Seronoknya Keluar Beraya Hari Nih

Hari nih aku dengan salah seorang kawan baik aku iaitu Luqman pergi beraya ke rumah seorang rakan sekolah merangkap senior yang dah lama juga lah tak berjumpa. Aku tak pasti Luqman ada berjumpa atau tidak tapi bagi diri aku kali terakhir berjumpa atau dengan kata lain terjumpa waktu kenduri kahwin yang melibatkan abang beliau 2 tahun yang lepas. Itu pun sekejap jer.

Dari 4 tahun lepas lagi asyik merancang nak pergi rumah dia beraya tetapi akhirnya hari nih tertunai juga hajat di hati. Mula - mula ingatkan tak jadi sebab masalah transport tapi tiba - tiba member aku tu dah ada depan rumah. Hahaha! Apa lagi ditunggu! Bermulalah perjalanan mencari rumah! Memang aku ikut kata hati jer tadi. Masuk simpang nih! Masuk simpang sana! Akhirnya betul juga! Hohoho!

Kawan aku nih aku dah anggap dia macam abang aku dah pun sebab dia antara senior yang tak pernah pandang aku sebelah mata dan hormatkan aku. Alhamdulillah! Makan nasi lemak tadi. Sedap sambal nasi lemak! Nasib aku dah makan nasi dekat rumah. Kalau tak macam nak tambah nasi pun ada. Dah dia kata aku berisi pula. Hah! Bagai halilintar membelah angkasa aku mendengar ayat SEMAKIN BERISI nih. Hahahaha.



Aku ingatkan aku suka menyakat manusia dekat dunia maya jer tapi rupa - rupanya dekat luar pun sama. Wah, perangai aku menyakat orang makin menjadi - jadi nampaknya sekarang. Haih! Memang tadi kawan aku tu disakat habis - habisan lah. Dan tengah seronok berborak tu aku pun dapat tahu jugalah ramai manusia yang aku kenal yang baik sudah pergi menghadap Ilahi. Sedih aku! Macam tak percaya pun ada. Haih! Duit raya tak dapat! Sob Sob Sob! Hahaha.

Apa - apapun, perjalanan pergi dan beraya dan kemudian pulang memang sangat meriah. Aku gelak macam nak gila pun ada. Nih kalau aku gelak dekat rumah macam tu sah mak dengan abah aku bising. Gelak macam hantu jer. Nak kuat pula ketawa. HAHAHAHA! Esok insyaallah kalau jadi pergi beraya lagi dengan kawan - kawan teknik pula. Fuh! Bila aku nak buat assignment nih? Hahaha!

Hah! Berkenaan entry sebelum nih sebenarnya aku ada mendapat satu komen dari anonymous. Dia mengatakan aku dan beberapa pembaca adalah STUPID sebab membaca Al - Fatihah kepada orang yang bukannya saudara kita. Katanya tak sampai pun pahala kita tu dekat orang tu. Katanya lagi semua tu bidaah dan ada lagi beberapa ayatnya yang aku malas taip disini sebab ada nama Donald Trumph bagai. Terkejut juga aku mula - mula baca dan aku teruslah google cari. Ada artikel menyokong dan ada yang menentang. Jadi, aku mulalah bertanya kepada kawan - kawan aku yang belajar agama, yang telah pun menjadi ustaz dan bertanya kepada ayah dan ibu mereka yang bergelar ustaz dan ustazah. Dalam 7 -8 orang jugalah aku soal siasat.

Semuanya memberikan jawapan yang sama iaitu TAK SALAH untuk kita membaca Al - Fatihah kepada orang yang telah meninggal walaupun orang itu tidak ada pertalian darah dengan kita. Benda itu harus. Buat dapat pahala dan tak buat tak dapat dosa pun. Dan Bidaah ini pula ada 2 jenis. Satu bidaah nih ialah benda yang umat Islam sekarang buat yang tak ada pada zaman nabi dan bidaah yang lagi satu pula ialah benda yang dibuat tapi menyerupai adat - adat agama lain yang tak perlu.

Jadi, mereka memberitahu pada aku tak ada salahnya membaca Al - Fatihah kepada orang yang telah meninggal asalkan niat kita baik. Dan mereka juga suruh aku sampaikan kepada si pengomen tersebut supaya lebih rajin bertanyakan kepada cerdik pandai agama dan alim ulama sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang tertentu. Mereka berkata lagi supaya lebih banyak belajar dan jangan berpandu kepada pembacaan sahaja.

Jadi, aku disini bukannya berniat mahu memalukan si pengomen anonymous itu sebab aku pun tak kenal siapa dia cuma kalau boleh bila kita berkomen tu jagalah tutur kata. Aku tak kisah jika aku bodoh pun sebab aku memang masih belajar untuk menjadi pandai dan akhirnya bila benda nih dah terbukti perkataan STUPID atau bodoh itu berbalik kembali kepada anonymous itu. Nak nasihat orang boleh tapi pastikan apa yang dinasihat itu betul dan janganlah senang - senang kata manusia lain bodoh sebab kita sendiri pun masih kurang ilmu di dada. Nasib aku nih bukan jenis ikut membuta tuli sangat. Kalau tidak dah aku percaya apa kata - kata si pengomen tu.

Kesimpulannya, tak ada salah pun membaca Al - Fatihah kepada orang yang telah pun meninggalkan dunia ini dan harapan aku kepada si pengomen anonymous terbabit agar lebih ringan mulut bertanya kepada cerdik pandai agama yer. Apa - apapun, terima kasih juga kepada beliau kerana gara - gara komennya itu bertambah ilmu aku dalam agama. Alhamdulillah!


P/S : Ada Sesiapa Lagi Nak Bagi Aku Duit Raya? 
Duit Raya Tahun Nih Kuranglah! Sob Sob Sob! Hahaha!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

5 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. oh! cm2 ke. si anony 2 cakap. hehe. weh. kalo aq la kan. aq mmg cetek bab2 agama nih. aq xkan ckp mende aq xtau. so, next entry ko wat la n carik artikel mane2 yg ade sebot pasal sedekah al fatihah yg berkaetan ngn ape yg si anony 2 cakap. tepek kat entry. bawu tekena btg idong dy~

    ردحذف
  2. xpayah cari entry
    aku tanya sendiri jer dkt ustaz ustazah tu
    jadi aku harap baik dia pergi tanya sendiri...
    kalau cari dkt google nih kesahihan dia belum tentu sahih...

    ردحذف
  3. haha. 2 la. buat2 pndai sgt. ape daa.

    ردحذف
  4. wah! seronok ar ngko beraya ek..aku duk umah je.. tak tahu alamak rumah kawan..hahaha..

    jemput la dtg umah amir..kih3

    p/s: abaikan saja annoy tue.. haha..dia sakit kot.. huhu

    ردحذف
  5. dia tak belajar habis laa tu.. hahhaa

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم