Filem :
Ice Kacang Puppy Love
Tahun :
2010(Sudah Lama Ditayangkan Di Pawagam)
Pengarah :
Ah Niu
Pelakon :
Ah Niu, Angelica Lee Sum-Kit, Gary Chaw, Fish Leong, Victor Wong, Yi Jet Qi,
Angela Chan, Eric Moo Kai-Yin, Chan Kwok-Kwan, Nicholas Teo dan Penny Tai.
Ice Kacang Puppy Love adalah sebuah filem yang sarat dengan unsur cinta, kekeluargaan dan kepercayan di dalam suasana yang sangat emosional namun diserikan dengan komedi yang sedikit ringan berlatar belakang sebuah bandar kecil di Pulau Pinang antara era 80-an dan 90-an.
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang diberi gelaran Botak gara - gara kepalanya dibotakkan akibat serangan kutu sewaktu kecil serta seorang perempuan yang bersikap agresif, Da Jia Yu yang dikenali sebagai Si Pelaga gara - gara mahu menjadi seperti ikan laga peliharaannya yang kuat kerana selalu menang di dalam setiap perlawanan laga ikan.
Ibu Da Jia Yu melarikan diri daripada suaminya bersama Da Jia Yu dan menumpang tinggal serta bekerja di kopitiam sebagai penggoreng kuew teow. Dari kecil lagi, filem ini menunjukkan watak Botak telah jatuh cinta pada Da Jia Yu tanpa disedari oleh gadis tersebut. Sememangnya, watak Da Jia Yu memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan gaya hidup watak Botak di dalam filem ini.
Dari awal hingga akhir cerita, filem ini cuba membawa penonton menjelajah erti cinta sejati, cinta kanak - kanak ialah cinta yang jujur, masalah keluarga dan kesannya kepada anak - anak, nilai kemaafan dan kasih sayang yang amat tinggi. Aku rasa pengarah filem ini berjaya menyampaikan mesej tersebut kepada aku sebagai seorang penonton. Tahniah kepada pengarah Ah Niu kerana mesej filem anda sampai kepada saya.
Jadi, aku letakkan disini adegan - adegan yang buat aku terhibur
dan ada makna tersendiri di mataku.
dan ada makna tersendiri di mataku.
Manusia Perlukan Cinta Dalam Hidup
Adegan Lucu Sewaktu Melaga Ikan
Jiwa Agresif Da Jia Yu
Salah Faham Dalam Kehidupan Seharian
Selesaikan Masalah Keluarga Sebelum Masalah Menjadi Lebih Besar
Kekeliruan Dalam Menilai Mana Yang Betul Dan Mana Yang Salah
Beri Peluang Pada Diri Sendiri Atau Menyesal Di Kemudian Hari
Ada beberapa adegan atau perlakuan di dalam filem ini yang kita boleh jadikan sebagai pengajaran supaya kita tidak lakukannya dalam kehidupan seharian seperti judi dan melaga haiwan yang terang - terangan adalah haram di sisi Islam. Selain itu, sebagai seorang anak memang tidak boleh meninggikan suara kepada ibu bapa kerana ia boleh membawa kepada penderhakaan. Apa - apapun, selamat menonton kepada sesiapa yang berhajat mahu menonton filem ini.
P/S : Ada Bahasa Mandarin Yang
Aku Tak Perlu Tengok Subtitle Tapi Aku Faham.
Seronok Juga Belajar Mandarin Nih.
Aku Tak Perlu Tengok Subtitle Tapi Aku Faham.
Seronok Juga Belajar Mandarin Nih.
macam menarik minat jer..
ردحذفwah best r ko dpt blaja mandarin..
aku nk blaja korea..
nnt xpyh aku cari subtitle kt internet.. hahah..
bkak la kelas mandari kat sini..huhu
ردحذفkamu di tag untuk menyertai contest berkaitan dengan makanan!! ehhe
ردحذفWOW! macam best!
ردحذفselamat hari raya Hans! :D
aku blajaq bahasa afrika
ردحذفal maklum la room8 dari afrika
hahaha
wow.
ردحذف:D
cerita kat penang?wah..terbaik..tp aku kureng sikit film mandarin..kalau jepun orite jer..Aku Bahasa Asing kat kolej dapat A kot..hehe..
ردحذفmenarik gak filem ni tp kalau in mandarin kene cari subtitle la..
ردحذفminat cter Fighting Spiders
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com