Hish! Bangla Nih! Potong Stim Betul Lah!!!

Tengah seronok melantak sambil menonton drama Melayu yang best lakonan Rosyam Nor tadi dekat tv9 tiba - tiba rumah aku diserbu oleh 11 orang kanak - kanak riang serentak. Wah! Ramai betul! Memang tak ada hal sangatlah. Lepas dah bagi duit raya baru punggung nih nak melabuhkan dirinya dekat kerusi tiba - tiba sekali lagi loceng rumah berbunyi. Ting tong!

Sempena raya nih memang lah pagar rumah dah pintu rumah tidak dikunci dan dibiarkan terbuka sebab dah tahu ramai budak - budak nak datang. Aku jenguk ke luar dan nampak lah seorang mat bangla berkemeja putih berseluar slack hitam sambil tangan beliau membawa sebuah beg hitam ala - ala james bond tu. "Adoyai! Raya - raya pun nak mai juai barang ka?" Aku dah serabut kepala dah tengok bangla nih.

 Penat Aku Cari Gambar Macam Nih! Hahaha!

Mak aku yang tercinta seperti biasa akan menyerahkan segala tugas sebegini pada aku. Aku nih ibarat merangkap P.A untuk rumah nih. Hahahaha! Aku pun duduk depan pintu rumah dan teruslah bagitahu ayah aku tak ada. Selalunya bila cakap macam tu mereka akan blah tetapi ini lain. Tiba - tiba dia masuk ke laman rumah aku yang sekangkang kera tu tanpa dijemput.

SUDAH!! MATI AKU!! HABIS LAH AKU KENA PUKAU!! hahahahahaha! Tiba - tiba dia bagi salam sambil suakan tangan. Okay! Aku mengaku aku nih jenis berani tak bertempat sikit. Aku pun sambut salam sambil jawab salam tapi dalam hati aku,"NAK PUKAU AKU KER NIH?" Lepas tu terjadilah perbualan nih :-

 Jangan Pukau Aku!!

Bangla : Saya datang mari bukan mahu jual itu barang ka mahu minta duit atau apa. Saya punya majikan itu Islam juga ada cuti. Ini jam.....

Aku : Yer.....(apa jadah hang merepek nih?haih! haram toi lah dok buang masa aku!!)


Dalam otak aku waktu tu tiba - tiba aku terfikir apa ker bodohnya lah sangat aku pi layan mamat bangla nih. Hahahaha! Dah drama melayu tu best. Haram betoi lah bangla nih. Dah tu hang tak mau juai barang buat apa ang dok mai sembang dengan aku? Nak story kisah hidup hang dengan majikan hang ka?

Sebab aku pun tengah pening - pening dengar ayat bahasa Melayu dia jadi aku potong terus dia cakap dan bagitahu ayah aku tak ada dan maaflah bagi menandakan aku taknak berurusan dengan dia. Alih - alih dia minta air pula. Air mineral pun tak apa katanya.

Mak aih! Aku nih mengaku kadang - kadang aku kejam tapi tak tergamak pula aku kalau terus suruh dia balik atau erti kata lain halau dia kan. Lagipun sempena raya nih aku nak kelihatan baik jer dimata manusia. Hahahaha. Akhirnya, atas saranan mak aku maka aku pun ambil air mineral dan bagi dekat bangla tu dengan botol - botol sekali. Akhirnya, beliau hilang dari pandangan mata. Alhamdulillah! Mak aku dah bising - bising dah sebab aku layan bangla tu. Kahkahkahkah!

Adoiyai! 1st time raya pertama ada bangla datang rumah. Dah lah tu aku tak faham motif dia datang sebab apa. Lantak dia lah! Janji lepas tu aku dapat tengok drama Melayu dengan tenang. Apa - apa pun, korang semua jangan contohi sifat aku yang berani tak bertempat nih. Ialah kan! Salam dengan orang xkenal nih bahaya. Jangan biarkan mereka masuk! Say No To Salesman Or Bangla Man pada hari raya pertama! Hahaha!


P/S : Geram Juga Aku Kadang - Kadang Dengan Kawan - Kawan Aku Nih! 
Hari Tu Cakap Pompang - Pompang Nak Datang Beraya Tapi Dok Tak Mai Lagi! 
Gigih Aku Potong Timun Dengan Bawang Tadi! Hish!! Nasib Ada Orang Lain Mai! 
Tak Sia - Sia Kerja Aku! Hohoho!

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. motif :
    Bangla datang nak mintak air mineral je sbb dye kehausan..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. suka sngat kew kat jntan bngla.

      حذف
  2. HAHAHAHA..btw,suka sy dgn lagu awk dlm blog ni.. :)

    ردحذف
  3. Menakutkan je bunyiknye.. btul ke dia ilang dr pndgn? kot dia nyorok bwh meja ke.. heee

    ردحذف
  4. hahaha,
    aku rasakan, dia nak mintak otograf hang kot.

    dia ingat hang 'Shah Rukh Hans' hahaha

    ردحذف
  5. sekali nak air la...datang bukan nak bagi barang , tapi nak mtk barang...

    ردحذف
  6. ala rilex la hans. bukan selalu pun. ahaha.

    ردحذف
  7. Salam idilfitri

    Sedekahkan aje dua tiga hengget kat dia tu...

    ردحذف
  8. salam kenal bro..

    haha. sewel punya bangla. eh, rosyam nor tu cite apa? gua minat rosyam gak ni. hehe

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم