Nak Buat Kejutan Tapi Tiba - Tiba....Hahaha!


Alhamdulillah! Aku selamat tiba di rumah tercinta di bumi bertuah Alor Setar pada pagi tadi walaupun aku suka berfikiran negatif sewaktu berada di jalan raya. Maklumlah! Apabila terlihat lori - lori besar menguasai pentas pemanduan malam maka sedikit sebanyak memang membuatkan hati aku gusar. Belum ditambah lagi dengan kelibat bas - bas yang lagaknya seperti Ferrari. Bila melihat muatan - muatan lori seperti simen, batu, kayu dan sebagainya mulalah kepala berfikir adegan - adegan di dalam filem Final Destination 2. Haih! Cuak bebenor teman nih hah! Hahaha.


Aku pulang tanpa pengetahun keluarga pun. Kononnya nak buat kejutan sebenarnya. Tiba - tiba terfikir buatnya aku balik dan rumah aku tak ada orang. Maksud disini tiba - tiba keluarga aku membuat gila pergi beraya di kampung Mak Lang aku memanglah aku gila sorang - sorang depan pagar rumah. Kunci tak ada plak. Hahaha! Tapi, aku nih hati keras sikit dan kadang - kadang memang hati kering. Aku masih malas menggunakan baki kredit 50 sen dalam handphone aku tu.





Aku balik dengan 3 orang kawan iaitu si Diva, si Ferry dan si Landak. Hohohoho! Jadi, sempat bersahur dekat rumah si Diva di Kulim sebab kami semua sampai awal gila. Bertolak dalam pukul 10.35 malam dan sampai dalam pukul 2.30 pagi. Itu belum tolak waktu berhenti dekat stesen minyak dan sebagainya. Memang terbaiklah dapat sahur nasi lemak dekat rumah si Diva. Sedap makanannya. Puas aku makan. Hohoho!



Kemudian, si Diva hantar kami bertiga ke Butterworth. Aku dengan si Landak naik bas manakala si Ferry naik feri. Sebelum sampai ke tempat yang nak dituju tiba - tiba kami berempat menghadapi masalah di tol. Patutnya kena bayar RM1 atau RM2 macam tu jer tapi tiba - tiba jumlah yang kena bayar RM80 lebih. Ada patut dikatanya kami daripada Skudai. Gila betul lah! Kalau betul pun dari Skudai takkan langsung tak jumpa mana - mana tol sebelum sampai dekat tol nih.


Akhirnya, masalah selesai tapi sebelum selesai tu memang kereta kami menjadi perhatian pengguna - pengguna lebuh raya yang lain. Terasa diri macam artis pun ada waktu tu. Eh, aku memang artis! Kahkahkahkah! Terperasan pula! Hahahaha! Kemudian bila dah naik bas tu tiba - tiba sekali lagi teringat pasal kemungkinan besar rumah tak ada orang dan aku cuba sms kedua - dua handphone mak dan abah aku. Tak berbalas pula! Haih! Kemudian, aku cadangn nak berhenti dekat bus stop area dekat - dekat kawasan rumah tapi memandangkan waktu tu aku rasa macam nak terkentut, terkencing dan terberak jadi aku gagahkan diri lah ikut bas tu pergi Shahab Perdana.


Takut aku nanti kalau telefon suruh datang ambil tiba - tiba memang betul - betul abah aku tak ada. Mana nak cari port nak lepaskan hajat? Tepi pokok? Hahaha! Jadi, aku gunakan peluang yang ada untuk bersiar - siar di Bandaraya Alor Setar yang dah berbulan - bulan aku tak pergi melawat situ. Waktu cuti semester pun aku tak jejak kan pun kaki aku dekat sana jadi bila dihitung adalah dalam 5 bulan. Hahaha! Seronok pula tengok depan Pekan Rabu ada macam bazaar jual baju raya. Macam nak terjah jer esok!


Sampai dekat Shahab Perdana dan aku cuba call handphone mak dan abah aku. Tak berangkat! Serius aku dah cuak sebab aku dah tahap nak terberak dalam seluar dah waktu tu! Kahkahkah! Akhirnya, aku call rumah dan agak lama sebelum telefon diangkat. Alhamdulillah! Rumah ada orang dan akhirnya berjaya juga aku pulang ke rumah dengan gembiranya. Yang peliknya tu aku tak tahu kemana perginya sakit perut dan rasa nak terkencing aku tu. Hilang serta merta! Haih! Musykil!




P/S : Tak Sabar Nak Makan Kerabu, Jus Tembikai, Pulut Sekaya dan Kuih Talam! Yehaaaaa!

P/S : Aku Dah Dapat 2 Kad Raya! Tiba - Tiba Rasa Bangga Sekejap Walaupun Angka 2 Itu Bukannya Seperti Angka 2 Ribu. Hahaha! 


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

43 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. terliur aku tengok..aper la ko...selamat berpulang.pulangan

    ردحذف
  2. Waaaaaaaaah....
    sampai akhirnya...

    samalah kita.
    suka buat surprise nak balik..
    kalau gua lagi teruk.
    cakap memang tak balik, sekali dah terpacak depan rumah.
    sakit gak ar kena cubit2an manja cousin2 gua.
    sakit woooo....

    tahun ni plan nak buat lagi.
    hehehe..

    jom balik mengejut..

    ردحذف
  3. aloq staqqqq!
    teringat dodol pekan rabu... ZzzZ!
    meleleh air liurrrrrrrrr. pheww

    ردحذف
  4. Alhamdulillah...! selamat sampai kampung halaman..mesti bestkan..pastu msti terasa suasana nak raya...!!

    SELAMAT HARI RAYA HANS..!!

    ردحذف
  5. aku ni blom dpt pn lagi kad raya..

    owh.. dh lama x gi aloq staq.. :P

    ردحذف
  6. perghh...jeles...
    esok ak balik ak jeleskan ko plak!haha

    ردحذف
  7. wah~ada geng lah nama landax!hahha

    adoii~kalau umah ko x de orang kan best!ahahh!dapat aku gelakkan kau hans~hehhe

    ردحذف
  8. ok.aku jeles.kirim salam kat orang aloq setaq naa.huhuhuhu..
    sayu aku dengar lagu kat blog hang ni =(

    ردحذف
  9. hahahah!
    entry x senonoh!
    berak kencing kentut betol!
    hhahaha!

    ردحذف
  10. wey tak aci hang dah sampai kampung!!

    ردحذف
  11. kami pun bru pegi jln kat pekan rabu tak teserempak ker..hehe

    ردحذف
  12. gambar no 4 jeti butterworth..nice2..dah lama aku x balik penang...

    ردحذف
  13. balik nya ingat makan mewahh hahaha

    ردحذف
  14. weh..uma ko aloq staq ktna...meh nk p beghaya neh..hehe

    ردحذف
  15. nih dah bahagia tahap apa nih.. hahahaha

    ردحذف
  16. ape la nak terberak bleh tahan.xde tandas awam ke?kekeke
    bestnya dah smpai umah
    selamat hari raya :)

    ردحذف
  17. nasi lemak tu menyelerakan betul.. hahah.. ko nk blik awal sbb nk lepaskan hajat yerk..

    ردحذف
  18. mai umah aku weh raya nnti... erm...
    sok maw p sopping kat pacific..jom! haha

    ردحذف
  19. kahkahkah!!! cabaran tuh namanyaaaaa :D kelakar lah cite hang. btw, aku tak dapat lg kad raya

    ردحذف
  20. Dah sampai kampung yer..seronot lah kau..

    ردحذف
  21. orang aloq staq eh
    nnt raya boleh la farysa p umah
    haha

    ردحذف
  22. bestnye nasi 2 weh..adoi. ko ne saje jer hans.
    ermmmm ko dh balik kg ker?

    ردحذف
  23. Perghh! dah balik kampung kah? awalnya. ila excited nak raya ang nih.

    sei. ko ni kalau tak tunjuk makanan tak leh eh. terliurrrr je.

    ردحذف
  24. bukan nasik lemak lh. nasik putih. =.="

    ردحذف
  25. tiba tiba aku teringat iklan nas-T yang dia balik raya tapi mak dia raya kat lain tuuu...


    haha.
    =))

    ردحذف
  26. sonoknya balik kampung...tgk tu ada sawah...:))

    ردحذف
  27. risiko jerr balik mengejut neh...huhuhu...

    ردحذف
  28. alhamdulillah selamat tiba yek ....selamat berENJOY2 dgn katil rumah sdiri ...weee ...berguling sakan lah Hans mcm pileemmm hidustan...: )

    ردحذف
  29. wehh...awal nye ko sampai...selamat ari rayo yer..besemangat kemain lagi..haha

    ردحذف
  30. nasib baik selamat sampai.. bahaya jugak bila musim2 perayaan nie balik jauh2.. best dapat masakan kat rumah.. selera tinggi tue.. =)

    ردحذف
  31. alhamdulillah..kau dah sampai..

    wey..ayam tue buat aku terliur laa..haha

    hurm..so,tak jadi la ko buat kejutan? hish..ko nie kuat berperangsaka la..haha....mmg ar..bila balik kpg..macam2 perasaan ada....

    selamat ari raya

    ردحذف
  32. haha.

    mood nak terkencing tibe2 kering

    gambar makanan tu sedap sangat.

    hhuhuhu

    T.T

    ردحذف
  33. Walaweh Bro. Alhamdullilah selamat sampai.... Wehhh ramai alor setar lawa2 dengar kata

    ردحذف
  34. nasib baik ko tak kena surprise sampai terber*k.. hahaha..

    selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapakan.. =)

    kirim salam kat family.. cakap, abg hensem dari blog dakmalaysia kirim salam =P

    ردحذف
  35. Alhamdulillah selamat smpai..
    sama laa kita..
    aku nie pon..
    kalo tgk trailer besar2 & pnjg2..
    mesti terbyg2kan citer final destination 2..
    ngeri ooo..

    selamat hari raya aidilfitri hans..
    ^_^

    ردحذف
  36. dh smpai umh gak.,.
    advnture gler smlm..bas huyung hayang..
    sekejap kanan sekejap kiri..penim den...
    okehh xjeles lgi..

    ردحذف
  37. orNG cakap, kalau sampai kg, hilang rasa penat semua..
    ,mcam mak beranak la, lepas kua jhe bebi. terus lang skit


    Latest entry di:

    Daddy ku agak manja?
    Hantu wujud atau tak?
    Dosa ke tengok orang naked!!!!
    Kambing untuk dijual!

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم