiba hari lahir dia aku wish juga tapi lebih kepada berdoa. Bila hari raya pun aku ucap juga. Tiba - tiba baru sedar dia dah tak ada. Semoga Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan di kalangan manusia yang soleh. Amin!
Al - Fatihah Untuk Allahyarham Bro Hisham!
P/S : Maaf Aku Sedikit Emosi Menulis Entry Ini!
seram juga baca
ردحذفnajib : ku risau tu sebab sebelum tu ku suka menyakat orang..alih2 ku yg kena...haih...jgn lupa sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham Hisham yer
ردحذفalfatihah.
ردحذفhurm.
tak sempat nak kenal dia.
:'(
al fatihah utk beliau
ردحذفmmg seram bila bc
ape pun +ve thinkin' eh
selamat hari raya :)
hans,
ردحذفtetiba gua sedih tetapi berbaur seram..
papun, moga bro tenang di sana.
*sedih n3 ekau.
gua pun emo sama..
*kad gua ada sampai tak..?
dah post last week..
moral of the story (betul ker ayat nieh) jangan suka sakat orang... jgn type yg bukan2...
ردحذفklaw aq jdi ko..dy tego aq..ketaq gila kowt! plik3...erm..al fatihah,,
ردحذفsabar ye beb! same kite doakan dy~
ردحذفada org guna kot hans..
ردحذفhuhu...
teringat dia..
apa khabar isteri arwah ek?
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com