Bila Kita Nak Tegur Orang Gunalah Bahasa Yang Elok Sikit.

Niat kita untuk menegur atau memperbetulkan kesilapan orang tu memang baik. Alhamdulillah sebab kita tidak lokek untuk berkongsi ilmu sesama umat. Tetapi, apabila teguran kita itu berselang - seli dengan makian atau kutukan memang mesej yang kita cuba sampaikan itu susah untuk diterima oleh si pendengar atau pembaca dengan hati yang terbuka. Daripada si pembaca mula terasa mahu berterima kasih dan tiba - tiba timbul perasaan marah.

Kepada yang suka melakukan hal seperti ini diharapkan agar ubahlah sikap. Bagus bila anda menegur tapi janganlah memaki pembaca lain dengan perkataan bodoh. Apa yang melucukan itu adalah apabila si penegur yang kononnya arif dalam hal yang cuba ditegur itu rupanya belum cukup lagi ilmu di dada. Ini berdasarkan pemerhatian, rujukan dan temu bual saya bersama beberapa orang yang cerdik pandai dalam agama.

Saya sebagai tuan punya blog ini menyarankan agar si penegur yang terlibat supaya mengkaji lebih mendalam lagi tentang apa yang anda katakan sebentar tadi. Dan nasihat saya jika anda ingin menegur atau berkongsi ilmu pun janganlah diucapkan perkataan Stupid atau Bodoh kepada sesiapa yang ingin anda tuju kerana akhirnya anda sendiri malu apabila kebodohan anda sendiri yang terserlah.

Harap anda yang terlibat membuat rujukan dan bertanya kepada alim ulama dahulu sebelum menjatuhkan hukum kepada orang lain. Apa - apapun terima kasih kerana gara - gara komen anda membuatkan ilmu saya semakin bertambah. Terima kasih kepada kawan - kawan saya yang berpendidikan agama yang tinggi yang sudi berkongsi ilmu dengan saya sebentar tadi kerana sekarang saya sedar sebodoh - bodoh saya rupa - rupanya saya masih lagi lebih cerdik berbanding si penegur tadi. Alhamdulillah.

P/S : Jagalah Tutur Kata Kerana Ia Juga Melambangkan Diri Anda.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. biasela bro.. kdg2 x sume org same.. ad yg jenis pk perasaan org n ad yg x.

    ردحذف
  2. yip..btl kata hans tu..klu nk tegur org dulu,kena kaji apa yg sepatutnya..jgn terus nk mrh tanpa kaji terlebih dahulu..btw,kena juga guna suara yg hormat..jgn terus maki2..lagila menambahkan kemarahan..saba ye hans.. :)

    ردحذف
  3. salam dek

    salam kenal

    betol tu, menegur biarlah secara berhemah

    ردحذف
  4. bahasa melambangkan peribadi ;-)
    btw, Selamat Hari Raya ye hans..byk ke dpt duit raya..hehe..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم